Pages

Follow Me ^.^

Saturday, April 23, 2011

Cara Buat Reply To Comment dan Backlink Guna Kod HTML

Entry ni dibuat atas permintaan Firdaus Kasim *terima kasih sebab mintak saya ajar awak walaupun saya tak pandai sangat dalam dunia blogging ni hehe.*

Fungsi reply to comment memang sangat selalu dijumpai di kebanyakan blog *apa ayat skema sangat ni.. Switch to bahasa pasar.* Memang bagus la kan, sebab senang untuk seseorang blogger tu balas komen peminat pembaca yang mengomen kat blog.

Semua orang tau *oke, mungkin bukan semua orang* untuk buat fungsi reply to comment ni kena masukkan kod HTML kat tab edit HTML kat design. Tapi yang aku nak tunjuk ni lain. Dan korang kena buat everytime nak balas komen. Mungkin nampak leceh, tapi bila dah biasa senang je *bagi aku la.* Dan korang boleh balas komen beberapa orang sekaligus. So tak payah nak klik reply to comment tu satu-satu.

Image Hosting by PictureTrail.com


Faham tak gambar kat atas tu? Untuk reply to komen, selepas http:// tu adalah address profile blogger yang komennya kita nak balas *macam contoh dalam gambar tu profile aku* dan selepas "> adalah nama blogger tu.

Benda ni kira basic jugak la. Aku dapat masa buat entry baru dan buat backlink ke blog orang lain. So masa tengah buat entry tu saja la tangan ni gatal-gatal klik kat edit HTML yang sebelah tab compose tu *kat new post..*

Aku pun dah mention kat atas, benda ni boleh guna untuk buat backlink jugak. Kalau untuk blogger yang guna handphone macam aku, benda ni sangat berguna. So untuk blogger yang guna handphone nak buat backlink, korang boleh try cara ni. Yang pakai komputer/lappy highlightkan je la perkataan yang nak dibacklinkkan tu *wah wah, suka suki kau je rojakkan bahasa!* tak payah susah-susah camni oke! Cuma gantikan web address lepas http:// tu dengan blog atau web yang nak dibacklinkkan, lepas tanda "> pulak gantikan dengan perkataan yang korang nak letak. Err faham ke? Kejap, aku letak kat gambar.

Image Hosting by PictureTrail.com

Camni la rupanya. Yang ni aku amik contoh kat entry aku yang -->ini<--


Kalau korang perhatikan betul-betul, aku dah tukar web yang dibacklinkkan kepada www.hmetro.com.my/articles/Artistakhina/Article/ dan perkataan yang boleh di klik untuk pergi ke web tu adalah -->sini<--. Got it? Pandai~~ Selain tu, kod ni boleh jugak digunakan untuk tinggalkan link entry terbaru korang bila korang komen kat mana-mana blog. Contoh dalam gambar kat bawah ni..
Image Hosting by PictureTrail.com


Aku rasa banyak lagi kegunaan kod ni, tapi aku masih lagi mengkaji *padahal dah tak tau haha..*

Jadi cukup la setakat ni ye. Nanti murid-murid pening pulak. Selamat pulang murid-murid..... Hehehe..

Image Hosting by PictureTrail.com

12 JυTα ℓємση ρєяυTυѕαη ¢нєηTα:

Firdaus Kasim said...

owh.. mcm tue rupanya.. baru sy taw.. terima kasih awk.. susah2 je.. mesti penat buat entri tutorial nie kan?

npe awk x tulis je kod html tue dalam entri? susah2 je buat gambar.. huhu

Entri terkini :
Nabil Bakal Jadi Maharaja Lawak

De Mois said...

Wah3..makin advance yea kamu. Lama dah tak jenguk member2 blogger dah banyak berubah 2. Keep it up dude!! Hehe..

Revolusikan hidup dengan SuaraSendiri

нαηιмQαtяυηηα∂α said...

Firdaus Kasim
Sama2.. Takpe, at least boleh asah skill mengajar hehe.. Kalau taip tak keluar kod tu bila publish. Dia akan keluar backlink, that's why saya buat gambar =)

De Mois
Advance ke? SS lagi advance kot hehe..

merahitujambu said...

yang..gambar tu tak nampak pon..tp thnks info

http://aniesandyou.blogspot.com said...

bla da ada blog ni mcm2 ilmu bleh dpt n share

p/s menjwb soklan: mali char kuew teaw setapak terletak x jauh dr downtown setapak. sederet dgn sate kajang hj samuri

latest entry: Hadiah untuk followers! terhad! 5 orang sahaja!

padlie said...

Bila ada blog ni baru la sy reti ngan html.. dulu x ambil tahu, layan high level language je..

Padlie dan Exam [Part 3]

merahitujambu said...

nk cuba la.time ksh hanim

Anonymous said...

membaca seluruh blog, cukup bagus

intan said...

thanks for sharing..sharing is caring...

Betta BreeDer said...

Ow. . cmtu, , dh phm. . thanks..nk testing la ek..

Jemput la ke Blog sy

Alieza Dayasari said...

Testing..
Singgah SL

umie shafizalina said...

Bw cari ilmu...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

I Can Feel Your Heartbeat