Pages

Follow Me ^.^

Sunday, July 10, 2011

Cikkk.. Boleh Tolong Saya Cikkk..

Oopss! Ini bukan kisah filem Karak. Tapi kisah orang-orang yang kat sawah padi selalu mintak tolong masa kebanyakan dari kita tengah makan. Tak paham? Kenapa la kau guna ayat pusing-pusing??? Huhu.. Ok, straight to the point!

Korang pernah tak alami peristiwa macam ni..

Korang tengah makan kat kedai, tak kisah la waktu bila pun. Tetibe ada orang datang kat korang, biasanya berdua la. Sorang buta, sorang lagi normal. Then yang normal tu cakap, "cik, derma ikhlas cik.." Pernah tak? Pernah tak? Pernah kan? Pernah kan? Kan kan kan?? Ok cukup la ber-kan kan..

Aku rasa semua orang pun pernah alami pengalaman ni. Dan aku rasa ramai jugak yang tau sesetengah orang yang mintak derma macam ni adalah ahli-ahli sindiket. Aku kata SESETENGAH ye, bukan semua. Yang menambahkan kemusykilan tu, dia kata derma ikhlas. Tapi bila bagi seringgit ke, muka masam pulak. La..... Dah kata derma ikhlas, kita pun bagi la jumlah duit yang kita ikhlas ye tak? Kalau bagi banyak-banyak tapi tak ikhlas nak buat apa??

Antara situasi yang memusykilkan aku jugak, bila ada yang tetapkan harga. "Derma ikhlas cik, tapi paling rendah RM5." Apakahhhh?? Pelik betul aku bila berhadapan dengan situasi macam ni.. Kat mana sebenarnya maksud derma ikhlas itu bila jumlah duit yang nak didermakan tu dah ditetapkan?

Lagi satu situasi, ini diceritakan sendiri oleh kawan aku. Ada sorang makcik yang tak buta, bawak sorang lelaki buta dari meja ke meja kat kedai makan untuk mintak derma. Tak lama lepas tu, kat tempat lain, kawan aku nampak makcik yang sama, tetibe DAH JADI BUTA dan orang lain pulak yang bawak dia untuk mintak derma dengan cara yang sama.. So bila aku dengar cerita dia, aku pun macam....gile ah....!! Kenapa perlu menipu? Kang betul-betul buta baru tau..

Kesimpulannya, *dah macam eksperimen sains pulak* jangan la menipu untuk mendapatkan duit dengan cara yang mudah. Kot betul susah, takpe la nak mintak-mintak derma.. Itu pun kalau fizikal semua ok, berusahalah....

Image Hosting by PictureTrail.com

7 JυTα ℓємση ρєяυTυѕαη ¢нєηTα:

Azwan Aziz said...

Bila dah jd cmni, jd x ikhlas plak nk bagi derma kan... dunia2...

man yusoef said...

mmg selalu sgt jumpa...dan selalunya bertindak kejam dgn mengabaikan mereka..oh kejamnya

sahromnasrudin said...

ermm...susah nak ckp..klu nak beri, beri je..jangan persoalkan apa yg akan mereka [perbuat dengan duit tu

merahitujambu said...

tu semua macam agent tau...masalah yg bawak dia tu org sihat celik..apakah??takpela..derma biar ikhlas.dh bagi tu diam je..mls nk ckp apa..

нαηιмQαtяυηηα∂α said...

Azwan Aziz
tu la, rasa tertipu...

man yusoef
manusia yang bernama man yusoef memang kejam... hehehe...

sahromnasrusin
pernah juga dengar ustaz kat TV cakap macam tu.. tak perlu persoalkan apa mereka buat dengan duit tu.. tapi susah juga nak ikhlaskan bila tau diri sendiri dah tertipu... =(

merahitujambu
tu la... sebaik-baiknya ikhlaskan saja...

De Mois said...

cik..saya iklas 30 ringgit je. mana balance lagi 20 yea.

Kalau SS memang tak bagi orang macam ni. tak yakin sangat

Menarik di SuaraSendiri
Mesej jelas rakyat untuk Najib

нαηιмQαtяυηηα∂α said...

De Mois
haha boleh pulak mintak balik ye...

sama la kita.... =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

I Can Feel Your Heartbeat