Pages

Follow Me ^.^

Saturday, April 23, 2011

Cara Buat Reply To Comment dan Backlink Guna Kod HTML

Entry ni dibuat atas permintaan Firdaus Kasim *terima kasih sebab mintak saya ajar awak walaupun saya tak pandai sangat dalam dunia blogging ni hehe.*

Fungsi reply to comment memang sangat selalu dijumpai di kebanyakan blog *apa ayat skema sangat ni.. Switch to bahasa pasar.* Memang bagus la kan, sebab senang untuk seseorang blogger tu balas komen peminat pembaca yang mengomen kat blog.

Semua orang tau *oke, mungkin bukan semua orang* untuk buat fungsi reply to comment ni kena masukkan kod HTML kat tab edit HTML kat design. Tapi yang aku nak tunjuk ni lain. Dan korang kena buat everytime nak balas komen. Mungkin nampak leceh, tapi bila dah biasa senang je *bagi aku la.* Dan korang boleh balas komen beberapa orang sekaligus. So tak payah nak klik reply to comment tu satu-satu.

Image Hosting by PictureTrail.com


Faham tak gambar kat atas tu? Untuk reply to komen, selepas http:// tu adalah address profile blogger yang komennya kita nak balas *macam contoh dalam gambar tu profile aku* dan selepas "> adalah nama blogger tu.

Benda ni kira basic jugak la. Aku dapat masa buat entry baru dan buat backlink ke blog orang lain. So masa tengah buat entry tu saja la tangan ni gatal-gatal klik kat edit HTML yang sebelah tab compose tu *kat new post..*

Aku pun dah mention kat atas, benda ni boleh guna untuk buat backlink jugak. Kalau untuk blogger yang guna handphone macam aku, benda ni sangat berguna. So untuk blogger yang guna handphone nak buat backlink, korang boleh try cara ni. Yang pakai komputer/lappy highlightkan je la perkataan yang nak dibacklinkkan tu *wah wah, suka suki kau je rojakkan bahasa!* tak payah susah-susah camni oke! Cuma gantikan web address lepas http:// tu dengan blog atau web yang nak dibacklinkkan, lepas tanda "> pulak gantikan dengan perkataan yang korang nak letak. Err faham ke? Kejap, aku letak kat gambar.

Image Hosting by PictureTrail.com

Camni la rupanya. Yang ni aku amik contoh kat entry aku yang -->ini<--


Kalau korang perhatikan betul-betul, aku dah tukar web yang dibacklinkkan kepada www.hmetro.com.my/articles/Artistakhina/Article/ dan perkataan yang boleh di klik untuk pergi ke web tu adalah -->sini<--. Got it? Pandai~~ Selain tu, kod ni boleh jugak digunakan untuk tinggalkan link entry terbaru korang bila korang komen kat mana-mana blog. Contoh dalam gambar kat bawah ni..
Image Hosting by PictureTrail.com


Aku rasa banyak lagi kegunaan kod ni, tapi aku masih lagi mengkaji *padahal dah tak tau haha..*

Jadi cukup la setakat ni ye. Nanti murid-murid pening pulak. Selamat pulang murid-murid..... Hehehe..

Image Hosting by PictureTrail.com

Wednesday, April 20, 2011

Kenapakahhh.......??

Cun tak template baru aku.....? Hehe.. Erm.. Aku musykil ni.... Bak kata pelakon bollywood, "mujhe bohot musykil he..." Haha bantai je... Dah lama tak tengok hindustan *tetibe pulak..* Oke, serius! Aku memang musykil sekarang ni.. Kenapa ek blog aku ni jadi 1 column??? Tapi tengok kat handphone oke je ada 2 column. Bila tengok kat pc yang jadi 1 column ni.. Aku tak paham la.. Kenapa kenapa kenapa?? *emo jap* Sidebar aku banyak sangat widget ke ek? Huhu.. Help help help.......... Anyone please help.....

