Pages

Follow Me ^.^

Wednesday, May 25, 2011

Sunah Sakura Tanya Best Ke Header Aku?

Segmen!! Best ke segmen ni?? Eh silap! Best ke header aku??? Sunah Sakura tanya ni.... Erm, tuan punya header tak boleh la cakap best ke tak, so korang yang tengok ni la yang boleh jawab.. Cer jawab, cer jawab... Ni aku tepek header aku yang aku rasa biasa-biasa je hee~...

Image Hosting by PictureTrail.com

Kat bawah ni pulak Sunah Sakura punya header yang wajib ditepek untuk join segmen ni... Kalau nak join klik aje... =)

Image Hosting by PictureTrail.com

Ops! Lupa pulak nak bagitau... Header ni aku buat sendiri.... Hehe... Apa agaknya kritikan yang akan diterima??? Tungguuuuu....

Image Hosting by PictureTrail.com

Saturday, May 21, 2011

Cetusan Rasa Hati

Hurm.. Dugaan.. Ujian.. Sepatutnya ia menjadikan aku kuat. Tapi aku rasakan semangat aku semakin luntur, semakin lemah. Perlukah untuk aku berputus asa? Semakin aku mencuba, semakin sukar untuk aku bernafas. Semakin jauh aku berjalan, semakin lemah dan longlai kakiku. Semakin aku cuba untuk menghadapi dan menerima kenyataan, semakin kuat hati aku menafikan.. Perlukah untuk aku berputus asa? Perlukah aku berserah? Bahagiakah aku jika aku mengalah? Tenangkah aku bila orang lain menderita di atas kebahagianku? Ah, balik-balik orang lain. Adakah mereka fikirkan tentang aku? Kenapa perlu fikirkan tentang orang lain, wahai hati? Kenapa? Entah. Mungkin bahagia itu bukan milikku. Lepaskanlah, Hanim. Redhalah dengan kehendak takdir. Tidak, belum masanya. Aku belum bersedia untuk merasai kehilangan itu. Kalaulah aku boleh lepaskan dengan ikhlas.. Kalaulah....... Tabahlah, wahai hati..

Image Hosting by PictureTrail.com

Image Hosting by PictureTrail.com

Thursday, May 19, 2011

Cer Cite! Cer Cite!

Hem... Sekian lama takde idea nak update blog... Lama tak update bermakna sebelum entry kelmarin hehehe.....

Anyway, semalam aku balik keje naik bas-memang hari-hari naik bas, melainkan ada nak singgah Jusco-naik tren. So semalam, dengan bersesak-sesak bagai, dengan berdiri lagi, ternampak la makhluk-makhluk yang nak naik bas tapi menyusahkan orang lain. Yang paling merimaskan adalah makhluk-makhluk yang bila dah naik bas baru terkial-kial nak korek duit dalam wallet, sedangkan masa bas datang tu dia tengah baik punya rilek kat bas stop. Apakah????

Kalau orang yang dok kejar bas tu lain la cerita, kira boleh consider lagi sebab memang dia tak sempat nak keluarkan duit sebab belum sampai bas stop lagi bas dah sampai. Apa la salah sediakan duit siap-siap, kan ke senang... Naik je, terus masuk duit kat tempat yang disediakan tu. Ni tak, terhegeh-hegeh, macam penagih! (bak kata akak aku.)

Kalau bas yang ada konduktor macam bas teeeetttt tu lain la... (Haha bas teeeetttt ye... Saja je nak buat kontroversi, padahal takde mende pun..) Ko korek la duit lama mana pun, takde nyusahkan orang lain, cuma nyusahkan konduktor tu je la kan. Kalau dia marah, nasib la...

Oke, kat mana kita tadi??? (client call pulak jap tadi hehehe..) Ha. Yang bestnya kan, bila queue panjang+orang berebut-rebut nak naik bas, then ada makhluk camni. Best, best..... Udah le terkial-kial... Tak tau le camne awokk nak kabokan.. Tetibe pulak ngajuk si Usop Wilcha tu ha.... Oke, stop merepek. So pendapat korang camne? Apa yang patut kita buat dengan orang camni? Kite bako, kite bako...!!

