Pages

Follow Me ^.^

Thursday, March 31, 2011

Ouch!!! Sakitttt!!!

Malam semalam aku tengok drama melayu kat TV9. Tajuk apa ntah, tak ingat pulak *Tak, tak. Bukan tak ingat. Tak tau pun sebenarnya. Hehe..* Korang ada tengok tak? Pelakon utama, Aqasha, Nabila dengan Aaron Aziz. OMG Aaron Aziz ada mesti la aku nak tengok kan. Cite bermula dengan babak Aqasha hantar Nabila ke stesen bas. Dorang dah nak kahwin, so Nabila ulang alik dari Penang ke KL untuk uruskan hal-hal majlis kahwin dorang la. Dipendekkan cite, Aaron Aziz dengan Nabila ni satu tempat keje dan pernah bercinta, tapi dah putus sebab perangai Aaron yang baran dan kuat cemburu. Lepas tu Nabila jumpa Aqasha sampai la buat keputusan nak kahwin. Biasanya bila dah kahwin, sorang isteri mesti la ikut suami kan. So Nabila pun mintak berhenti keje yang menyebabkan Aaron tak puas hati. Bila Nabila dah berhenti keje dan nak balik KL, Aaron upah driver bas yang selalu Nabila naik tu untuk berhenti kat mana-mana supaya dapat bertembung dengan Nabila *konon-konon bas rosak.* Lepas tu si Aaron ni bawak Nabila ke satu kawasan hutan *dah la malam, sape je boleh tolong??* dan belasah Nabila kat situ. Dia belasah pakai kaki tuuu.... Aku pun macam... "Ouch! Sakit la!" bila Nabila jerit-jerit sakit. Lepas tu dia bukak seluar Nabila, so aku ingat dia nak rogol. Tapi rupanya dia pegi sula Nabila sampai mati guna peralatan besi untuk repair kete ke tukar tayar ntah. Aku rasa babak ni sangat buat aku terganggu, sebab macam real. Sambil-sambil tu terkeluar gak dari mulut, "Ee sakit la b***h!" Huwaaaa aku tak boleh lupa babak tu, terbayang-bayang je dalam kepala aku ni.. Memang la tak tunjuk betul-betul tapi lepas tu ada tunjuk yang besi tu dah basah dengan darah Nabila. Sakit kot!! Kejam gilerrr....... Huhuhu.......

Image Hosting by PictureTrail.com

Wednesday, March 30, 2011

Follower ke-100

Follower blog ni dah cecah 100 pada hari Selasa iaitu semalam. Mungkin sesetengah orang anggap "eleh, baru 100 dah nak kecoh.." Sesungguhnya tahukah korang betapa susahnya aku nak dapat follower yang ke-100 ni? Hukhukhuk *drama la pulak..* So jangan persoalkan baru 100 dah kecoh ke, apa ke..

Dengan ini dimaklumkan follower blog aku yang ke-100 jatuh kepadaaa.......*bunyi drum*

Jeng jeng jeng... Heynchek solo molo a.k.a single mingle!! *Sila tepuk tangan hehehe..*

Image Hosting by PictureTrail.com

Tara...... Suka gambar heyncik solo molo yang ni hehe..
Tq sebab bagi curi gambar ni yee..


Takde hadiah pun nak bagi, cuma nak tunjukkan sedikit penghargaan melalui entry ni..

Dan kepada setiap sorang follower blog ni, nak ucap terima kasih jugak sebab sudi follow blog yang ntahhapehape ini. Kalau setiap sorang dari korang tak follow, camne pulak boleh capai angka 100 tu ye tak?? Terima kasih semua..... ^.^

Image Hosting by PictureTrail.com

DECO DECO BENG BENG BOONG !

Segmen abg Ben.. Cite banyak tak guna, nak tau klik banner kat bawah *Pesal macam kasar je bunyinya? Hehe..*

Image Hosting by PictureTrail.com


Siap!!

Image Hosting by PictureTrail.com

Kelambatan! Kelewatan!

Image Hosting by PictureTrail.com


Adoi.. Hari ni lewat sampai ofis-9.30. Dah la keluar rumah tadi memang dah lewat, sampai-sampai je kat stesen Putra LRT, tuuu diaaa punya ramai orang beratur.. Dah macam perhimpunan masa sekolah dulu je aku tengok. Tren pulak pintu tak tutup tutup, keras je terbukak.. Huh.. Dah sah! Memang sah!! Apa yang sah?? Tren delay...... Ingat flight je ke delay? Tren pun ada tau.. Kalau komuter tu tak heran sangat la, ni LRT.. Memang la tak selalu jadi camtu, tapi dalam masa dekat dua tahun ni aku rasa dah lebih 5 kali dan dekat 10 kali.. Biasa kalau jadi camtu mesti ada problem la tu.. So dengan berat hatinya aku pun SMS bos, "Slm. Sy masuk lmbt hari ni. Tren delay." Serba salah jugak nak hantar SMS tu. Dah la semalam half day sebab nak amik letter offer, hari ni datang lambat pulak. Minggu depan nak half day lagi buat check-up. Adoi takut gak nak cakap.. Takut bos anggap yang bukan-bukan je.. Jangan marah bos.... *macam la dia baca belog aku ni kan..* Aku sebenarnya tak bagitau lagi nak berhenti, tapi aku tau dia mesti cool punya *ceh, confident tak agak.*

Image Hosting by PictureTrail.com

Tuesday, March 29, 2011

Alhamdulillah..