Image Hosting by PictureTrail.com

Monday, April 18, 2011

Cool Blog vs Each A Cup

Cool Blog? Each A Cup?? Apekebendealahnye tu? Sesape yang suka ice blended mesti tau.. Ye betulll........ 10 markah! Ceh bajet cam pop kuiz jek.. Aku pun baru je tau pasal dua kedai yang jual ice blended ni.. Perisa pilihan aku, cappucino. Tu kalau beli kat pasar malam. Tapi sejak beli kat Each A Cup dengan Cool Blog, dah tersuka mocha pulak. Kenapa aku kata terrr? Sebab aku tak jumpa perisa cappucino kat dua kedai ni.. Tapi takkan takde kan? Aku la kot yang tak jumpa masa cari kat senarai, mata 4 pun tak nampak haihhhh.. =.=") Dah tu tak reti-reti nak tanya??? Err tak terpikir pulak nak tanya hihii..... Tadi aku try mocha kat Cool Blog, hasilnya mengecewakan.. Frust menonggeng I tau!! Huhu...... Cam tawar je, mungkin sebab murah kot, RM 4.10 harga sekali dengan bubbles.. Agaknya kat tempat lain sedap kot. Mungkin yang aku beli ni tak sedap sebab lain orang yang buat, lain la rasanya. Agaknya la.... Yang kat Each A Cup punya sedap, tapi mahal gila kot.. Sekali dengan bubbles RM 6.10. Perghh kopak la aku kalau asyik beli kat sana..... Tapi sedap! Tapi mahal...... Iskk...... Sayu sayu. Haha takde makna nak sayu. Tapi kalau time balik keje tak dapat tambah bubbles kat Each A Cup sebab mesti habis. Aku dah macam lagi suka bubbles tu daripada ice blendednya. Boleh tak kalau nak beli benda alah tu je? Sedap la kunyah-kunyah dia.. Huhuhu......

Image Hosting by PictureTrail.com

Sunday, April 17, 2011

Aktiviti Hari Ini..

Image Hosting by PictureTrail.com


Hari ni aku jadi baby sitter anak buah aku yang paling bongsu.. Tengok je kecik tapi bila menjerit, mak aihh.. Jom layan gambar budak kecik ni.. Jenuh aku tunggu dia tengok kamera..

Image Hosting by PictureTrail.com

Hai.. Nama kita Darwisya..


Image Hosting by PictureTrail.com

Comel tak kita? Comel kan kan..


Image Hosting by PictureTrail.com


Image Hosting by PictureTrail.com


Image Hosting by PictureTrail.com

Kita suka Makcu jaga kita.. Hehe..


Image Hosting by PictureTrail.com

Tapi Makcu dengan Nenek suka cakap "amboi dia..." kat kita.. Kita pun nangis kuat-kuat..


Image Hosting by PictureTrail.com

Bila kita nangis, Makcu pun dukung kita.. Menjadi jugak trick kita supaya dapat dukung.. Hehehe..


Image Hosting by PictureTrail.com

Kita saja je buat muka sedih, biar dapat dukung lama sikit.. Hehe..


Image Hosting by PictureTrail.com

Bila kita dah penat Makcu pun bagi susu, tidurkan kita....

Image Hosting by PictureTrail.com

Saturday, April 16, 2011

Segmen Weh! Aku Poyo Bila Aku

Sejak start keje baru ni blog pun dah terabai sikit. Dulu boleh la update selalu, sebab keje tak banyak. Sekarang? Perghh terkejar sana sini. Balik pun dah penat, setakat jenguk-jenguk blog sendiri dengan blog orang tu boleh la.. Nak buat entry pun dah takde mood bila penat.. Eh eh apa aku bebel ni. Kan nak cite pasal segmen abg zam ni.... Kali ni tajuknya macam yang korang baca kat atas tu la. Ke korang tak baca tajuk???? Baca tau....

Image Hosting by PictureTrail.com

Tara.... Jemput la klik banner yang sempoii ni kalau nak join..


So, nak cite la ni.. Aku poyo bila aku...... Op opp!! Poyo tu apa ek? Oo dah tau dah.. Ok.. So.... Aku poyo bila aku...... Eh jap!! Aku poyo ke? Sape kata?? Takde pun orang kata aku poyo.. Maknanya aku tak poyo la kan?? Aku rasa ye la.... Ye, aku tak poyo.. Bukannya ye aku poyo.. So kesimpulannya, aku tak poyo. Saja je aku nak join segmen ni walaupun aku tak poyo. Hahaha.. Jangan marah abg zam hehe.. *Takde idea la sebenarnya.. Ekekeke..*

Image Hosting by PictureTrail.com

Tuesday, April 12, 2011

Patut La..