Sape setuju kita bako je orang camni, sila angkat tangan macam saya..... Hehehehe...

Image Hosting by PictureTrail.com

Tuesday, May 17, 2011

Lelaki dan Panas Baran

Image Hosting by PictureTrail.com

Gambar dari Pakcik Google


Sifat panas baran memang selalu dikaitkan dengan lelaki. Bukan nak menjadikan isu ni isu janda gender, sebab perempuan jugak ada yang panas baran. Tapi dari pemerhatian aku, sifat panas baran ni memang lebih sinonim dengan kaum lelaki. Kenapa erk?? Ego? Mungkin. Mungkin je tau.

Tak semestinya la kan semua lelaki tu panas baran, tapi majoritinya macam tu. Apa yang dimaksudkan dengan panas baran ni, yang kau dok membebel daripada tadi??? Erk! Daripada apa yang aku faham, panas baran ni bermaksud sifat marah yang tak dapat dikawal. Ye ke? Aku ikut tafsiran sendiri je.

Oke, kita lupakan soal cik ainon janda muda gender. Meh kita bercerita secara umum. Selalunya orang yang panas baran ni akan melampiaskan *melampiaskan?? Perghh ayat takleh bla!* kemarahannya tanpa mengira masa dan tempat. Maksudnya kat sini, bila ada perkara yang buat dia marah, dia akan lepaskan kemarahan dia masa tu jugak. Tak kira la masa tu kat dalam rumah sendiri ke, rumah orang ke, or worse, depan khalayak ramai. Dan daripada pengalaman aku, dorang memang tak kisah kalau orang tengok-tengok disebabkan suara dia yang nak MEMETIR je kejenya tu, menengking la senang cite. Sedih tau kena tengking depan orang. Eh, apa ni, apa ni?? Oke, abaikan.

So, korang ada tak sifat panas baran ni? Aku? Ada jugak la, tapi tu dulu. Masa zaman muda-muda dulu. Hehe.. Sekarang dah malas nak marah-marah. Sebab tu la aku selalu jadi mangsa huhuhu.. T.T

Anyway, betul ke lebih ramai lelaki yang panas baran daripada perempuan? Cer jawab, cer jawab.

Image Hosting by PictureTrail.com

Friday, May 6, 2011

Adeh.. Ke-malu-an!!!

Image Hosting by PictureTrail.com


Tadi time balik keje aku singgah Maybank, nak keluar duit. Ikutkan malas, tapi duit dalam wallet dah tinggal tak sampai RM10, aku singgah la jugak *padahal tujuan keluarkan duit tu nak beli kasut hehe..* So dah sampai depan pintu Maybank, aku pun tolak la pintu tu. Tapi tak terbukak. Aku tolak lagi sekali, tak terbukak jugak. Dalam hati aku, "apehal nih?" Lepas tu aku nampak kat pintu tu tulis tarik, aku pun tarik la.. Tak boleh jugak. Tarik lagi sekali, pun takde pape..... Aku dah pelik.... Kat tepi tu dah la ada dua brader tengah sembang atas motor, ada la dalam semeter dua. Lepas tu aku nampak dorang tunjuk pintu SEDERET KE DEPAN daripada pintu tadi. Aku sengih je, terus masuk kat pintu tu. Nak tau kenapa aku tak dapat masuk??? Rupanya pintu tu pintu yang betul-betul bank punya, yang ada kaunter tu. Memang la tak boleh bukak, bank dah tutup waktu-waktu macam tu. Macam mana aku boleh tak perasan ha? Kan ke dalam tu gelap je..... Ya Allah, malu gilerr aku dengan dua brader tuuuu..... Rasa macam nak menyorok dalam mesin ATM je! Huhuhuhu...... Kat mana ntah fikiran aku masa tu.. Sengalll betul!!! Lepas je keluar dari Maybank, cepat-cepat aku jalan. Maloooo...... Tapi bila ingat-ingat balik, kelakar pun ye.. Hahaha.. Mengong!