Image Hosting by PictureTrail.com


Baru balik dari sign letter offer kat MDV. Alhamdulillah dapat gak akhirnya keje tu.. Excited gak. Tapi bila pikir pasal tanggungjawab yang bakal dipikul....gulp! Agak menakutkan huhu.. Tapi dah namanya keje, mesti la ada cabaran ye tak? Tadi rasa macam kelakar je. Mana tak kelakar, aku dok baca surat yang panjang berjela tu, tukang bagi surat tu diam dok tengok aku, tengok sekeliling dia. Cakap la pape ke.. Hehe.. Bukan apa, aku mana la pernah ada pengalaman camtu. Keje yang sekarang ni pun tak mementingkan formality, main redah je. Letter offer pun takde. Bos pun sempoi je, pegi keje mana ada smart-smart. Kadang baju tak gosok, pakai selipar. Kalau smart pun sebab baru balik dari court la tu. Dah sole propreitor, so ikut suka dia la kan? Lagipun rumah dia pun 10 minit je dari ofis. Tiba-tiba dapat keje kat company camni, culture shock di situ. Ahahaha apa aku merepek ni. Start nanti 11 hb, so ada la masa lagi. Masa untuk apa? Untuk study excel. Hehe.. Aku lupa dah camne nak guna excel ni, sebab keje sekarang pakai word je. Ni pun tak tau la camne. Excel kat ofis tu 2003 punya. Tempat baru aku rasa pakai 2007 punya. Camne la gamaknya nanti.. Terkial-kial la agaknya.. Hehe.. Chaiyok chaiyok..

Image Hosting by PictureTrail.com

Monday, March 28, 2011

GEGAR BLOGGER BARU

Abg Ben buat segmen lagi??? Harus la join hehehe..

Abg Ben kata:

"Cara nak join .. mudah jer ...

1. Sila masuk ke blog BEN ASHAARI ini dan cari mana mana gambar yang ada ... Amik gambar tu ( diberi kebenaran ) ..

Aku pilih gambar ni..

Image Hosting by PictureTrail.com

Haha.. Comel kan??


2. tajuk : GEGAR BLOGGER BARU dan linkkan ke entri ini<---*nak join klik sini* 3. Kemudian , bagitau kenapa korang pilih gambar tu .. dan pastikan ada link ke entri itu ..ok ? Aku pilih gambar atas tu sebab ala-ala suwit gitu.. Abg Ben kan femes dengan ke-taff-an bodynya.. Tapi gambar ni comel hehe.. Tapi aku takde link entry ni huhu.. *Owh owh dah jumpa link entry gambar tu.. Ni diaaa--->Chess... aku kena ngorat siutt ngan jantan !*

4. Sila jelaskan mengapa anda jadi blogger ..

Mula-mula biasa la ikut kawan. Lama-lama seronok pulak. Dapat kawan baru, pandangan tentang satu-satu isu dari sudut berbeza-beza sebab lain orang lain pendapatnya..

5. Blog yang menjadi pilihan harian anda .. maksud aku , korang wajib masuk hari hari..

-Blog Abg Ben
-Blog Serius
-Blog yang bawah tajuk interesting blogs kat sidebar
-Blog sesape yang dah update

Image Hosting by PictureTrail.com

24

Ada apa dengan 24? 1 hari ada 24 jam. Walaupun 24 jam, kita tak pernah tengok jam pukul 24:00 walaupun kita guna sistem 24 jam di gadget yang kita ada *apa aku merepek ni??* Bila sebut 24 jugak ada kaitan dengan siri TV 24 yang popular tu. Aku tau tajuknya je, tak pernah tengok pun cite tu. Bukan, bukan. Aku bukan nak cite pasal 24 yang aku dok membebel kat atas ni.

*Tetibe* Happy birthday to me! Sedar tak sedar, hari ni hari lahir aku yang ke-"teeetttt" *dah terang-terang tulis kat tajuk, lagi mau teeetttt..* Alhamdulillah, aku masih diberi peluang untuk bernafas di muka bumi ciptaan Allah ni..

Wish daripada kakak aku kat FB:
"alo adek kicik, epi befday. tapi apa mcm itu mata ada air kluar jugak. banyak sedey ka adek kicik?"

Mentang-mentang aku adik bongsu, adek kicik dipanggilnya haihh.. =.=") So aku panggil dia balik "kakak besar" hehe.. Owh pasal air mata tu, profile pic kat FB aku letak gambar mata aku yang menangis *konon-konon la nangis, drama je sebenarnya ^.^*

Hurm.. Apa je yang aku dah buat sepanjang hidup aku selama 24 tahun ni? Takde pape, kot. Maksud aku, yang boleh dibanggakan. Sesetengah orang umur 24 dah ada keje tetap, gaji bagus/mahal, dah ada rumah, kereta dan segala macam benda.. Aku? Keje tak tetap, gaji tak berapa nak bagus/mahal, masih tak mampu nak beli rumah, cuma kenderaan je agak banyak (teksi, bas, tren *hehe*) dan banyak lagi la aku takde. Tu pun nasib baik ada jugak walaupun orang punya, orang lain yang tak bernasib baik tu nak makan pun susah. Belajar la bersyukur sikit! *marah diri sendiri. =.=")*

Wish pertama! Sudah tentu daripada si dia. Tq pakcik!! Sanggup tunggu dan call walaupun dah ngantuk tahap gaban+esoknya keje pagi. Memang setiap tahun dia saja yang menjadi orang pertama. ^.^

Ada sesapa nak bagi hadiah?? *sambil buat muka comel+mata bersinar-sinar macam si Puss dalam Shrek*

Image Hosting by PictureTrail.com

Image Hosting by PictureTrail.com

Sunday, March 27, 2011

Iklan Yang Memalukan Kaum Wanita

"Malu rasanya sebagai seorang perempuan apabila melihat iklan tuala wanita yang modelnya seorang lelaki."
*Komen oleh BDKCOMOT-sumber Metro Ahad, ruang Kata Mereka dalam sisipan Selebriti.*

Hmm.. Apa yang boleh aku katakan, aku sangat bersetuju dengan komen di atas. Agak-agaknya iklan brand apa ye?? "Lu pikir la sendiri.."

