Pages

Follow Me ^.^

Thursday, February 17, 2011

Si Pemakai Contact Lens

Siapakah??? Err..ehem.. *aku ler tu..* Mungkin ramai yang tak tau aku ni sorang yang rabun, sebab sekarang ni aku pakai lens memanjang, dah tak pakai spek. So kebarangkalian untuk orang nampak aku pakai spek sangat la low *dah macam cikgu add math je..* Kenapa? Kejap lagi aku cite. Cite pasal rabun ni, aku dah rabun sejak darjah 4, iaitu masa umur 10 tahun *awal gile tak?* Punca? Mungkin sebab aku suka try spek kakak aku, KOT! Atau mungkin sebab aku membaca dalam gelap, AGAKNYA LA.. Aku pun tak ingat sangat kenapa sebenarnya. Dulu-dulu pakai spek skema je. Ye la, masa budak-budak mana la pandai bergaya sangat. Mana yang orang cakap oke, oke jugak la bagi aku. Lepas 12 tahun pakai spek, yang mana dalam waktu tu dah bermacam bentuk bingkai spek yang aku cuba, aku mula terfikir nak membebaskan diri daripada belenggu spek ni *chewah, ayat tak agak.*

Image Hosting by PictureTrail.com
Ni bukan mangkuk untuk letak buah-buahan ye.. Ni gambar lens dari jarak dekat. Theheheee~~

Selain daripada tu, nak buat spek baru mahal siot. Ye la, power je dah tinggi, so tak nak spek yang cermin tebal, aku mintak untuk guna cermin nipis yang harganya mak aiii.....ada la dalam RM400-500 (cermin+bingkai) kalau nak ganti spek baru. Masa tu aku study lagi, tak nak la susahkan parents dengan kos untuk buat spek baru aku tu *padahal sebelum tu pun aku dah susahkan dorang huhu.* So aku pun decide untuk pakai lens, sebab naluri untuk bergaya pun makin kuat dan aku rasa dah rimas pakai spek. Lens pertama aku, jenama Bausch & Lomb (B&L) *bukan BML tau, tu produk kecantikan.*

Image Hosting by PictureTrail.com
Bausch & Lomb Soflens

Masa kena ajar pakai lens dengan akak kedai tu, terkelip-kelip mata aku walaupun banyak kali dia pesan jangan kelip. Dah tak biasa, nak buat macam mana kan. Tapi lepas beberapa kali cuba, berjaya jugak *SYABAS INSPEKTOR SAHAB!* Bila dah mula pakai lens, balik kampus kena korban masa pagi-pagi sebelum pergi kelas. Kelas pukul 8.30, pukul 6 lebih aku dah bangun sebab tak pandai lagi nak pakai lens. Sangat menyeksakan oke, sampai pedih-pedih mata aku dibuatnya. Bila dah pedih, apa lagi cari la eye drops huhu. Lama-lama aku pun dah terer pakai *(lagi sekali) SYABAS INSPEKTOR SAHAB!* Lepas tu cuba jenama Acuvue pulak *bukan nak cuba sangat, terpaksa sebab jenama B&L dah habis.* Sangat la tak selesa, tak sesuai dengan mata aku kot. Lepas tu tukar balik ke B&L. Tapi satu hari tu masa aku nak beli yang baru, akak kedai tu bagitau aku ada lens baru yang boleh dipakai selama 6 hari dan selamat dipakai masa tidur, jenama O2 Optix.

Image Hosting by PictureTrail.com
O2 Optix

Harganya agak mahal sikit la. Kalau yang biasa tu RM60 sekotak, yang ni RM72 sekotak. 2 kotak dah RM144! *power mata kiri dan kanan aku tak sama.* Kira murah la daripada spek. Aku pun cuba. Mula-mula memang tak selesa, mata rasa kering je. Kerja nak bubuh eye drops je aku masa tu. Macam menyesal pun ada, tapi dah beli pakai je la. Lama-lama jadi selesa pulak, tapi masalah mata kering memang tak boleh elak. So aku pun continue pakai yang ni sampai sekarang. Sebab tu la aku dah tak pakai spek sekarang. Lagipun power aku pun dah naik, tak elok la kalau pakai spek yang ada tu. Nak buat baru mahal *kalau dah tak nak pakai tu macam-macam alasan la kan, ahaks!* Sekarang ni senang sikit. Aku pakai lens ni selama 6 hari, lepas tu sebelum tidur keluarkan dan rendam. Bangun esok paginya aku pakai la balik. Sangat bebas rasanya hidup tanpa spek. Tapi sejak pakai lens, dulu ke, sekarang ke, aku tak boleh hidup tanpa eye drops. Huhu.....

Image Hosting by PictureTrail.com
Eye drops aku

Pakai lens ni selain untuk bergaya, 'dia' jugak ajar aku jaga kebersihan. Sebab sebelum pakai dan keluarkan, kena basuh tangan dulu, kalau tak basuh takut ada infection. Lepas tu kuku kena selalu pendek. Kalau kuku panjang lens boleh koyak *macam yang aku kena baru-baru ni. Mata rasa tak selesa sangat, rupanya lens koyak. Nasib baik dah nak expired, kalau tak rugiiiii.......* By the way, aku sangat risau dengan power yang makin naik. Aku pernah dengar orang kata, kalau ngadap komputer memang power akan naik. Sejauh mana kebenarannya aku tak tau la. Tapi kalau betul, takkan aku nak kena join warga asing buat kerja kontrak pulak.. *macam la tu satu-satunya kerja yang bukan kerja ofis. Haihhh.....*

Image Hosting by PictureTrail.com

8 JυTα ℓємση ρєяυTυѕαη ¢нєηTα:

Ayuni said...

hikhik, good information!

нαηιмQαтяυηηα∂α said...

Ayuni
tq.. sharing is caring =)

Nier Zecter said...

x pernah pakai contact
rase mcm mne??

нαηιмQαтяυηηα∂α said...

Nier Zecter
rase manis.. haha..

mula2 rase tak selesa, macam adeeeee je benda kat mata ni.. lama2 ok, takde rase pape tau2 je mata terang *bagi yang rabun le*

merahitujambu said...

pakai lens memang laa murah dr spek tapi pkr blk..lens tahan bapa bulan je banding cermin mata kan??kalau dh bukak lens.. nk guna apa kalau tak nampak??sy guna dua2..sbb dua2 keperluan..heee

Qaseh dalia adelia said...

yup kena jage betul2...kalau tak bg effect kat mate

нαηιмQαтяυηηα∂α said...

merahitujambu
betul tu.. sebenarnya sama je belanja lens dengan spek tu setahun *duit yang nak dikeluarkan untuk beli lens sekali lebih murah dari beli spek. tapi power saye naik TIAP2 TAHUN, sebab tu prefer lens* setahun RM400-500 untuk spek?? kopak woooo...... cik tira punya power tak naik tiap2 tahun kot....

нαηιмQαтяυηηα∂α said...

Qaseh dalia adelia
tu la, takut sangat kena infection.. mintak2 dijauhkan.. amin..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

I Can Feel Your Heartbeat