Malam tadi dalam pukul 2 lebih kot, aku terjaga dari tidur. Rasa badan panas je tapi tak berpeluh. Hurm pelik ni.. Eh pelik ke? Tak pun.... Dah sah! Memang sah! Confirm! Apekebendenye ni?? Hehe.. Patut la penat sangat semalam.. Rupanya aku DEMAM.. Camne boleh tak perasan eh? Mungkin sebab duduk dalam aircond kot.. *Terer gile tak aku dok dalam aircond? Haha..* Tapi badan takde pulak rasa panas kat tempat keje.. Sebenarnya sejak hari Ahad lagi rasa nak demam, pagi semalam pun ikutkan hati memang nak sambung tidur je.. Tapi pikir-pikir takkan first day keje tempat baru tak datang.. Pagi tadi pun gagahkan diri pegi keje, sebab ada induction lagi..

Image Hosting by PictureTrail.com

Gambar dari Pakcik Google


Eh aku ni asyik cite pasal keje baru je. Korang jangan boring lak tau! Hehe.. Sekarang masih dalam proses belajar, yang buat aku pening+gabra. Masa orang ajar, tengok macam senang je.. Bila kena buat sendiri, amik kau!! Blur siot.....huhu.. Takpe, bak kata bebudak sekarang, pelan-pelan kayuh...... InsyaAllah boleh buat... Yeay, go go Hanim!! Err macam mengong je ayat last tu. Hehehe~~

Image Hosting by PictureTrail.com

Monday, April 11, 2011

Nak Letak Tajuk Apa Ni Eh???

Hari ni hari pertama kat tempat keje baru.. Perghhh sangat penat oke! Pagi belajar buat keje sikit-sikit, lepas rehat ada induction.. Dengar, dengar dan dengar.. Sangat mengantuk, sampai berapa kali ntah aku menguap.. Nak jenguk handphone pun tak sempat, pegang apatah lagi.. Nak update blog, bukak fb?? Kirim salammmmm....... Itu je pun aku buat hari ni.. Tapi mak aihhh dia punya penat tak tau nak cakap.. Ni pun mata layu je.. Aik! Takkan dah nak tidur pulak kan.. Tak pernah-pernah tidur awal camni, buang tebiat apa? Haha.. Waa ngantuknyaaaaaaa~~ Nak blogwalking pun tak dapat kot.. Sekadar singgah blog favourite je agaknya.. Esok ada induction lagi..... Bila pulak nak pegi buat akaun bank ni.. Haihhhh............

Image Hosting by PictureTrail.com

Sunday, April 10, 2011

~ izzlorna.com 1st Special Giveaway ~

GA! Rasa macam dah lama tak join GA.. Terima kasih pada kak bee yang tag aku untuk join GA ni.. Kalau korang nak join klik -->sini<-- atau banner kat bawah ni oke!

Image Hosting by PictureTrail.com


Syarat2 Penyertaan yaaa
1. WAJIB menjadi follower blog Lorna…
2. Buat satu entry yg bertajuk ~ izzlorna.com 1st Special Giveaway ~
3. Pastikan banner di atas sekali ada dipaparkan pada entri anda…
4. Copy & paste banner di bawah ni dan letakkan di sidebar blog anda…

Image Hosting by PictureTrail.com


5. Sila link entri anda di blog ini dan jangan lupa tinggalkan link entri anda di ruangan comments…
6. Sertakan sekali emel anda di ruangan comments supaya senang Lorna hubungi jika ANDA PEMENANGNYA!
7. Sila tag 3 rakan blogger anda...lebih ramai lagi bagus. Pastikan mereka tahu tentang Giveaway ini okey!

Aku nak tag:
~ merahitujambu ~ aNis sHazLiN<--ni special sebab dia giler.... Haha giler GA.. Jangan marah anis! ~ cik diyana

8. Penyertaan bermula 10 Apr 2011 – 30 Mei 2011... Bakal Pemenang akan dilakukan secara random.org…

Image Hosting by PictureTrail.com

Saturday, April 9, 2011

Segmen Weh! Kalau Aku Bukan Belogger

Segmen! Ops kali ni bukan segmen Abg Ben, tapi Abg Zam. Saja je nak join.. Jom join ramai-ramai..