Sebenarnya dah banyak giler aku jumpa komen macam ni kat surat khabar. Ada jugak kaum lelaki yang meluahkan rasa tak puas hati pasal isu ni melalui ruang yang sama. Tapi syarikat-syarikat pengiklanan ni buat tak tau je. Lagi mementingkan untung daripada maruah kaum wanita.

Sebagai sorang wanita aku rasa sangat malu bila keluar iklan tuala wanita kat TV. Perlu ke buat iklan macam tu? Seperti mana yang kita sedia maklum, majoriti penduduk Malaysia adalah dari bangsa Melayu dan beragama Islam, yang mana kedua-duanya menitikberatkan rasa malu dalam kehidupan kita. So, mana peginya rasa malu tu ek?? *ditujukan kepada model-model iklan tersebut.*

Dulu-dulu takde pun iklan macam ni kat TV, tapi kaum wanita tau je nak pakai apa, brand apa yang bagus. Boleh je survive kan?? Just imagine la.. Kalau budak-budak kecik tanya korang, iklan apa ni? Apa ye nak jawab? Takkan nak cite dari A sampai Z?

Aku pun tak tau la nak cakap. Daripada model biasa, sampai artis semua dah tak malu nak cite pasal ni dalam iklan. Tak malu ehh? Ye, memang orang lelaki tau pasal ni. Tapi tak payah kot nak canang bagai.

Sejujurnya, aku rasa iklan-iklan macam ni sekadar nak memalukan dan menjatuhkan maruah kaum wanita je.. Kitorang tau la nak pilih sendiri, tak perlu iklan-iklan yang mengarut tu!

*MAYBE some people will say: kolot ah pemikiran dia ni.. Well, perlu ke bagitau satu dunia hal-hal dalam kain??*

Image Hosting by PictureTrail.com

Saturday, March 26, 2011

Jom Join Bloglist Man Yusoef

Korang kenal sape Man Yusoef a.k.a heynchek Seman ni? Tak kenal? Rugi rugi..... Sebab korang dah terlepas membaca blog dia yang best. Hehe.. Jom ramai-ramai join bloglist si Seman ni..

Kata Man dalam entrynya....:

"Ape perlu buat *cakap dengan
laju-laju* :

1. Buat entry berjudul "Jom Join Bloglist Man Yusoef"

2. Letak header orang tua yang aku buat sendiri ni. Yea aku buat sendiri ok! Haha

Image Hosting by PictureTrail.com

Nak join klik banner oke!


3. Lengkapkan ayat ini...
Blog Man Yusoef TAK BEST sebab....
#yea kenapa TAK BEST..so aku macam minta pandangan korang sekali lah secara tersirat. Hehe.

Jawapan aku: Blog Man Yusoef TAK BEST sebab semua background kaler putih. Letak la kaler-kaler sikit Man! Baru cun wallllahhhhh... Hehehe..
*Woo pandai-pandai jek. Blog dia, suka hati dia la kan? Kihkihkih. Lagipun aku tak pernah pun nampak benda tu 1 masalah. Tapi dah heynchek Man suruh jawab yang tak best, hantam saja la Labuuuu.... Haha.*

4. Tag minimum 1 orang rakan anda. Dan make sure beliau sedar dirinya di tag.

Err.. Sape ek?? Ermm haa.... Anis Shazlin

5. Tinggalkan url entry anda tu kat entry INI


**********

Tarikh tutup, bila aku tetiba dah online balik. Boleh? Haha. Sape-sape nak join-join lah. Kalau 10 orang jek yang join, tak kisah pon."

Oke, siap!

Image Hosting by PictureTrail.com

Seni Tie and Dye

Tadi aku cari-cari bahan nak buat entry. Ada la jumpa hasil keje seni aku masa form 2-tahun 2001. Eh! Baru aku perasan dah 10 tahun aku simpan benda alah ni. Memang plan nak simpan pun, tapi tak sangka la aku simpan sampai sekarang. Walaupun masa tu aku buat setakat pakai tisu, aku suka tengok. Seni ni dipanggil "Tie and Die Dye. Kenapa Tie and Dye? Sebab kena lipat-lipat, lepas tu ikat dengan getah (Tie), lepas tu kita warnakan dengan warna-warna berbeza yang mana getah tu berfungsi sebagai pemisah warna-warna tu (Dye).

Image Hosting by PictureTrail.com

Camni la lebih kurang..


Untuk pewarna dulu aku guna pewarna serbuk, tapi bancuh dengan air la, macam water color. Kalau guna yang biasa punya tak boleh sebab kalau basuh, warna tu akan luntur. So kena cari warna yang kekal dan tak terjejas dengan air dan bahan-bahan cecair lain. Pernah jugak aku try cari tapi tak jumpa pulak. Konon-konon nak buat la.. Dulu benda ni kita selalu nampak sebagai corak kat baju t-shirt dan baju kelawar. Sekarang dah susah nak jumpa kot..

Ni la dia hasilnya, yang aku buat dulu.....

