Pages

Follow Me ^.^

Thursday, March 3, 2011

Anak Aku

Anak aku? Aku ada anak? Bila masanya aku kawin? Jeng jeng jeng..hehehe.. Anak aku tu sebenarnya kura-kura. Kakak aku la yang dok gelarkan kura-kura tu sebagai anak aku. Tak kisah la, janji dia bahagia hehe.. Diam tak diam, dah lebih setahun aku bela kura-kura. Dalam jangka masa tu, ada la kura-kura aku yang mati. Memang sedih, tapi nak buat camne, dah nak mati. Sekarang ni kura-kura aku dah besar. Seronok tau tengok dia membesar..

Image Hosting by PictureTrail.com
Daripada sekecik ni..

Image Hosting by PictureTrail.com
Tara!! Dah jadik sebesar ni...

Image Hosting by PictureTrail.com

Image Hosting by PictureTrail.com
Cak! Ahaha..

Aku pun tak tau kenapa aku berminat nak bela kura-kura. Sebab comel kot. Kecik-kecik comel la.. Dah besar pun comel tapi kuku dia jadik tajam woo, sakit tangan aku kalau dia meronta-ronta nak lepas.

Image Hosting by PictureTrail.com
Kuku panjang dan tajam. *Boleh ketip ke? Aku pun tak tau.*

Sebenarnya aku tak jangka pun kura-kura yang aku bela akan terus hidup sampai sekarang ni, terutama yang besar tu. Sebab? Aku pernah terrrjatuhkan dia masa nak bersihkan akuarium, tak sengaja tau.. Kisahnye...aku ada letak jambatan sebagai tempat untuk kura-kura aku rilek-rilek. Masa tu dia kecik lagi, so dia pegi masuk bawah jambatan tu. Aku tak perasan masa aku angkat jambatan tu dia termelekat sekali kat bawah tu. Tetibe je dia jatuh. Tengok-tengok mulut dia macam pecah sikit dan ada serpihan mulut dia kat lantai. Uwaa takut aku masa tu.. So aku ingat dia akan mati la tak lama lepas tu. Tup tup, bukan main besar lagi sekarang. Mulut dia pun dah ok, tak cacat pun *tumbuh balik kot?* So kepada korang yang nak bela kura-kura tu jaga baik-baik.. Sayangilah kura-kura belaan korang tu macam haiwan peliharaan yang lain.. Jangan dera dia pulak tau!

Image Hosting by PictureTrail.com

7 JυTα ℓємση ρєяυTυѕαη ¢нєηTα:

merahitujambu said...

COMEL..SY SUKA HAMSTER..BENDA BERBULU...=)

нαηιмQαtяυηηα∂α said...

tq =)

suka hamster jugak.. dulu dah bela, ni bela haiwan lain pulak.. hehehe..

Mr. Swift said...

Euwww.. Kura-kura tu tak gigit org ke? Haha.

нαηιмQαtяυηηα∂α said...

Mr. Swift
Haa..... Jawapan untuk soalan tu ada dalam bahagian 2 nanti.. Tungguuuuuu~~ Hehehe..

Anonymous said...

kura2 mmg kena bela 2 ekor ek??ader org ckp..klu sekor jer??

нαηιмQαtяυηηα∂α said...

Anonymous
Secara faktanya tak tau la. Tapi bagi saya bela 2 ekor tu supaya dia ada kawan. Takde la sekor je, cian dia.. =)

aziq said...

mcm kura2 betina je..heheh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

I Can Feel Your Heartbeat