1. Akuarium yang sesuai
Mula-mula kena la ada akuarium kan, kalau tak nak letak mana pulak kura-kura korang tu? Bawah katil?? Saiz akuarium bergantung kepada saiz kura-kura. Kalau kecik, kecik la akuariumnya dan macam tu jugak sebaliknya. Kebanyakan kura-kura yang dijual kat Malaysia ni adalah jenis "red eared slider". Nak kenal pasti senang je, kalau kat telinga dia *kura-kura ada telinga ke?* ada kaler merah, tu la dia *macam kura-kura aku kat entry -->ini<--
*. Kura-kura "red eared slider" ni adalah jenis "semi aquatic" ataupun dua alam dan suka berenang, jadi sediakan ruang yang cukup untuk dia berenang dengan gembira hehehe..

Teringin jugak oh nak ada akuarium camni.. *Gambar dari Pakcik Google*
2. Makanan
Sebenarnya kura-kura ni boleh bertahan kalau korang tak bagi makan beberapa hari pun, tapi cam kejam la kan dah bela tak bagi makan. Pilih makanan yang sesuai dengan diet kura-kura tu *bukan manusia je ada diet, kura-kura pun ada*. Korang boleh bagi pellet yang banyak dijual kat kedai. Lain jenama, lain la kualitinya. Macam aku, aku guna jenama Nutrafin sebab lebih berkualiti, harga pun mahal la sikit. Korang jugak boleh bagi sayur-sayuran macam carrot ke, salad ke.. Untuk pellet, bagi 2 kali sehari. Tapi ni pun bergantung kat umur kura-kura tu. Untuk sayur aku tak pasti pulak sebab aku tak bagi kura-kura aku makan sayur. Jangan bagi makan banyak sangat tau, kalau terlebih makan pun dia boleh mati.

Contoh pellet *Gambar dari Pakcik Google*
3. Anti-klorin
Yang ni sangat penting, kalau sesiapa ada bela ikan tu tau la kan. Macam yang korang semua tau, air paip kat rumah kita ada klorin. So kena letak anti klorin supaya kura-kura korang tu sihat dan tak mati.

Contoh anti-klorin *Gambar dari Pakcik Google*
4. Tempat melepak *aku lupa apa orang panggil benda alah ni. Tukun kot?*
Disebabkan kura-kura "red eared slider" ni dua alam, kadang-kadang dia nak jugak rilek-rilek dan keluar daripada air. So korang boleh sediakan macam kayu ke, batu ke, yang tinggi supaya dia boleh lepak-lepak dan keringkan badan dia.
Omputih panggil benda ni "basking".

"Basking" *Gambar dari Pakcik Google*
5. Air
Korang kena pastikan air kena selalu tukar, jangan biar kotor lama-lama. Kalau tak nanti kura-kura tu boleh kena penyakit. Lepas tu kalau air kotor, kura-kura jadi tak aktif.
6. Turtle conditioner
Turtle conditioner ni macam kalsium untuk kesihatan kura-kura, jugak untuk mengelakkan cangkerang dia jadi lembut. Selalunya benda ni bentuk kura-kura, comel je.. Korang masukkan je benda ni dalam akuarium tu. Nanti dia akan terhakis sikit-sikit sampai habis.

Antara turtle conditioner *Gambar dari Pakcik Google*
7. Hiasan
Ni ikut suka korang la nak letak apa sebagai hiasan. Kura-kura plastik ke, tumbuh-tumbuhan ke.. Macam aku letak batu-batu kecik je.. Bajet takde nak hias lebih-lebih.