Image Hosting by PictureTrail.com


Image Hosting by PictureTrail.com


Image Hosting by PictureTrail.com


Image Hosting by PictureTrail.com

Image Hosting by PictureTrail.com

Friday, March 25, 2011

Dilema

Hari tu aku ada buat entry pasal nak pegi interview kat MDV (Malaysian Debt Ventures), jawatan Credit Management Assistant. Hurm.. Ditakdirkan keputusannya mendukacitakan. Aku pun dah dapat surat yang mengatakan aku gagal interview tu. TAPI semalam ada staff dari sana call dan tanya aku, interested lagi ke dengan jawatan tu. Aku cakap ye *sebab gaji lebih daripada keje aku sekarang yang mana SANGAT SIKIT*So dia kata dia akan try propose kat bos dia untuk dapatkan aku jawatan tu. Yang memusykilkan aku, macam ada something wrong je? Aku dah memang tak dapat, tiba-tiba jadi macam ni. Apa yang aku pikir, orang yang dapat keje tu dia tolak tawaran yang diberi tu. Tapi kenapa? Tak best sangat ke ek keje tu? Ish risau pulak aku......... Aku tanya akak aku, ada yang kata jangan, ada yang kata pegi. Aku pun dah dibagitau masa interview yang keje tu kena buat betul-betul sebab melibatkan duit, kalau silap habis la. Dan akan ada situasi yang akan menyebabkan aku balik malam. Hurm...mak aku tak setuju pulak. Aku akui la, aku sanggup je sebab gaji, walaupun aku tak biasa ada kat luar rumah waktu malam. Bukan la aku ni mata duitan, tapi dorang tak faham masalah aku. Masalah kewangan aku sangat kritikal. Nak apply insuran pun aku tak mampu. Sedangkan aku dah pernah masuk hospital TIGA KALI. Sepatutnyalah aku ada insuran kan? Nak bayar PTPTN lagi, hutang lain lagi. Ada la lagi masalah peribadi yang beberapa orang je tau pasal kewangan aku ni. Kalau tak dapat jugak, mungkin bukan rezeki aku kat situ la kan. Tapi kalau la aku dapat, patut ke aku tolak? Huuu, nak nangis... Semua orang tak faham masalah aku..

Image Hosting by PictureTrail.com

Thursday, March 24, 2011

Cara Lipat Duit Bentuk Baju

Sebelum ni aku dah buat tutorial untuk lipat duit bentuk love kat entry -->ini<--, dan sambutan agak menggalakkan. Tengok keyword kat nuffnang pun view memang tinggi untuk entry tu. So kali ni aku nak buat tutorial untuk lipat duit bentuk baju pulak. Jom tengok cara-caranya:

Image Hosting by PictureTrail.com

1. Lipat 2 secara melintang untuk mendapatkan garisan tengah

2. Bukak dan lipat bahagian bawah sehingga hujungnya bertemu garisan tengah tadi

3. Ulang lipatan tadi untuk bahagian atas

4. Pusingkan ke belakang


Image Hosting by PictureTrail.com

5. Bahagian di sebelah kiri dilipat sedikit seperti dalam gambar untuk mewujudkan kolar baju *agak-agak je, dalam separuh tulisan bank negara tu*

6. Pusingkan ke depan semula

7. Lipat secara menyerong di bahagian kiri seperti dalam gambar

8. Ulang lipatan 7 di bahagian atas


Image Hosting by PictureTrail.com

9. Bahagian kanan dilipat menyerong ke luar begini

10. Ulang langkah 9 di bahagian atas

11. Angkat bahagian kanan *jangan lipat dulu*

12. Masukkan bahagian hujung ke bawah kolar sehingga betul-betul "ngam" dan kemaskan lipatan


Image Hosting by PictureTrail.com

Siap!


Selamat melipat! ^.^

Image Hosting by PictureTrail.com

Tuesday, March 22, 2011

AKU BENCI ROKOK

Hiahhh segmen abg Ben! Dah lama tak join segmen abg Ben ni.. Malas sebenarnya huhuhu.. Heyp heyp takmo malas-malas.... Babab kang!

Macam biasa, letak banner abg taff ni.. Hehehe..

Image Hosting by PictureTrail.com



Nak join klik banner oke!

Jawab soalan dari abg Ben:

1. Kenapa anda benci rokok? *lebih 100 patah perkataan..*

Aku memang benci rokok. Sebabnya, dah tentu-tentu la rokok tu membahayakan kesihatan dan MEMENDEKKAN UMUR. Oke la, ajal tu memang di tangan Tuhan. Tapi jangan la sia-siakan hidup kita yang dah sememangnya pendek kat dunia ni. Ramai yang dah tau kan ada banyak bahan kimia kat dalam rokok tu, tapi tetap jugak nak hisap. Lagipun asap rokok tu bagi kesan pada orang lain jugak. Orang-orang yang berada sekeliling perokok tu lebih terancam nyawanya daripada perokok tu sendiri. Rokok jugak membuatkan orang lain sesak nafas. Bagi yang tak biasa macam aku ni, automatik rasa macam nak mintak orang buat CPR. Help help help! Lepas tu mereka yang merokok ni mengalami masalah mulut berbau. Serius, aku pernah terbau mulut sorang perokok. Mak aihh nak pengsan rasa! Dan sudah semestinya membeli rokok tu satu pembaziran. Harga rokok naik camne pun mesti ada orang beli jugak kan? Bukan ke bagus kalau simpan ke duit tu, tak pun buat perbelanjaan dapur ke, bersedekah ke, daripada dok bakar duit tu, ye tak? Err dah lebih 100 patah perkataan ke ni? Takde idea dah heheh..

2. Pesanan buat mereka yang merokok dan bakal merokok

Pada yang merokok tu, berenti je la.. Jangan jadikan ketagihan sebagai alasan. Kalau nak seribu daya, mahu seribu cara, tak nak BERIBU-RIBU pulak la dalihnya.

Pada yang bakal atau teringin nak merokok tu, tak payah la. Bukan best pun. Nak ke ahli keluarga korang mati sebab asap rokok korang tu? Tak nak kan?

3. Pendapat mengenai mereka yang merokok ni

Sengaja nak bunuh diri, membazir duit dan menyusahkan orang lain. Nanti dah sakit orang kena jaga, tak ke menyusahkan tu. Err maksud aku penyakit yang disebabkan rokok, sebab perokok ni cari penyakit. Kalau kita tak cari penyakit, takdenye penyakit nak datang kat kita. Melainkan sakit yang memang Allah kata, kun faya kun! Macam eksiden ke, apa ke.. Yang tu tak boleh elak la, oke!

Harap entry ni tak menyinggung perasaan sesapa. Peace ^.^

Image Hosting by PictureTrail.com

Tandas dan Ruang Merokok Yang.......??