Image Hosting by PictureTrail.com

Nak join klik banner ye..


Oke, let's start *ceh speaking konon..*

Kalau aku bukan sorang blogger, aku akan online kat Facebook dan akan sibuk cari application yang best-best. Game?? Oo aku bukan kaki game online. Aku memang suka main game, tapi game online aku tak layan sebab nanti ketagih susah oke! Laptop pun takde, sangat susah la kalau ketagih kan. Selain tu, aku mungkin akan merayap ke shopping complex dan tengok wayang *sekarang pun selalu je merayap padahal haha..* Hujung minggu aku jarang online pun sebenarnya.. Nak menghabiskan quality time dengan insan tersayang giteww.. *poyo* Oke la, tu je kot.. Idea dah takde walaupun diseru-seru macam lagu Misha Omar tu. Chowz........

Image Hosting by PictureTrail.com

Friday, April 8, 2011

Sentap!

Malam semalam sambil tengok berita, sembang-sembang sikit dengan bonda terchenta *ceh ayat tak tahan!* Ada la mak aku cite pasal perniagaannya *wah perniagaan giteww!! Haha..* Ala meniaga kuih ros je. Tau tak kuih ros? Ada sesetengah orang panggil kuih lempang loyang. Kejap, aku google gambar kuih ni. Tak teringat pulak nak snap gambar kat rumah semalam.

Image Hosting by PictureTrail.com

Ni la rupa kuih ros a.k.a kuih loyang..


Alkisah.....mak aku ada dapat order dari sorang perempuan ni.. Hari tu mak aku hantar tester kat ofis dia. Semalam petang ke bila ntah dia call mak aku. Dia cakap apa, "MAKCIK, KAWAN SAYA KATA KUIH MAKCIK NI KURANG RANGUP. TAK SAMA MACAM YANG DIA RASA DULU.." Mak aku jawab, "Kuih yang makcik buat ni tebal, memang kurang rangup, yang betul-betul rangup tu nipis.." *kurang je ye, tapi aku rasa rangup je..* Perempuan tu cakap lagi, "TAK BOLEH KE KALAU MAKCIK MODIFIED RESEPI? LETAK LEBIH TELUR KE, TEPUNG KE... LEPAS TU ORANG LAIN JUAL KAN ADA YANG LETAK BIJAN.."

Eh, hello!! Mak aku dah berbelas tahun tau buat kuih ros ni, sejak aku sekolah rendah lagi. Dah banyak pengalaman dan dah masak sangat dengan ragam kuih ni kalau terlebih atau terkurang bahan. Bukan la tak boleh terima teguran, no. Tapi bayangkan la. Dah berapa lama mak aku buat kuih ni, TAK PERNAH ada orang komplen. Bukan nak puji, tapi memang biasa respon yang diterima adalah SEDAP.

Kalau time raya tu, banyak betul orang order, sampai kadang-kadang mak aku terpaksa tolak sebab tak larat. Kawan-kawan kakak aku pun kalau terlambat order, dorang sanggup je tunggu sampai lepas raya. Janji dapat order dan dapat makan kuih ni.

Lagi satu kena la ingat, kuih ni bukan senang nak buat. Kalau kuih lain tu buat banyak-banyak, letak dalam dulang dan bakar, lepas tu dah boleh buat keje lain *merujuk kepada kuih raya yang popular.* Kuih ros ni pulak lain. Nak kena mengadap je, betulkan bunga, nak celup lagi, kena pastikan tak hangus, letak dalam tupperware pun kena hati-hati, kalau tak nanti pecah, nak tutup tupperware pun kena perlahan-lahan. Biasa masak 50 keping amik masa sejam atau sejam lebih. Dan nak buat kuih ni guna dapur, dah tentu-tentu berdiri. Hurm, kesian mak aku.

