Pages

Follow Me ^.^

Friday, April 8, 2011

Sentap!

Malam semalam sambil tengok berita, sembang-sembang sikit dengan bonda terchenta *ceh ayat tak tahan!* Ada la mak aku cite pasal perniagaannya *wah perniagaan giteww!! Haha..* Ala meniaga kuih ros je. Tau tak kuih ros? Ada sesetengah orang panggil kuih lempang loyang. Kejap, aku google gambar kuih ni. Tak teringat pulak nak snap gambar kat rumah semalam.

Image Hosting by PictureTrail.com

Ni la rupa kuih ros a.k.a kuih loyang..


Alkisah.....mak aku ada dapat order dari sorang perempuan ni.. Hari tu mak aku hantar tester kat ofis dia. Semalam petang ke bila ntah dia call mak aku. Dia cakap apa, "MAKCIK, KAWAN SAYA KATA KUIH MAKCIK NI KURANG RANGUP. TAK SAMA MACAM YANG DIA RASA DULU.." Mak aku jawab, "Kuih yang makcik buat ni tebal, memang kurang rangup, yang betul-betul rangup tu nipis.." *kurang je ye, tapi aku rasa rangup je..* Perempuan tu cakap lagi, "TAK BOLEH KE KALAU MAKCIK MODIFIED RESEPI? LETAK LEBIH TELUR KE, TEPUNG KE... LEPAS TU ORANG LAIN JUAL KAN ADA YANG LETAK BIJAN.."

Eh, hello!! Mak aku dah berbelas tahun tau buat kuih ros ni, sejak aku sekolah rendah lagi. Dah banyak pengalaman dan dah masak sangat dengan ragam kuih ni kalau terlebih atau terkurang bahan. Bukan la tak boleh terima teguran, no. Tapi bayangkan la. Dah berapa lama mak aku buat kuih ni, TAK PERNAH ada orang komplen. Bukan nak puji, tapi memang biasa respon yang diterima adalah SEDAP.

Kalau time raya tu, banyak betul orang order, sampai kadang-kadang mak aku terpaksa tolak sebab tak larat. Kawan-kawan kakak aku pun kalau terlambat order, dorang sanggup je tunggu sampai lepas raya. Janji dapat order dan dapat makan kuih ni.

Lagi satu kena la ingat, kuih ni bukan senang nak buat. Kalau kuih lain tu buat banyak-banyak, letak dalam dulang dan bakar, lepas tu dah boleh buat keje lain *merujuk kepada kuih raya yang popular.* Kuih ros ni pulak lain. Nak kena mengadap je, betulkan bunga, nak celup lagi, kena pastikan tak hangus, letak dalam tupperware pun kena hati-hati, kalau tak nanti pecah, nak tutup tupperware pun kena perlahan-lahan. Biasa masak 50 keping amik masa sejam atau sejam lebih. Dan nak buat kuih ni guna dapur, dah tentu-tentu berdiri. Hurm, kesian mak aku.

Bagi aku la kan, tak sepatutnya la kawan perempuan tadi tu cakap camtu. Kalau rasa tak suka, tak payah la order.. Dan tak perlu la nak mengajar orang yang dah ada pengalaman berbelas tahun buat kuih ni. Orang yang dah berumur ni sensitif, jaga la hati sikit. Kalau dia kata yang dia pernah rasa dulu lagi sedap, sepatutnya dia pegi order kat orang yang dulu tu. Lagipun, lain orang lainlah cara buat dan lainlah rasanya.

Cuba bandingkan pulak antara KFC dengan MCD. Dua-dua ada jual ayam dan nugget kan? Rasa dia sama tak? TAK KAN? Kalau dah rasa sama, bankrap la..... Itu pun tak boleh pikir ke?

*Agak emo entry ni. Aku bukan marah, tak puas hati je..*

Sekian adanya *Dah ada alkisah jadi pembuka, kena la ada penutup ye tak? Hehehe..*

Image Hosting by PictureTrail.com

13 JυTα ℓємση ρєяυTυѕαη ¢нєηTα:

farhanaDr said...

Saat paling best masa buat kuih ros ni adalah bila masa nak dimasukkan ke dalam kuali.. Rasa thrill!! Hee.. Lama tak makan.. Suke sebab bau kuih ni.. :)

нαηιмQαtяυηηα∂α said...

farhanaDr
Thrill ye.. Hehe..

Amy Syaquena said...

amy suka makan kuih loyang nie aka kuih rose.. nak buatnya memerlukan kesabaran yang tinggi , baru hasilnya cantik..

нαηιмQαtяυηηα∂α said...

Amy Syaquena
Betul tu.. Kalau tak sabar, ntah apa rupanya.. =)

merahitujambu said...

nak rasa...=p...kuih pebret ok..=)

нαηιмQαtяυηηα∂α said...

merahitujambu
Boleh2.. Tapi tak boleh pos la, nanti pecah. Kena by hand. =P

nelly said...

Nyum2 ...


serius , minta maaf ya if tertinggal ..maaf sangat . .

нαηιмQαtяυηηα∂α said...

nelly
Nyum2.. Nak ke?

Eh tak tertinggal la.. Hehe..

~Nabilah~ said...

adoyaiiii!!!bnyk plak complain....isyh3x...hehehe

нαηιмQαtяυηηα∂α said...

~Nabilah~
Tau takpe.. Huhu..

Woofer Storm said...

dah2..jgn marah2 k,kuih mak awk buat sdp sgt,bila nak bgi sy rasa free..hheee bab mudah terasa tu memang betul..

follow sni..

нαηιмQαtяυηηα∂α said...

Woofer Storm
Hehe.. Nak meh la datang rumah..

My Love 3KU said...

zu, aku nak 1 balang besar!!!hehehehe...sangat menyukai kuih ni....i loike!!hihihi....hantar by hand kat aku yea...s.alam je kowt....hik hik hik...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

I Can Feel Your Heartbeat