E-mel sharing timeee... Ehee~~

Korang tau kan, tandas awam ni satu kemudahan yang sangat penting. Pegi mana-mana pun mesti ada. Apa pun, gambar kat bawah ni adalah gambar tandas kat luar negara. Persoalannyaaa.....sanggup tak nak masuk?? *Description aku copy paste je dari e-mel, malas nak translate hehe..*

Image Hosting by PictureTrail.com

THE LADY IS GETTING READY TO ENTER!! This is a picture of a public toilet in Houston. Now that you've seen the outside view, take a look at the inside view..


Image Hosting by PictureTrail.com

It's made entirely of one-way glass! No one can see you from the outside, but when you are inside it's like sitting in a clear glass box!


BATHROOM PAINTED FLOOR!!! IMAGINE YOU ARE AT A PARTY. Tenth floor of a hi-rise building....... AND THEN YOU HAVE TO VISIT THE BATHROOM... You open the door... NOW, REMEMBER THE FLOOR IS JUST A PAINTED FLOOR! KINDA TAKES YOUR BREATH AWAY....... DOESN'T IT? Scroll sloooooooowly......... Would this mess up your mind??? Would you be able to walk in to this bathroom???

Image Hosting by PictureTrail.com


THIS IS A CEILING MURAL IN A SMOKER'S LOUNGE

Image Hosting by PictureTrail.com

Aku rasa yang ni patut buat kat Malaysia....

Image Hosting by PictureTrail.com

Monday, March 21, 2011

Reality Hurts

I have read this quote in Hlovate's novels.

"Things are easier said than done"

And that's true. Really true. And it's hurt too.

Why is this happening to me?

I can't be alone. Loneliness makes me keep thinking. And thinking makes me cry.

I can't let it go. I don't want to. I just can't. Please don't make me.

I need a shoulder to cry on.

Image Hosting by PictureTrail.com

Image Hosting by PictureTrail.com

Friday, March 18, 2011

Kejadian Ragut Di Depan Mata!!

Pernah tak korang nampak kejadian ragut berlaku depan mata korang? Tak pernah?? Aku pernah... Benda ni sebenarnya dah lama jadi. Masa bulan puasa tahun lepas. First time kot aku tengok berlaku depan mata. Terkejut jugak, tapi aku pun tak boleh nak buat apa. Kejadian ragut ni berlaku masa aku balik keje. Masa aku tengah jalan kat tempat pejalan kaki, aku nampak ada peragut tengah larikan diri betul-betul lepas dia meragut. Lalu sebelah aku lagi tu..! Tapi tu la, orang-orang sekeliling tengok je bila nampak peragut tu. Macam takde apa yang berlaku. Aku pun macam pelik, boleh dorang buat dono je? Takkan aku nak tolong? Aku ni dah la perempuan, kang tak sempat nak buat apa dah kena terajang dulu. Tak ke naya tu. Yang peragut tu pulak dah la meragut, tak puasa lak tu! Macam mana aku boleh tau?? Ala aku tau la.. Nak tau tak, aku sempat tau snap gambar peragut tu....


Jeng..


Jeng..


Jeng..


Jeng..


Jeng..


Jeng jeng..!



Image Hosting by PictureTrail.com


Owh PERAGUT RUMPUT rupanya.. Kihkihkih..



Image Hosting by PictureTrail.com


Theheheee~ Jangan marahhh.... Comel kan kambing ni?? *Ni la yang dikatakan senyum kambing. Ahaks!*


Gambar dari Pakcik Google, bukan aku yang snap. Kang orang kata aku jakun tak pernah jumpa kambing pulak kalau aku snap gambar dorang. Dah la tepi jalan raya. Hehe~

P/s: Ni cite betul tau! Yang buat aku tertanya-tanya tu, kat ceruk mana la agaknya kandang kambing tu kat K.L ni..?
*Tiada yang benar melainkan yang benar belaka. Sekian.*

Image Hosting by PictureTrail.com

Kisah Si Along

Bukan, bukan.. Aku bukan nak cite pasal Along yang A.L.O.N.G Along!! Jauh sekali "saya bukan Along, saya cuma nak tolong.." Haha.. Entry ni pasal Along Tapa. Korang kenal ke tak Along Tapa ni? Haa dia ni antara blogger yang aku kagumi *ni bukan bodek tau Along..* Sejak aku menceburkan diri dalam dunia blog ni, *menceburkan diri? Perghh ayat tak tahan!* Along adalah antara blogger terawal yang aku kenal *kenal kat blog je la.* Masa tu memang aku suka follow sape-sape je *bukan sekarang pun sama ke?? Hihii...* So aku follow Along ni sejak aku ternampak kelibat blog dia kat bloglist follower aku iaitu blog Suara Sendiri, pemiliknya De Mois *eh beghape banyak blog daaaa.* Sebenarnya aku tertarik dengan nama blog dia. Dulu blog Along ni ada dua, GorengBaek dengan Hangit Habis Dah. Yang aku follow GorengBaek je, Hangit Habis Dah tu macam tak sesuai je dengan aku, ko paham kan Along? Eheh! Sekarang ni dia dah ada lagi satu blog, Kerat Senget untuk review blog blogger lain. Blog ni pun aku follow jugak. Mula-mula kat GorengBaek, aku jadi silent reader je, lepas tu aku start komen entry dia sebab entry dia menarik. Style dia berblog pun menarik perhatian aku. Kadang-kadang tu, ayat dia perghh.. Bikin sentap! Tapi bila pikir-pikir balik, betul jugak la apa yang dia cakap tu.. Aku tak tau nak explain macam mana pasal style dia berblog ni. Tapi memang menarik, pada aku la. Mungkin pada orang lain tak menarik pun, biasalah citarasa manusia ni kan berbeza-beza. Apa lagi aku nak cite pasal dia ni. Owh! Aku sebenarnya nak cakap time kasih sebab review blog aku hari tu. Tak kisah la kan walaupun dah seminggu lebih.. Aku memang nak buat entry pasal ko, tapi asyik lupa je.. By the way, selagi aku tak menyampah dengan ko, aku akan sokong ko! Hehe gurau je.. *Terharu tak aku buat entry pasal ko? Eh kenapa ko kesat-kesat mata kat lengan baju?? Hehe!*

