Pages

Follow Me ^.^

Wednesday, March 2, 2011

AKU MMG GILA TRAFIK ! SO WHAT ??

Segmen Abg Ben (lagi??) Hehe..

Kata Abg Ben....

Syarat-syarat:

buat satu entri khas ...
1. Sila letak header BEN ASHAARI BLOG

Image Hosting by PictureTrail.com

DONE!

2. Tajuk : AKU MMG GILA TRAFIK ! SO WHAT ?? dan linkkan ke entri ini ..

DONE!

3. Berikan satu cerita yang menginsafkan korang tentang kematian yang boleh dikongsikan bersama pembaca blog korang dan juga pembaca baru ..

Oke, here it is.. *cite ulang tayang bagi yang pernah baca*

Pagi tu cuaca cerah. Aku dan Shida sudah bersiap-siap untuk ke kelas. Keluar saja dari rumah sewa, kami ternampak beberapa kawan sekelas yang pulang ke rumah sewa masing-masing. Rupa-rupanya kelas pagi itu dibatalkan kerana pensyarah kami kurang sihat. Jadi aku mencadangkan kepada Shida supaya kami pergi ke pekan untuk mengambil barang yang tertinggal pada hari sebelumnya. Kami pergi dengan menaiki motosikal yang dipinjam daripada jiran sebelah rumah, dia menunggang dan aku membonceng. Tiba di satu selekoh, Shida gagal mengawal motosikal yang dinaiki kami lalu melanggar tiang elektrik di tepi jalan. Semuanya berlaku dalam sekelip mata. Shida menjerit tolong beberapa kali sebelum tiba-tiba diam. Aku yang panik tidak berkata apa-apa. Beberapa orang yang kebetulan lalu di kawasan itu datang membantu. Ketika itu Shida sudah tidak sedarkan diri. Kami dibawa ke poliklinik berdekatan. Doktor berusaha sedaya-upaya untuk menyelamatkan Shida yang sudah nyawa-nyawa ikan tetapi ternyata Allah lebih menyayanginya. Sukar untuk aku percaya dia pergi buat selamanya. Kenangan suka-duka kami terbayang di mataku. Dan pemergiannya menyedarkan aku, maut boleh menjemput sesiapa saja, pada bila-bila masa tanpa mengira usia. Beberapa hari selepas itu, dua orang kawan datang melawat aku yang patah tangan di rumah. Mereka memberitahu hasil bedah siasat mendapati hati Shida pecah akibat kemalangan itu kerana terhentak dengan kuat di tiang elektrik itu. Namun bila aku pergi membuat laporan polis, pihak polis mengatakan Shida mengalami pendarahan yang teruk di kepala. Aku pun tidak tahu yang mana satu betul. Dan bagiku biarlah ia terus menjadi teka-teki.

Kalau korang nak baca kisah penuh klik sini--->Aku, Dia dan Kenangan

*cite ni kisah benar tau Abg Ben.*

DONE!

Tu jeee... cepat cepat .. Tutup ?
Esok !!! Grrr....

Aku nak share lirik lagu favourite aku sekali..

KRABAT-KEINSAFAN

Sayup terdengar HUJAN MENCURAH ke bumi
Dingin terasa MEMECAH KESUNYIAN malam
Dan aku di sini sendiri DIBALUTI RESAH
DIBAYANGI SESAL yang tak sudah

Renung ke LANGIT SEPI tiada purnama
Di dalam KELAM terlihat bayangku sendiri
TERPAKU membisu tanpa suara dan segala
Apa PETANDA, apa RAHSIA

Oh TUHANKU yang MAHA ESA
MAHA PENGASIH MAHA PEMURH
Andainya malam yang begini
Memberi PENGERTIAN untukku
Mencari HIDAYAHMU

Maka KU TADAHKAN setulus
PENGAMPUNAN dan pengharapan
Untuk aku menebus DOSA-DOSA SEMALAM

Cukup SETAKAT INI
Aku merasa
Terasing TERHUKUM dalam sengsara
BALASAN dari KEHANCURAN yang aku ciptakan

Dan kini aku MENGERTI
Antara DOSA PAHALA
Yang mana lebih UTAMA
Dalam meniti kehidupan dan HARI KEMATIAN

Andai MALAM INI satu PERINGATAN
BERSYUKUR ku pada Illahi
Andai MALAM INI satu KESUDAHAN
Ku pintakan
Satu PENANGGUHAN
Untuk aku mengucapkan..
Kalimah TERAKHIR...

*Aku tak tau lagu ni zaman bila, sebab aku dapat dari kakak aku.*

Image Hosting by PictureTrail.com

6 JυTα ℓємση ρєяυTυѕαη ¢нєηTα:

mynameismy said...

speechless..T_T

нαηιмQαtяυηηα∂α said...

mynameismy
Entry Aku, Dia dan Kenangan tu memang ditulis dengan penuh perasaan dan penghayatan.. T.T

merahitujambu said...

sy x gila traffik sy gila baca blog awk boleh??heee..
sy mulai rajin*lawanya..update blog..uhuk

нαηιмQαtяυηηα∂α said...

merahitujambu
awak tak payah gila trafik sebab trafik awak sentiasa jem hehehe.. btw, thanx sudi baca belog saye huhuhu *terharu

mas.saari said...

singgah dan baca kisah awak..
jom follow2 jugak ok!

нαηιмQαtяυηηα∂α said...

mas.saari
thanx sudi singgah.. dah follow awak juga =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

I Can Feel Your Heartbeat