Pages

Follow Me ^.^

Saturday, March 5, 2011

Kurang Asam Jawa! Kurang Asam Keping! Kurang Asam!! Aarghh......

Hari ni aku keluar dengan heyncik ehem. Biasa la..jalan-jalan, makan-makan, bla bla bla.. Petang, aku teman heyncik ehem pegi beli tiket Sunway Lagoon bas kat Hentian Putra sebab dia nak balik kampung lagi beberapa hari. Kitorang pegi naik komuter. Sampai-sampai je, hujan lebat tapi oke lagi la. Payung pun ada, takde la risau sangat. Setel beli tiket, hujan pun dah reda sikit. Pegi minum kat The Mall jap. Sekali masa nak balik, hujan turun balik selebat-lebatnya. Plan nak naik LRT, tapi jalan nak pegi LRT banjir dan aku dan heyncik ehem nak selamatkan kasut daripada lencun. So patah balik pegi komuter *lencun jugak kasut. Bak kata heyncik ehem, kasut dia dah macam kapal selam.* Dalam pada dok berhati-hati jalan kat tempat pejalan kaki sambil mengelak air...... SPLASH!! Tetibe aku dan heyncik ehem dah basah kuyup. Asal-asal jeans je basah, dalam sekelip mata basah kuyup sampai ke muka. Entah sape yang "baik hati" pegi mandikan kitorang dengan percikan air dari kereta yang dibawak dengan lajunya. Dalam hati aku dah menyumpah-nyumpah, tapi terkeluar la jugak "buduh!" dari mulut. Tak nampak ke kitorang yang 'tersergam indah' kat tepi jalan ni? Buta ke apa? Kereta lain oke je slow, sebab agak banjir jugak kat jalan raya tu. Yang ko bawak kereta lelaju tu pahal? Memang panas hati aku. Tapi tu la, heyncik ehem boleh gelak lagi. Haihh, sabar je la. Dah dia gelak, aku gelak la jugak. Tapi hati tetap geram. Bengong betul driver tu!

*Tadi dalam bas sejuk gile+menggigil, badan dah gatal-gatal, dan JALAN JEM. GREAT. JUST GREAT.*

Image Hosting by PictureTrail.com

0 JυTα ℓємση ρєяυTυѕαη ¢нєηTα:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

I Can Feel Your Heartbeat