Image Hosting by PictureTrail.com

Wednesday, March 16, 2011

Segmen Bersama Puanbee.com

Nak blog korang direview? Jom join segmen bersama puanbee.com ni.. Aku join segmen ni bukan apa, nak tau jugak la blog aku ni oke ke tak.. Maklum la, aku kan blogger newbie, so blog aku ni mesti banyak kekurangannya.. Sebelum ni aku pernah direview oleh Along Tapa kat blog Kerat Senget. So kali ni nak tau jugak review dari blogger perempuan. Kalau ada apa-apa cadangan InsyaAllah aku akan buat perubahan kalau aku rasa sesuai.. Tapi mungkin perubahan tu akan dibuat lambat atau sikit-sikit bergantung pada fungsi handphone aku yang terbatas ni. Jom tengok syarat-syaratnya..

12032011861 Segmen Bersama Puanbee.com  : Review Blog

Nak join klik banner ye..

1- Terbuka kepada follower
puanbee.com sahaja.

2- Buat satu entry bertajuk
“segmen bersama puanbee.com”

3- Letakkan banner di atas dalam post dan juga di sidebar korang sehingga blog korang di review, kalau selepas blog korang dah di review korang nak buang banner di sidebar tu okey bee tak kisah !

4 -Tulis je lah apa-apa pun dalam post tersebut tak kisah.

5 – Yang paling penting korang setuju untuk bee menyentuh apa-apa sahaja yang bee rasa perlu di betulkan dalam blog korang.Kalau tak setuju baik jangan demi kesejahteraan bersama.

Sekian.

Image Hosting by PictureTrail.com

Meludah Merata-Rata?? Euwww.....

Apa perasaan korang bila baca tajuk entry ni? Geli? Nak muntah? Takde perasaan? Apa pun reaksi dan perasaan korang, aku nak kata yang takde orang yang suka dengan perangai ni. Setuju? Give me 5! Oke, cukup soal-menyoal.

Idea untuk entry ni aku dapat bila aku menyaksikan benda ni depan mata aku sendiri *menyaksikan?? Skemanya!* Anyway, hari tu masa aku nak balik keje aku ternampak la seseorang ni. Aku tak kenal pun, masa tu jarak aku dengan dia ada la dalam semeter. Lepas tu aku nampak dia meludah dengan selamba. Kenapa jadi isu pulak ek?? Sebab orang tu adalah seorang PEREMPUAN! Dan dia PAKAI TUDUNG! So aku pun macam.......euww... Sangat tak sopan tau! Tapi mungkin la.. *mungkin aje ye* dia batuk berkahak ke, sampai tak boleh tunggu untuk meludah kat toilet. *Sila muntah dalam baldi kalau ayat aku ni membuatkan tekak korang kembang.* Aku bukan la nak mengaibkan sesapa.Tapi pada pendapat aku, kalau tak tahan nak meludah ke, apa ke, sila la buat kat longkang, tak pun tong sampah *kalau kat tong sampah pun tak berapa nak elok jugak tu*. Sebab kedua-dua tempat tu memang untuk benda-benda kotor. Dan orang tak jalan dalam longkang. Ni merata-rata, for sure sesapa yang tak perasan akan terpijak. Kalau boleh tahan, tahan la kejap cari toilet. Tak kisah la lelaki ke perempuan, sebab benda ni nampak tak sopan. Dan menggelikan oke!

Mintak mahap kalau ada yang terasa dengan topik ni.. =)

*Kembang tekak aku masa taip entry ni.. Aarghh toilet, toilet.. T.T*

Image Hosting by PictureTrail.com
Kalau slow kira boleh la?? LOL!
Gambar dari Google

Image Hosting by PictureTrail.com

Tuesday, March 15, 2011

CONTEST : TRIPLE A SHOP

Contest! Kali ni anjuran cik merahitujambu. Kalau korang adalah pemakai shawl, aku galakkan korang join sebab hadiahnya sangat sesuai untuk korang. Dan comel! Yang paling penting, hadiahnya handmade. Yang tak pakai shawl pun boleh je kalau nak join. ^.^ Klik sini untuk join.

Image Hosting by PictureTrail.com

Untuk contest ni aku nak tag:
1. cik diyana
2. Cik Sue
3. a n a . i z z t y

Image Hosting by PictureTrail.com

Monday, March 14, 2011

Cara Lipat Duit Bentuk Love

Tadi aku tengok keyword kat Nuffnang. Ada pulak orang yang cari cara-cara nak lipat duit bentuk love. Ni mesti ada kaitan dengan entry aku yang -->ini<--. Aku ingat bebudak sekarang dah tak minat benda-benda camni. Tapi masih ada jugak yang berminat rupanya. Mungkin nak buat untuk duit mas kahwin? Hehe. Jadi, aku rasa macam nak buat pulak tutorial untuk buat benda alah ni. Ada 2 cara sebenarnya nak buat duit bentuk love ni. Jom tengok cara-caranya..