Image Hosting by PictureTrail.com

Wednesday, May 4, 2011

Kisah Dua Sabtu

Fuhhh.... Lama gilerr tak update+blogwalking blog kengkawan. Maklum la, busy. Cewah! Nak cite kisah dua Sabtu, iaitu Sabtu 23/4/2011 dan Sabtu 30/4/2011. Err ada ke orang nak baca entry aku ni?? Ye la, dah seminggu lebih menyepi. Huhu sori ye kengkawan, nanti aku jalan-jalan blog korang..

Sabtu, 23/4/2011
Yeay! Hari yang ditunggu-tunggu sudah tibaaaa....... Apakah?? Pesta Buku!! Beberapa orang follower aku mungkin tau yang aku ni peminat novel. So dah tentu-tentu aku akan pegi Pesta Buku dan memborong novel-novel walaupun duit dah kurenggg *sanggup tuu.....* Mana boleh lepaskan peluang ni, dapat diskaun tau! So macam biasa, *padahal baru start tahun lepas* booth yang akan aku serang adalah booth Jemari Seni a.k.a JS SAHAJA. Ye, sahaja sebab memang tu je booth yang aku pegi, sambar beberapa novel baru dan terusss keluar dari PWTC tu. Tak percaya? Percayalahhh...... Orang sangat ramai oke! Bersesak-sesak padahal baru pukul 11 ke 12 kot. Ikutkan aku nak pegi 30/4/2011 sebab belum gaji. Tapi disebabkan aku nak kejar gift untuk 1000 pembeli pertama novel karya Hlovate, aku pegi la awal iaitu sehari selepas Pesta Buku tu berlangsung. Dan aku berjaya mendapatkannya! Apa hal ayat skema ni huhuhu.. Jom layan gambar je la, tengok apa yang aku beli.... Of course la novel kan.....

Image Hosting by PictureTrail.com

Ini dia.. 5 buah novel+gift dari Hlovate, bookmark untuk 1000 pembeli pertama novel Hlovate sahaja.


Image Hosting by PictureTrail.com


Image Hosting by PictureTrail.com


Image Hosting by PictureTrail.com

Mungkin korang rasa, "Eleh, bookmark je pun...." tapi bagi peminat Hlovate, bookmark ni berharga tau.... Sebabnya.......


Image Hosting by PictureTrail.com

......kat belakang ada sign dia.. So, sebagai sorang peminat kepada penulis yang MERAHSIAKAN IDENTITINYA, bookmark ni kira berharga la sebab peminat-peminat dia memang tak tau dia ni sape..


Sabtu, 30/4/2011
Movie time! Minggu lepas tengok filem Thor. Asalnya nak tengok Rio tapi ada 1 show je, malam. Gile nak tunggu??? So beli la tiket Thor, 3D sebab yang tiket biasa tengah selling fast, dah tentu-tentu seat depan je yang tinggal. Tapi masa tu Fast and Furious 5 dah ada, special kot. Sepatutnya kan esok (Khamis, 5/5/2011). Ingat nak tengok la jugak tapi pukul 4 lebih, pukul berapa pulak aku nak balik rumah?? Selling fast pulak tu. So paham-paham la ye.

Filem Thor ni agak best la. Ada action, saspended, bla bla bla. Tapi aku berani kerat jari KORANG, kalau penerbit kat Malaysia yang buat mesti kena kutuk. Biasa la, apa yang orang Barat buat semua "wow!" walaupun benda tu dah terang-terang menipu, atau fantasi. Cuba kalau filem Malaysia? Mesti ada suara-suara yang akan kata "entah pape je.." Err pehal aku macam tersentap gak dengan ayat ni?? Huhuhuhu.. Tak, tak. Aku tengok apa filem Melayu kat wayang.. *backing diri sendiri..* So korang kalau pegi tengok wayang tu try la tengok Thor ni. Best wooo.... Bagi aku la.. Kalau korang rasa tak best..... Well.... Citarasa manusia berbeza kan?

Image Hosting by PictureTrail.com

Salah 1 poster Thor.

Image Hosting by PictureTrail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

I Can Feel Your Heartbeat