Bagi aku la kan, tak sepatutnya la kawan perempuan tadi tu cakap camtu. Kalau rasa tak suka, tak payah la order.. Dan tak perlu la nak mengajar orang yang dah ada pengalaman berbelas tahun buat kuih ni. Orang yang dah berumur ni sensitif, jaga la hati sikit. Kalau dia kata yang dia pernah rasa dulu lagi sedap, sepatutnya dia pegi order kat orang yang dulu tu. Lagipun, lain orang lainlah cara buat dan lainlah rasanya.

Cuba bandingkan pulak antara KFC dengan MCD. Dua-dua ada jual ayam dan nugget kan? Rasa dia sama tak? TAK KAN? Kalau dah rasa sama, bankrap la..... Itu pun tak boleh pikir ke?

*Agak emo entry ni. Aku bukan marah, tak puas hati je..*

Sekian adanya *Dah ada alkisah jadi pembuka, kena la ada penutup ye tak? Hehehe..*

Image Hosting by PictureTrail.com

Thursday, April 7, 2011

Gile Ah!!

Sejak keje, aku selalu beli air mineral kat kedai serbaneka 24 jam yang femes emes. Ala korang pun mesti tau punya kedai apa kan? Biasa aku beli botol besar, harga RM2.50 sebotol. Mahal kan? Tapi nak buat camne, nak air sejuk punya pasal. Tapi baru-baru ni aku tengok dah naik harga RM2.80. Pekejadah?? Aku perhatikan sejak dulu memang kedai ni ikut suka hati je naikkan harga barang *dah tau camtu, ko pegi beli barang kat situ lagi buat apa? Demmm..* Daripada barang makanan ke alat tulis ke barang-barang lain semua mesti lagi mahal daripada kedai lain. Oke, yang harga RM2.80 tu air Spritzer. Yang aku nak cite sebenarnya air mineral yang agak popular gak tapi sebelum ni murah je. Kalau umur korang lebih kurang dengan aku, syarikat yang keluarkan air brand ni memang popular masa aku sekolah menengah dulu, siap ada keluar botol air dia sendiri yang ada jual kat kedai serbaneka ni je. Tak tau? Tak tau takpe huhu.. Minggu lepas aku beli air ni sebotol RM1.90. Murah la kot untuk air botol besar *murah ke? AIR MINUMAN je kot, BUKAN MINERAL pun.* Semalam aku beli, tengok-tengok dah RM2.50. BAPAK MAHAL!! Naik 60 sen tu!! Aku tak tau la spesis orang gile mana yang nak sangat untung sampai naikkan harga gile-gile camni. Memang gile!! Aku rasa lepas ni aku tak beli dah barang kat situ lagi. Kalau beli pun mungkin masa terdesak, tak pun beli barang-barang yang harga standard macam paper dengan roti.

Image Hosting by PictureTrail.com

Ingat orang keje cap duit ke suka-suka nak naikkan harga??

Gambar dari Pakcik Google

Image Hosting by PictureTrail.com

Wednesday, April 6, 2011

Template Oh Template..

Hurm.. Tetibe rasa nak tukar template blog. Bukan tetibe sebenarnya, dah lama nak tukar. Tapi masih belum jumpa yang betul-betul berkenan di hati. Habis, kalau masih belum jumpa, yang aku tukar ni apa? Oke2, aku memang berkenan dengan template ni. TAPI yang tak bestnya tak boleh letak header, alignment lari. Haihhh template dah cantik *cantik kerr?* tapi problem pulak. Pakai je la dulu sementara cari yang lain *tak sabar nak tukar template, pakai je mana ada hehe..* Sidebar pun bersepah, nanti je la betulkan huhu.. Aku sebenarnya suka template yang gelap, senang cite kaler hitam la. Majoriti template hitam pulak tulisan dia kaler putih. Takmo takmo!! Kalau boleh nak tulisan kaler pink ke, hijau ke, yang terang la.. Lepas tu sidebar belah kanan, antara widget nak ada garis pemisah.. Wah banyak cekadak ko! Pegi la buat sendiri! Haha. Bukan tak nak buat sendiri, tak reti sebenarnya.. Dok google pun jumpa ntah pape je. Jumpa yang cantik, header lari. Yang boleh letak header pulak tak cantik. Haihhh~ masalah masalah...... Help help help......