Cara pertama (single love):

Image Hosting by PictureTrail.com
1. Lipat kepada 2 bahagian untuk mendapatkan lipatan tengah
2. Pusingkan ke belakang dan lipat bahagian kiri sehingga hujungnya bertemu lipatan tengah tadi
3. Ulang langkah 2 untuk bahagian sebelah kanan
4. Pusingkan ke depan

Image Hosting by PictureTrail.com
5. Tarik bahagian belakang dan lipatkan separuh ke depan seperti dalam gambar
6. Ulang langkah 5 pada bahagian sebelah kiri
7. Pandangan belakang
8. Tarik bahagian atas perlahan-lahan

Image Hosting by PictureTrail.com
9. Lipat bahagian atas yang ditarik tadi sehingga membentuk lipatan seperti dalam gambar
10. Pastikan bahagian tengah atas terbelah
11. Lipat bahagian yang terbelah tadi secara menyerong seperti ini
12. Ulang langkah 11 di bahagian sebelah lagi

Image Hosting by PictureTrail.com
13. Ulang langkah 12 dan 13 untuk bahagian sebelah kanan
14. Lipat bahagian bawah secara menyerong sehingga bertemu lipatan tengah
15. Ulang langkah 14 untuk bahagian sebelah kiri
16. Pusingkan ke depan. SIAP!

Image Hosting by PictureTrail.com

Cara kedua (twins love):

Image Hosting by PictureTrail.com
1. Lipat kepada dua bahagian untuk mendapatkan lipatan tengah (1)
2. Lipat secara melintang untuk mendapatkan lipatan tengah (2)
3. Pusingkan ke belakang. Lipat bahagian bawah sehingga hujungnya bertemu lipatan tengah (2)
4. Ulang langkah 3 untuk bahagian atas

Image Hosting by PictureTrail.com
5. Pusingkan ke depan.
6. Tarik bahagian belakang dan lipatkan separuh ke depan seperti dalam gambar
7. Ulang langkah 6 untuk bahagian atas
8. Pandangan belakang

Image Hosting by PictureTrail.com
9. Dengan menggunakan lipatan tengah (1) sebagai penanda, lipat bahagian kanan secara menyerong seperti dalam gambar
10. Bahagian yang lebih di bawah dilipatkan ke atas seperti ini
11. Lipat bahagian tepi ke dalam untuk mendapatkan bentuk seperti ini
12. Ulang langkah 11 untuk bahagian tepi sebelah lagi

Image Hosting by PictureTrail.com
13. Ulang langkah 9-12 untuk bahagian kiri (kembar)
14. Tarik bahagian hujung kanan perlahan-lahan
15. Lipat bahagian hujung kanan yang ditarik tadi sehingga membentuk lipatan seperti dalam gambar
16. Ulang langkah 15 untuk bahagian hujung kiri

Image Hosting by PictureTrail.com
17. Pastikan bahagian tengah hujung kanan terbelah
18. Lipat bahagian yang terbelah tadi secara menyerong seperti ini
19. Ulang langkah 19 di bahagian sebelah lagi
20. Ulang langkah 18 dan 19 di bahagian belahan sebelah kiri

Image Hosting by PictureTrail.com
21. Langkah 18-20 diulang di bahagian hujung kiri
22. Lipat bahagian atas dan bawah untuk mewujudkan 'kaki' seperti frame gambar

Image Hosting by PictureTrail.com
Pusingkan. Tara!! Dah siap.

*Macam ntah pape je direction yang aku bagi ni huhuhu..*

Selamat melipat! >__^ *kalau tak paham boleh tanya kat ruangan komen* ^.^

*Kalau nak try lipat duit bentuk baju boleh tengok kat entry -->ini<--*

Image Hosting by PictureTrail.com

Friday, March 11, 2011

Excuse Me......

"Excuse me...macam mana nak pegi......." Aku lemah betul bila orang tanya soalan ni kat aku. Selalu jugak aku ditegur oleh sesapa yang nak tanya soalan camni. Tapi biasanya jawapan aku: "Sorry, I'm not sure .." Wah speaking gitu. Ye la, kalau yang tanya tu pelancong kena la speaking, ye tak? Bukannya aku tak nak tolong, tapi aku memang tak tau. Kalau tau aku akan jawab dengan sejujur hati, percayalah.... *cewah!* Yang aku pelik tu, punya la ramai manusia lain yang ada kat situ.. Kenapa mesti aku?? Kenapa??? *pehal emo lak ni huhu..* Agaknya kat dahi aku ni ada tulisan invisible yang tertulis "kaunter pertanyaan" tak pun "kalau sesat sila tanya saya" untuk sesapa yang nak tanya jalan je hahaha. Aku tau, tolong-menolong tu kan amalan mulia. Dapat pahala lagi, sape tak nak dapat pahala kan? Tapi serius, aku memang FAILED bab-bab jalan ni.. Kalau tempat yang aku selalu pegi tu, no hal la. Kalau tempat yang aku tak pernah atau jarang pegi, korang tanya la camne pun. Walaupun setakat sekilometer dari tempat aku berdiri, memang tak aa aku boleh tolong. Sila jangan terpedaya dengan dressing aku yang nampak macam orang yang tau seluruh pelusuk K.L ni. Haha. Kawan aku la kata, mungkin disebabkan dressing aku kot orang selalu tanya-tanya aku. Mana la bezanya dressing aku ni dengan orang lain. Pegi balik keje pakai baju kurung, keluar hujung minggu pakai blaus+jeans. Takde pulak aku pakai seksi seksa bagai *yang selalu dikaitkan dengan budak bandar/K.L ni.* Cite pasal ni teringat pulak aku kes baru-baru ni *baru tak baru la.* Ada la sekali tu aku pegi Sungei Wang, ntah pekejadah aku pegi sana, aku pun dah lupa. Pastu nak pegi Low Yat cari handsfree ke bateri hp ntah *aah aku ni sume lupa.* Boleh tak dari Sungei Wang nak pegi Low Yat TAK TAU JALAN?? Hahaha.. Bukan tak tau la, lupa sebenarnya. Serius blur masa tu. Dok pusing-pusing dalam Sungei Wang sambil pikir. Yang kawan aku pun lebih kurang je, tak ingat gak. Mungkin sebab dah lama tak pegi kot, tu yang boleh lupa. Sengal betul owh.. Padahal sebelah bangunan je, pastu zaman muda-muda dulu selalu je jalan kat area sana. Itu pun punya gigih pikir pintu keluar belah mana paling dekat nak pegi Low Yat. Apa punya failed daa....

