Pages

Follow Me ^.^

Tuesday, June 28, 2011

Makan-Makan

Tengah hari tadi lunch kat KLCC, ada department lunch untuk farewell manager+birthday staf. Restoran pilihan, Chakri Palace kat KLCC. Hurm, first time makan kat situ. Maklum la, restoran-restoran kat KLCC tu kan *sebut sambil BATUK* "murah-murah" harga makanannya. Ehem. So tadi bos yang bayar, memang syiok la kan. Makanan boleh tahan sedap. Yang tak tahan tu, mak aih udang besar-besar.. Ehem, ingat sikit ye, jangan makan seafood sangat *pesan kat diri sendiri* Ouh, lupa nak bagitau, restoran tu adalah restoran makanan thai. Macam biasa la, kalau takde tomyam bukan restoran thai namanya. Cite-cite je tak syiok la kan, jom kita layan gambar *gambar sikit je, banyak yang sampai masa tengah makan*

Image Hosting by PictureTrail.com

Tomyam Seafood


Image Hosting by PictureTrail.com

Siakap Stim


Image Hosting by PictureTrail.com

Kerabu-Apa-Entah haha


Image Hosting by PictureTrail.com

Butter Prawn KOT!


Image Hosting by PictureTrail.com

Desert : air kelapa+susu (KOT)+sagu+nangka+apa-lagi-entah. Sedap!!


Ada lagi lauk lain, tapi....*alasan sama macam kat atas hehe..*

Bil berapa?? Jangan ditanyaaaa.......

Image Hosting by PictureTrail.com

Friday, June 24, 2011

Yeay Yeay! Mak Balik!

Good news! Aku dapat anak buah baru! Well, sebenarnya minggu lepas. Tapi tak sempat pulak nak update. Wah, bajet ko busy sangat je kan. Anyway, kali ni dapat anak buah perempuan, which is mencukupkan anak buah aku menjadi 25 orang *perlu ke bagitau? Perlu......kot! Ahhaaaa..*

So hari ahad hari tu, mak aku pergi la rumah kakak aku, nak jaga dia dalam pantang. Tinggal la aku dengan abang aku je kat rumah.. Mula-mula rasa macam okey je. Lepas tu dah rasa tak best sebab mak takde.

Owhhh anak mak ke aku ni?? Mesti arrr takkan anak lembu walaupun masa kekecik dulu minum susu lembu wahahaha.. Eh2 silap, famili aku dulu mana ada beli susu tepung. Minum susu pekat F&N tu je. Budak-budak sekarang ni je tak minum susu F&N tu. Eh apa melalut cite pasal susu pulak ni?

Okey, sambung balik. Sebagai anak bongsu, dah tentu-tentu la akan jadi anak mak walaupun dah besar gajah camni eheheh! Ko ada?? Kalau ada diam-diam sudey, tak yah kecoh cam aku ni huhuhu..

Selalu tu balik keje, mak ada kat rumah. Boleh sembang-sembang, gurau-gurau, bla bla bla.. Tapi hari tu balik keje, takde orang kat rumah.. Bosan bosan...... Baru la nak sedar kan betapa pentingnya kehadiran sorang ibu dalam hidup kita. Baru la nak terfikir betul la kata-kata "kita cuma akan menghargai seseorang/sesuatu bila kita dah kehilangannya.." Dalam kes aku ni kehilangan sementara la kan. Mak aku kata dia nak balik rumah hari Khamis, iaitu semalam. Tup-tup, Rabu malam dah balik.. Rasa macam best bila mak dah balik. Nasib baik tak terkinja-kinja macam budak kecik bila nampak ayah balik keje. Hehe.. Ni baru berapa hari mak takde.. Nanti kalau dah kahwin camne?? Amboi gataii pulak.. Bukan gatai la, merancang masa depan ekekeke..

Image Hosting by PictureTrail.com

Wednesday, June 15, 2011

Wordless Wednesday #1





p/s: Walaupun wordless, NAK CAKAP TULIS JUGAK!! Baju dia yang tak tahan tuh... Kecik-kecik lagi dah ada baju ikat depan, nampak perut... Seksi woooo.... Hehehehe....

Image Hosting by PictureTrail.com

Friday, June 3, 2011

Waa Lengkok Jari Dia Tu..

Image Hosting by PictureTrail.com


Jumaat minggu lepas main carom. Tajuk kat atas tu komen dari salah sorang ofismate aku. Serius malu gila bila dengar dia cakap camtu. Sebab aku menang, tapi menanggung kekalahan gaya je. Haha. Huh? Tiba-tiba mukadimah camni, aku rasa korang kureng waras faham.

Oke, macam ni. Setiap tahun mesti ada aktiviti tahunan untuk beronok-ronok kan? Ala kat company korang mesti ada gak kan? Macam hari tu ada bowling. Dan carom ni aktiviti kedua. Ikutkan aku nakkk sangat main bowling tu, tapi malangnya tangan yang ada besi ini tak mengizinkan sob sob T.T *sape tak paham sila tengok sini.

So jumaat lepas ada carom, aku pun join. Walaupun sedikit terpaksa, tak kisah la kekeke.. Aku ni dah la bertahun tak main carom, last masa sekolah rendah kot. Yang bestnya bila dah kena join, tiba-tiba aku rasa nak beli papan carom tu, nak praktis kat rumah. Itu memang sangat poyo, so tak jadi beli.

Khamis petang, lepas waktu keje, praktis dengan budak satu group. Aku rasa macam oke kot. Tapi bila main betul-betul, HAMPEHHH.... Mungkin sebab ada orang tengok?? Mungkin.

Sebelum start, baling duit syiling untuk tentukan sape start dulu. Tengok-tengok pihak lawan. Aku jadi orang kedua untuk pecahkan buah carom yang dok berkumpul kat tengah tu. So aku main jentik kuat-kuat la nak bagi dia bersepah. And guess what?? Tiba-tiba ada pulak yang masuk! Siap melompat lagi tu... =.=") So semua orang pun macam "whoa...terernya...." padahal benda tu luck je wehhh..... Lepas-lepas tu dah seksa nak masuk even buah carom tu betul-betul depan lubang. Failed betul =.=") Dan keputusannya kitorang kalah. Ala adat la menang kalah.. *ayat nak sedapkan hati* haha!

Ouh! Jumaat minggu depan ada game lagi untuk tentukan tempat ketiga dan keempat. Tak nak main boleh tak?? Tak boleh??? Okbai.. *merajuk* hehe..

Image Hosting by PictureTrail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

I Can Feel Your Heartbeat