Pages

Follow Me ^.^

Tuesday, July 12, 2011

Dia.....Yang Setia..

Setiap pagi aku mesti nampak dia. Dia...yang setia menunggu. Dia...yang setia menanti.. Dia...yang tak pernah mengeluh walau sedikit pun.. Maafkan aku.. Setiap kali melihat dia, aku hanya memandang sekilas dan berlalu tanpa kata. Bukan niatku untuk mengabaikannya, tetapi aku tidak berdaya. Memang sudah lama aku tidak mengunjungi dia, seperti dulu.

Masihkah dia ingat lagi saat-saat bahagia dulu? Sering saja bersua dan melepaskan rindu. Tapi sekarang, semua itu hanya tinggal kenangan. Tapi percayalah, bukan bermaksud hatiku sudah berubah. Tidak sama sekali. Kasihku padanya masih seperti dulu.

Dia...yang sentiasa ada di situ untukku. Dia...yang bersedia menerima kedatanganku pada bila-bila masa saja. Dia...yang berdiri teguh di situ.. Dia......yang bergelar KLCC..


*ada tak sesapa yang tertifu-tifu-tifah-tertifu?? Hehehe.. Dah lama tak pegi KLCC sebenarnya. Eh eh jangan samakan aku dengan minah yang lebih pilih KLCC daripada boiprennya itu tau.. Opss terkantoi pulak tengok video tu kekekekekeke.. Peace! =)*

p/s: ni la jadinya bila takde idea nak buat entry, tapi gatal tangan nak update blog jugak. Hehehe..

Image Hosting by PictureTrail.com

Sunday, July 10, 2011

Cikkk.. Boleh Tolong Saya Cikkk..

Oopss! Ini bukan kisah filem Karak. Tapi kisah orang-orang yang kat sawah padi selalu mintak tolong masa kebanyakan dari kita tengah makan. Tak paham? Kenapa la kau guna ayat pusing-pusing??? Huhu.. Ok, straight to the point!

Korang pernah tak alami peristiwa macam ni..

Korang tengah makan kat kedai, tak kisah la waktu bila pun. Tetibe ada orang datang kat korang, biasanya berdua la. Sorang buta, sorang lagi normal. Then yang normal tu cakap, "cik, derma ikhlas cik.." Pernah tak? Pernah tak? Pernah kan? Pernah kan? Kan kan kan?? Ok cukup la ber-kan kan..

Aku rasa semua orang pun pernah alami pengalaman ni. Dan aku rasa ramai jugak yang tau sesetengah orang yang mintak derma macam ni adalah ahli-ahli sindiket. Aku kata SESETENGAH ye, bukan semua. Yang menambahkan kemusykilan tu, dia kata derma ikhlas. Tapi bila bagi seringgit ke, muka masam pulak. La..... Dah kata derma ikhlas, kita pun bagi la jumlah duit yang kita ikhlas ye tak? Kalau bagi banyak-banyak tapi tak ikhlas nak buat apa??

Antara situasi yang memusykilkan aku jugak, bila ada yang tetapkan harga. "Derma ikhlas cik, tapi paling rendah RM5." Apakahhhh?? Pelik betul aku bila berhadapan dengan situasi macam ni.. Kat mana sebenarnya maksud derma ikhlas itu bila jumlah duit yang nak didermakan tu dah ditetapkan?

Lagi satu situasi, ini diceritakan sendiri oleh kawan aku. Ada sorang makcik yang tak buta, bawak sorang lelaki buta dari meja ke meja kat kedai makan untuk mintak derma. Tak lama lepas tu, kat tempat lain, kawan aku nampak makcik yang sama, tetibe DAH JADI BUTA dan orang lain pulak yang bawak dia untuk mintak derma dengan cara yang sama.. So bila aku dengar cerita dia, aku pun macam....gile ah....!! Kenapa perlu menipu? Kang betul-betul buta baru tau..

Kesimpulannya, *dah macam eksperimen sains pulak* jangan la menipu untuk mendapatkan duit dengan cara yang mudah. Kot betul susah, takpe la nak mintak-mintak derma.. Itu pun kalau fizikal semua ok, berusahalah....

Image Hosting by PictureTrail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

I Can Feel Your Heartbeat