Image Hosting by PictureTrail.com
Jalan Kenanga yang banyak kenangan.. *Cam takde kena-mengena je dengan entry ni hehehe*
Gambar dari Pakcik Google

Image Hosting by PictureTrail.com

Wednesday, March 9, 2011

Panggilan Yang Menyakitkan Hati

Hurm.. Pikir-pikir, patut ke tak aku buat entry ni...?? Buat je la, sebab aku nak meluahkan perasaan yang terbuku ni..cewah! Panggilan yang aku maksudkan bukan panggilan telefon ke apa, jauh sekali panggilan pulau mahupun panggilan hangit. Panggilan ni lebih kepada gelaran nama yang tak elok pada orang. Contoh: panjang, pendek, gemuk, bla bla bla.. Sebagaimana yang kita tau *apa skema je ayat ni* sangat la tak elok kita panggil orang dengan nama gelaran yang memalukan. Aku sendiri tak suka nak gelar orang dengan gelaran camtu. Kalau nak describe pasal seseorang kat orang lain, aku akan guna perkataan yang lebih sopan. Contoh: gemuk=besar-besar, pendek=rendah. Bukan apa, tak sampai hati tau.. Perlu la jaga hati orang kan, walaupun belakang dorang. Bukan nak mintak simpati ke apa, tapi aku pernah la lalui situasi panggilan yang menyakitkan hati ni. Perasaan aku time tu? Sedih+geram+sakit hati=sangat down. Tak perlu kot panggil orang ikut fizikal camtu. Kalau jadi kat diri sendiri, camne rasa?? Nak bergurau pun agak-agak la kan.. Kadang tu rasa nak nangis pun ada.. Nak-nak lagi, aku ni dah la sensetif.. Adakah orang yang tak cantik fizikalnya takde perasaan? Dalam dunia ni mana la ada orang yang sempurna.. Even orang cantik pun ada kekurangannya. Jangan la sesuka hati nak panggil orang dengan panggilan yang sentap camtu.... Kecik hati tau..

Image Hosting by PictureTrail.com
Gambar dari Pakcik Google

Image Hosting by PictureTrail.com

Frust

Image Hosting by PictureTrail.com
Gambar dari Pakcik Google


Bila cinta tak lagi untukku
Bila hati tak lagi padaku
Mengapa harus dia yang merebut dirimu

Bila aku tak baik untukmu
Dan bila dia bahagia dirimu
Aku kan pergi meski hati tak akan rela

*****

Walau ku masih mencintaimu
Ku harus meninggalkanmu
Ku harus melupakanmu

Meski hatiku menyayangimu
Nurani membutuhkanmu
Ku harus merelakanmu

*****

Tiada kata
Tiada pesan untukku
Yang engkau tinggalkan
Sayang
Menghilangkan diri tanpa pesan
Ku ditinggal

Pada siapa
Harus ku bertanya
Pada bulan atau angin lalu
Di manakah kini kau berada
Kasih

*****

Pedihnya semalam masih ku terasa
Luka yang berdarah mengalir kesakitan
Hati yang kecewa menangis sedih
Dihiris pilu

Jiwa meronta hiba
Tak bisa putuskan
Kemahuan hati yang menyeksakan diri
Namun kekuatan yang masih tersimpan
Terlepaslah daku dari derita

*****

Kini semua cintamu telah pergi
Meninggalkan diriku
Dalam kehampaan

Waktu terus berjalan dan memberi perih di hati
Hanya rindu yang aku dapatkan
Bukan cintamu

Kini baru aku menyedari
Kauu begitu bererti
Di dalam hidupku

Saat-saat yang indah
Saat masih bersamamu
Waktu kita berdua dan mewarnai dunia
Semua yang telah berlalu
Kini teringat lagi
Kini terkenang lagi
Ku ingin kembali


Mood: ok je, saje layan lagu-lagu frust.. ^____^

Image Hosting by PictureTrail.com

Monday, March 7, 2011

Ada Bran???

E-mail sharing is caring. Ahaha.. Pandai-pandai je gabung ayat. *Kat bawah ni sila baca cam syair (ni bukan syair Pak Maun baca buku Sejarah)*

Tersebutlah kisahhh sebuah menara
Di Las Vegas tempat terletaknya
Nama diberiii Stratosphere Tower
Jom kita tengok apa di atasnya..

*tak masuk rima sangat, bantai je*

Image Hosting by PictureTrail.com
Stratosphere Tower, Las Vegas

Image Hosting by PictureTrail.com
Apa tu ek??

Image Hosting by PictureTrail.com
Waa.. Bila malam cantik betul, ada lampu-lampi lampu-lampu.. Tapi apa tu??

Image Hosting by PictureTrail.com
Tara!! Mempersembahkan.... Stratosphere Tower Theme Park!

Image Hosting by PictureTrail.com
Oo.. Yang macam melingkar-lingkar tadi tu rupanya REL ROLLER COASTER..

Image Hosting by PictureTrail.com
Ni macam Space Shot kat Genting tu kot..

Image Hosting by PictureTrail.com
Ni pusing-pusing JE kot..

Image Hosting by PictureTrail.com
Eiiiiii....tak takut ke?

Image Hosting by PictureTrail.com
Whoa.. Giler ah..

Image Hosting by PictureTrail.com
Klau jatuh ni, mati sia-sia je ni..

Image Hosting by PictureTrail.com
Oo.. Camni rupanya dari jauh..

Image Hosting by PictureTrail.com
Waa.. Waktu malam memang cantik.. Tapi kalau jatuh???

So, ada bran tak kalau diberi peluang untuk naik semua tu?
Kalau aku takkan naik punya.. Kalau orang nak bagi sejuta pun memang tak aa aku TAK NAIK.. Eh? Hahaha..

Image Hosting by PictureTrail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

I Can Feel Your Heartbeat