Pages

Follow Me ^.^

Sunday, February 6, 2011

Obsesiku

Korang tau tak apemende obsesi?? Tau? Pandai~~ Tapi takpe la, aku bagitau jugak maknanya. Aku dah try google makna yang sebenar, tapi dalam Bahasa Melayu takde, yang ada Bahasa Inggeris je.

1. the domination of one's thoughts or feelings by a persistent idea, desire, etc.
2. the idea or desire itself

Err..macam mana nak explain ek. Apa yang aku faham maknanya lebih kurang macam ni: suka/minat/cinta yang melampau atau terlalu mendalam kepada sesuatu *ni aku definisikan sendiri.* Ala korang faham sendiri la makna dia kan. Sebenarnya aku nak cerita obsesi aku yang tak berapa dapat dibendung akhir-akhir ni iaitu obsesi pada novel. Sebagai sorang pompuan, aku memang minat beli+baca+jaga novel macam buah hati pengarang jantung sejak bangku sekolah lagi *lelaki pun ada je yang suka baca novel.* Sejak remaja pulak aku tertarik dengan novel cintan cintun ni *amboi, sekolah lagi dah gatai heheheh.* Tapi sekarang aku prefer novel bergenre komedi romantik, komedi 100% dan thriller. Apa pun aku baca jugak genre lain. Beli+baca tu benda biasa la kan, tapi aku punya la obsesi sampai boleh habiskan baca satu novel yang muka surat 4 5 ratus dalam masa sehari je. Itu pun kalau takde kerja nak buat la.. Bab jaga novel macam buah hati pengarang jantung ni, aku memang AGAK particular. Biasanya lepas beli aku akan balut dengan pembalut plastik dengan kemas sebab aku tak suka cover dia berlipat ke, bergulung ke.. Novel-novel sekarang pulak kebanyakannya ada bookmark sendiri, dengan bookmark tu sekali aku balut. Balut-balut ni pun aku particular gak, dah terbiasa sejak balut buku sekolah dulu. Kalau nak selotape tu kena straight, senget aku bukak balik. Tapi takde la sampai straight macam pembaris tu kan, agak melampau di situ haha. Asal nampak straight, oke je. Lepas tu kalau novel tu baru lagi, nak baca hati-hati, tak komot. Lagi, bila orang nak pinjam aku akan pesan, jaga elok-elok. Biasanya ahli keluarga dengan kengkawan rapat je yang aku akan bagi pinjam. Kawan biasa pun boleh nak bagi, tapi tengok orang jugak kot. Aku pun kadang-kadang cuai jugak, ada sekali tu air nescafe tertumpah atas novel aku. Waaa rasa macam nak beli baru *tapi tak beli pun, kenapa la aku tak balut cepat-cepat huhu.* Ye, memang aku obsesi dengan novel. Mungkin ada sesetengah orang menganggap semua tu membazir, tapi sebenarnya dengan membaca novel-novel ni la aku dapat banyak ilmu. Kan pepatah Inggeris ada kata, "don't judge a book by its cover". Aku ambik contoh novel bertajuk "Versus" yang mana novelisnya, Hlovate menjadi pujaan peminat-peminat novel kat Malaysia ni *pujaan aku jugak,* terbitan Jemari Seni Publishing (JS).

Image Hosting by PictureTrail.com
Ni cover Versus by Hlovate

Tengok tajuk macam pelik, cover pulak, sorang skater tengah beraksi dengan skateboardnya. So orang akan anggap novel tu pasal kisah hidup sorang skater. Memang betul, tapi bila dah baca, siapa sangka ada petikan ayat-ayat Al-Quran dan Hadis, kata-kata nasihat dan semangat yang boleh dijadikan panduan dan pengajaran dalam kehidupan kita, terutamanya novel-novel terbitan JS, walaupun tak semua novel tapi sekurang-kurangnya ada *promote jap. Aku cadangkan korang yang suka baca novel, cuba-cuba baca novel JS. Memang best.* So itulah dia, obsesi aku. Walaupun obsesi aku ni tak serancak dulu disebabkan masalah teknikal *konon teknikal*, aku masih teruskannya sampai sekarang dan mungkin sampai bila-bila, sebab aku memang suka buku terutamanya novel.

Image Hosting by PictureTrail.com
Koleksi novel-novel JS *Ogos 2009-Februari 2011*

Image Hosting by PictureTrail.com
Novel-novel lain *sejak sekolah-sekarang*

Image Hosting by PictureTrail.com

8 JυTα ℓємση ρєяυTυѕαη ¢нєηTα:

Azwan Aziz said...

wah byknya novel JS... versus mmg best... tp aA+bB lg best kot...hehe.. skrg tgh baca jaja dan din... x abis2 lg..hehe

нαηιмQαтяυηηα∂α said...

ha'ah.. 1st dulu baca aA+bB, terus jatuh cinta dengan karya hlovate. pastu terus melekat dengan novel JS. lepas baca Jaja & Din kumpul novel noor suraya pulak. hehehe..

merahitujambu said...

nk pinjam leh x..heee

нαηιмQαтяυηηα∂α said...

kamo mau pinjam? boleh2, saye pecaye kamo.. hehe..

De Mois said...

La..peminat novel rupanya. KOmpom byk idea ni. Apa kata kamu buat entry dalam bentuk novel kat sini. Nak try baca..hehe

Revolusikan hidup dengan SuaraSendiri

нαηιмQαтяυηηα∂α said...

entry novel? idea banyak, tapi asyik separuh2 je.. hehehe..

~AdDy AzMaR~ said...

pergghh..ni memang giler novel ni..addy pown tak segiler neyh..anyway good entry..

нαηιмQαтяυηηα∂α said...

~AdDy AzMaR~
tau takpe.. nama pun obsesi kan.. hehe.. tq =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

I Can Feel Your Heartbeat