Pages

Follow Me ^.^

Wednesday, May 4, 2011

Kisah Dua Sabtu

Fuhhh.... Lama gilerr tak update+blogwalking blog kengkawan. Maklum la, busy. Cewah! Nak cite kisah dua Sabtu, iaitu Sabtu 23/4/2011 dan Sabtu 30/4/2011. Err ada ke orang nak baca entry aku ni?? Ye la, dah seminggu lebih menyepi. Huhu sori ye kengkawan, nanti aku jalan-jalan blog korang..

Sabtu, 23/4/2011
Yeay! Hari yang ditunggu-tunggu sudah tibaaaa....... Apakah?? Pesta Buku!! Beberapa orang follower aku mungkin tau yang aku ni peminat novel. So dah tentu-tentu aku akan pegi Pesta Buku dan memborong novel-novel walaupun duit dah kurenggg *sanggup tuu.....* Mana boleh lepaskan peluang ni, dapat diskaun tau! So macam biasa, *padahal baru start tahun lepas* booth yang akan aku serang adalah booth Jemari Seni a.k.a JS SAHAJA. Ye, sahaja sebab memang tu je booth yang aku pegi, sambar beberapa novel baru dan terusss keluar dari PWTC tu. Tak percaya? Percayalahhh...... Orang sangat ramai oke! Bersesak-sesak padahal baru pukul 11 ke 12 kot. Ikutkan aku nak pegi 30/4/2011 sebab belum gaji. Tapi disebabkan aku nak kejar gift untuk 1000 pembeli pertama novel karya Hlovate, aku pegi la awal iaitu sehari selepas Pesta Buku tu berlangsung. Dan aku berjaya mendapatkannya! Apa hal ayat skema ni huhuhu.. Jom layan gambar je la, tengok apa yang aku beli.... Of course la novel kan.....

Image Hosting by PictureTrail.com

Ini dia.. 5 buah novel+gift dari Hlovate, bookmark untuk 1000 pembeli pertama novel Hlovate sahaja.


Image Hosting by PictureTrail.com


Image Hosting by PictureTrail.com


Image Hosting by PictureTrail.com

Mungkin korang rasa, "Eleh, bookmark je pun...." tapi bagi peminat Hlovate, bookmark ni berharga tau.... Sebabnya.......


Image Hosting by PictureTrail.com

......kat belakang ada sign dia.. So, sebagai sorang peminat kepada penulis yang MERAHSIAKAN IDENTITINYA, bookmark ni kira berharga la sebab peminat-peminat dia memang tak tau dia ni sape..


Sabtu, 30/4/2011
Movie time! Minggu lepas tengok filem Thor. Asalnya nak tengok Rio tapi ada 1 show je, malam. Gile nak tunggu??? So beli la tiket Thor, 3D sebab yang tiket biasa tengah selling fast, dah tentu-tentu seat depan je yang tinggal. Tapi masa tu Fast and Furious 5 dah ada, special kot. Sepatutnya kan esok (Khamis, 5/5/2011). Ingat nak tengok la jugak tapi pukul 4 lebih, pukul berapa pulak aku nak balik rumah?? Selling fast pulak tu. So paham-paham la ye.

Filem Thor ni agak best la. Ada action, saspended, bla bla bla. Tapi aku berani kerat jari KORANG, kalau penerbit kat Malaysia yang buat mesti kena kutuk. Biasa la, apa yang orang Barat buat semua "wow!" walaupun benda tu dah terang-terang menipu, atau fantasi. Cuba kalau filem Malaysia? Mesti ada suara-suara yang akan kata "entah pape je.." Err pehal aku macam tersentap gak dengan ayat ni?? Huhuhuhu.. Tak, tak. Aku tengok apa filem Melayu kat wayang.. *backing diri sendiri..* So korang kalau pegi tengok wayang tu try la tengok Thor ni. Best wooo.... Bagi aku la.. Kalau korang rasa tak best..... Well.... Citarasa manusia berbeza kan?

Image Hosting by PictureTrail.com

Salah 1 poster Thor.

Image Hosting by PictureTrail.com

4 JυTα ℓємση ρєяυTυѕαη ¢нєηTα:

Azwan Aziz said...

waa nk jugak bookmark hlovate tu....

THE LEKAT LEKIT STORY said...

bkn nak kutuk filem melayu tp filem melayu bak kata en hubby sy.. byk sembang tp cerita ntah apa2. Filem hollywood ni kalau filem action, memang terpegun kita tgk action dia. Sbb kitorang laki bini hanya tgk filem melayu kat youtube nak kurangkan dosa maki lepas keluar panggung. apapun kita adalah peminat teater melayu. teater melayu lebih berkualiti dr filem melayu

нαηιмQαtяυηηα∂α said...

Azwan Aziz
Dah terlambat. Hehe..

THE LEKAT LEKIT STORY
Betul tu.. Teater lebih berkualiti.. =)

aleen meow said...

omg! omg!
nak jugakk bookmark tu...
tp da terlambat..
keciwa..T^T

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

I Can Feel Your Heartbeat