Image Hosting by PictureTrail.com

Ayat-Ayat Power LELAKI Lepas Kahwin

Sebelum Tido:
6 minggu: Selamat tido Sayaaang, mimpi indah ya, mmmuahhhhh.
6 bulan: Tolong matikan lampu tu, silau aah.
6 tahun: Sana sikit lah... Tido kalau tak mengepit tak bole ker???!

Pakai Toilet:
6 minggu: Tak apa, U masuk ler dulu, I tak kisaaahhhh
6 bulan: Lama lagi ke kt dalam nih?
6 tahun: Brug! Brug! Brug! (Bunyi pintu digegar.) Kalau nak bertapa pi lah Gunung Ledang sana !!!

Balas SMS:
6 minggu: Iye Sayang, jap lagi I sampai rumah. Sayang, I belikan murtabak favourite U ye Sayang...
6 bulan: Trafik jam aah
6 tahun: K..

Dating process:
6 minggu: I love U, I love U, I love U.
6 bulan: Of course I love U.
6 tahun: Iyalah!! kalau I tak cintakan U, buat apa I nikah dengan U???

Pulang Kerja:
6 minggu: Sayaaang, I dah balik nih...
6 bulan : I'M BACK!!
6 tahun: Masak apa hari ini??

Hadiah (ulang tahun):
6 minggu: Sayang, I harap U suka cincin yang I beli untuk U ni
6 bulan: I beli lukisan, nampak sesuai dengan suasana ruang tengah.
6 tahun: Pakai duit u sendirilah apa yg U nak.. I takde duit.

Telefon:
6 minggu: Baby, ada org call U nih..
6 bulan: Eh... Your call...
6 tahun: WOOIII TELFON BUNYI TUUUHHH.... ANGKAT AAAAAHHH!!!

Masakan:
6 minggu: Wah, tak sangka I, pandai U masak.Rasa pun sedappp...!!!
6 bulan: Kita makan apa malam ini??
6 tahun: HAH!! LAUK INI LAGI?

Memaafkan:
6 minggu: Sudahlah, tak apa, dah pecah pun, nanti kita beli lagi yang lain,eh?
6 bulan: Hati-hati la, nanti jatuh tuh..
6 tahun: Orang dah ckp byk kali pon tak paham!!

Baju baru:
6 minggu: Aduh sayang, U seperti bidadari dengan pakaian itu..
6 bulan: Lah... Beli baju baru lagi?
6 tahun: DAH BERAPA RIBU HABIS BELI BAJU TU???

Merancang Holiday:
6 minggu: Macam mana kalau kita jalan-jalan ke Amerika atau ke tempat yg U nak Honey?
6 bulan: Kita ke Bukit Bintang aje ler... Senang sikit tak perlu naik flight...
6 tahun: JALAN-JALAN??? DUDUK RUMAH AJE TAK BOLEH KE? BUANG DUIT JE!

TV:
6 minggu: Baby, kita nak tengok cite apa malam ini?
6 bulan : Sekejap eh, citer bagus ah.
6 tahun: JANGAN TUKAR-TUKAR BOLE TAK..??

Hehehe.. Peace! ^.^

Sumber: Facebook sape eh? Aku lupa.. =.=")

Image Hosting by PictureTrail.com

Gambar dari Pakcik Google

Image Hosting by PictureTrail.com

Monday, April 4, 2011

Sape Sebenarnya Usop Wilcha?

Semalam mesti ramai yang tengok ABPBH 2010 kan? Dan semestinya ramai yang terhibur dengan gelagat Usop Wilcha dan Abi Hurairah yang popular dalam filem Hantu Kak Limah Balik Rumah. Aku pun gelak gile tengok gelagat dorang semalam. Hehe.. Anyway, korang tau tak sape sebenarnya Usop Wilcha ni? *Sape yang baca Harian Metro Jumaat lepas dah tau kot..*

