Pages

Follow Me ^.^

Friday, January 6, 2012

Wattpad

Image Hosting by PictureTrail.com




Ada sesiapa yang tau apa bendanya Wattpad?? Tak tau? Takpe, ni nak kasi tau hehehe...

Sebenarnya Wattpad ni adalah website e-novel berbahasa Inggeris. Macam mana aku boleh terjebak?? Ada la sekali tu aku bukak Android Market kat Xperia Mini aku.. Sekali ternampak satu aplikasi yang bernama Wattpad. Description dia collection of stories ke apa entah, lebih kurang la.. Lepas tu aku pun install la kat Xperia Mini aku tu..

Mesti korang pelik kan, tadi aku kata Wattpad ni website, tiba-tiba jadi aplikasi pulak. Sebenarnya dua-dua pun ye jugak. Untuk orang yang ada PC boleh la bukak kat website tapi kalau nak yang handy, boleh baca kat mana-mana, korang boleh download kat Android Market. Tapi aku tak pasti pulak dia untuk Android je ke atau pun ada untuk gadget yang bukan Android.

Yang pastinya, aku sangat suka dengan aplikasi ni sebab dia sangat awesome!! Hehehe.... Aku kan memang minat membaca, tapi sebelum ni aku selalu baca bahan yang berbahasa Melayu je. Sekarang, aku rasa macam nak improve English communication aku, dan aku rasa aplikasi ni agak mempengaruhi percakapan aku kat ofis, selain ofis mate yang menggalakkan aku cakap dalam English.

Selain membaca cerita-cerita dalam tu, korang boleh tinggalkan komen, vote setiap chapter yang korang suka dan boleh berinteraksi dengan writer jugak!

Anyway, kalau korang berminat boleh la try ye. Tapi aku nak ingatkan, dah namanya English story, mesti la ada ayat-ayat yang tak berapa nak sopan dan scene yang *tuuutttt* (paham-paham sajalah).... Jangan ikut sudah la ye scene macam tu.... =)

Peace!!

Image Hosting by PictureTrail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

I Can Feel Your Heartbeat