Pages

Follow Me ^.^

Friday, March 25, 2011

Dilema

Hari tu aku ada buat entry pasal nak pegi interview kat MDV (Malaysian Debt Ventures), jawatan Credit Management Assistant. Hurm.. Ditakdirkan keputusannya mendukacitakan. Aku pun dah dapat surat yang mengatakan aku gagal interview tu. TAPI semalam ada staff dari sana call dan tanya aku, interested lagi ke dengan jawatan tu. Aku cakap ye *sebab gaji lebih daripada keje aku sekarang yang mana SANGAT SIKIT*So dia kata dia akan try propose kat bos dia untuk dapatkan aku jawatan tu. Yang memusykilkan aku, macam ada something wrong je? Aku dah memang tak dapat, tiba-tiba jadi macam ni. Apa yang aku pikir, orang yang dapat keje tu dia tolak tawaran yang diberi tu. Tapi kenapa? Tak best sangat ke ek keje tu? Ish risau pulak aku......... Aku tanya akak aku, ada yang kata jangan, ada yang kata pegi. Aku pun dah dibagitau masa interview yang keje tu kena buat betul-betul sebab melibatkan duit, kalau silap habis la. Dan akan ada situasi yang akan menyebabkan aku balik malam. Hurm...mak aku tak setuju pulak. Aku akui la, aku sanggup je sebab gaji, walaupun aku tak biasa ada kat luar rumah waktu malam. Bukan la aku ni mata duitan, tapi dorang tak faham masalah aku. Masalah kewangan aku sangat kritikal. Nak apply insuran pun aku tak mampu. Sedangkan aku dah pernah masuk hospital TIGA KALI. Sepatutnyalah aku ada insuran kan? Nak bayar PTPTN lagi, hutang lain lagi. Ada la lagi masalah peribadi yang beberapa orang je tau pasal kewangan aku ni. Kalau tak dapat jugak, mungkin bukan rezeki aku kat situ la kan. Tapi kalau la aku dapat, patut ke aku tolak? Huuu, nak nangis... Semua orang tak faham masalah aku..

Image Hosting by PictureTrail.com

4 JυTα ℓємση ρєяυTυѕαη ¢нєηTα:

puanbee said...

kalau nak cuba try je lah dulu ketepikan apa org cakap , asalkan amanah dgn duit tu tk de masaalah ler...

нαηιмQαtяυηηα∂α said...

Serba salah dibuatnya.. Tapi betul gak akak cakap tu kan.. Tq kak.. =)

Anonymous said...

salam hanim,dah dpt keje MDV tu? Saya dpt call dari MDV arineh..nak tau gak mcm mana sbenarnya keje ctu, leh share sket?

нαηιмQαtяυηηα∂α said...

salam.. dah dapat dah.. so far ok la. ala biasa la mula2 kalau tak faham, kena rajin tanya. bila dah faham ok je nak buat keje.. =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

I Can Feel Your Heartbeat