Nama sebenar dia Syed Mohamad Asri Syed Osman Jamalullail, berusia 46 tahun. Mula-mula masa tengok filem Zombi Kampung Pisang dulu, aku ingatkan dia ni pelakon yang baru nak masuk dalam bidang seni ni, tapi aku SALAH. Rupanya dia pernah ada album yang bertajuk Terasing Di Bumi Sendiri pada tahun 1996 tapi tak diberi perhatian untuk mengembangkan bakat dia. Kerjaya dia sebagai pelakon sekarang cuma pada hujung minggu je. Jadi apa yang dia buat masa weekdays? Dia sebenarnya seorang PENGURUS KOMUNIKASI KORPORAT sebuah syarikat gergasi yang terbabit dalam industri minyak dan gas. Masa baru tau aku pun macam.. WUIYOO.. Pengurus tuuu *muncung panjang*.... So aku nak cite yang last tu je sebenarnya. Saja taip panjang-panjang hehe.. Kalau nak tau lebih lanjut boleh klik -->sini<--

Sumber: Harian Metro 1 April 2011

Image Hosting by PictureTrail.com

Sape setuju angkat tangan macam saya.... Hehehe

Gambar dari Pakcik Google

Image Hosting by PictureTrail.com

Sunday, April 3, 2011

GEGAR 1 RIBU BLOG APRIL BERMULA

Abg Ben ni rajin betul buat segmen.. Aku pun rajin betul nak join.. Hahaha..

Kata Abg Ben:

Pengumpulan bermula ! Hari ini , 3/4/2011 jam 5 petang sehingga 5/4/2011 tepat jam 5 petang .. Untuk apakah pengumpulan blog ini ? Yeargh.. tu kena tau segmen akan datang .. Semua blog akan disenaraikan di SINI ... Ok ? Untuk join , sila buat satu entri sangat ringkas ...

1. sila letak HEADER BEN ASHAARI BLOG

Image Hosting by PictureTrail.com

Nak join klik banner kat atas ni ye


DONE!

2. Tajuk : GEGAR 1 RIBU BLOG APRIL BERMULA

DONE!

Dan tinggalkan url entri korang di sini ... Itu saja ... susah ?? Hehe.. senang je kan .. Ingat yer.. di sini !!! Cepat cepat .. lambat , jgn nyesal ehhh ... Pasni ada segmen yang akan menggunakan blog yang terlibat .. Tolong paste url anda sekali sahaja dan hanya url entri tersebut .. Jangan komen lak kat situ eh... nanti susah woo mau copy... tqqq

Image Hosting by PictureTrail.com

Friday, April 1, 2011

Eksiden Tahun 2008

Idea untuk berblog dah hilang ntah ke mana. Waktu ada idea sampai 2 3 entry sehari. Waktu takde idea memang 0 betul.. So hari ni just nak share gambar-gambar time aku eksiden dulu. Orang kata seumur hidup sekurang-kurangnya sekali kita akan eksiden, betul ke?? Jom layan gambar.....

Image Hosting by PictureTrail.com


Image Hosting by PictureTrail.com

Motor yang DIPINJAM dari jiran sebelah. Nasib baik dia baik hati, tak claim pape.. Huhu..


Image Hosting by PictureTrail.com

Tempat eksiden. Masa eksiden tu dengar-dengar cite dah 5 6 orang mati eksiden kat jalan ni dan kawan aku menambah bilangan tu =(


Image Hosting by PictureTrail.com

Ni la tiang yang dilanggar


Image Hosting by PictureTrail.com

Tangan aku calar je.. JE???


Image Hosting by PictureTrail.com

Rel keretapi.. Pon pon.. Kucukucukucukucu... Haha.. Tangan aku patah, kena masuk besi


Image Hosting by PictureTrail.com

Beza tangan kanan *yang bengkak* dengan tangan kiri *yang normal*


Image Hosting by PictureTrail.com

Dah sebulan lebih, elok la sikit rupa...


Kesannya, aku tak boleh la angkat barang-barang berat.. *Rindu nak main boling sob sob.. T.T* Sampai sekarang belum keluarkan lagi besi tu. Ntah bila nak keluarkan aku pun tak tau..

Owh lagi satu, aku pernah lalu scanner kat ofis kawan aku kat KLCC, dan scanner tu bunyi.... Huwaaaaa.. Adakah disebabkan besi tu???

Sekian..

P/s: berhati-hati di jalan raya ^.^

Image Hosting by PictureTrail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

I Can Feel Your Heartbeat