Tumbuh-tumbuhan hiasan *Gambar dari Pakcik Google*
8. Belaian
Haaa jangan ingat manusia je yang nak belaian. Haiwan pun sama tau *ye la, macam kucing tu*. Dari apa yang aku baca belaian ni untuk jadikan dia jinak dan bagi dia kenal tuan dia. Belai la kepala dia tu selalu. Aku pun takut-takut lagi. Buatnya tengah belai tu dia pusingkan kepala pastu gigit tangan aku?? Huhu....
9. Gigitan kura-kura
Oke, yang ni aku tak boleh cite banyak sebab aku tak tau sangat. Tapi elakkan dari pegang kura-kura tu dekat dengan mulut dia. Memang dia nampak kecik, tapi gigi dia tajam walaupun kita tengok macam takde gigi je.. So jaga-jaga oke!
Selamat membela kura-kura *cam poyo je ayat ni haha.*


19 JυTα ℓємση ρєяυTυѕαη ¢нєηTα:
MEMANG LECEH BILA NK JG BINTANG PELIHARAAN NI..TU TANDA KITA RAJIN LAU X JE..LAU MALAS XYAH BELA..HEE..
merahitujambu
tau takpe =)
Hahah, aah kan. Pastu kena tuggu petir baru boleh lepaskan. :p
Mr. Swift
ahahahah.. =P
gua ade dulu dua ekor kura2...satu bg kat seseorang satu bg kat gua..
lepas dia kawen gua rebus kura2 tu buat dinner wahahaha...
tak la skang entah ke mana kura2 tu kura2 dlm perahu pura2 tak tahu
haha kejamnya buat dinner.. konon2 cam masak ketam la tu kan *cangkerang keras*
sye pon ada bela kura2 ni..
nak tnye la..
bole tak kalau kita pakai air minuman..
maksud sye air R.O...
kat uma sye ad air R.O jenama elken..
jdi sy pky air tu je..
oke tak??
Anonymous
Saya tak sure pulak.. Tapi rasanya boleh kot..
thanks..sbb sy pon jaga kura2 tp kurang arif tntg penjagaan rapi..
Anonymous
Saya pun bukan la pandai sangat, masih belajar lagi cara-cara nak bela kura-kura dengan betul.. =)
tQ 4 da tips!!!bguna sgt kat uni,,,sebab mmg uni dh bcadang nak bela kura2..
ermm anti klorin n turtle conditioner 2 mahal x?
xsabar tggu sem depan..! :D
sila singgah sini kalo sudi..<3
http://cayangmeowmeow.blogspot.com/2012/01/little-tortoise.html
UniMeOw
Tak mahal pun, bawah RM10 je.. =)
Kalau nk pelihara kura2 bersama dgn ikan boleh x?
Anonymous
boleh.... tapi tak sure pulak semua ikan boleh ke tak... so far pernah tanya kat orang kedai pasal ikan bandaraya je... =)
sye pon bela kura2 jugk...die gigit x sakit sngt pon sbenarnye...psl petir tu jgn cya...karut jer tu...tpi klau dh bela lame2..., die dh kenl tuan die..., mmg x gigit lansung...kita pegang mulut die..lg die suke...
Anonymous
Err ye ke?? Hehehe... Saya pun dengar cakap orang je.... Tapi so far ok la, "dorang" tak pernah gigit lagi... Yang pasal kenal tuan tu memang betul ek, sebab bila saya pegang dia diam je tapi bila orang lain pegang dia dok meronta-ronta nak lepas....
Saya pun baru beli kura- kura...saya ada juga belikan ikan perhiasan buat teman kura-kura..tetapi kurang asam boi punye kura-kura...ada ke patut dia makan ikan tu...makan dah beri dah...kura-kura ni kuat makan ke?
kura kura saya tamo makan sejak saya beli dia kat kedai..nape ek ? still idop lg..tp ta aktif..sdey laa tgk..baru jek nak blaja bela..huhu..tau tak nape dia tamo makan ??
totoi
tak sure la, saya tak bela ikan sekali dengan kura2... heheh...
anonymous
erm mungkin dia tak biasa lagi kot.... cuba je terus bagi makan kat dia.... saya dulu camtu gak.... mula2 bela memang asyik mati je.... tak serasi kot.... yang hidup ni pun kura2 yang ke 7 dengan ke 8... sabar ye... :)
Post a Comment