Pages

Follow Me ^.^

Friday, February 11, 2011

Ku Cari Bahagia

Waa takde idea nak buat entry baru.. So layan la cite kat bawah ni..

Mamat ni ke? Hati Safira berdetik sambil memandang tekun lelaki yang berselisih dengannya di tangga itu. Tetapi lelaki itu langsung tidak menghiraukan Safira, apatah lagi memandangnya. Erm, bukan kot. Kalau ye mesti dia tegur aku. Dia kan dah kenal aku, aku je yang tak kenal dia. Eii yang kau ikutkan permintaan dia untuk bagi gambar tu siapa suruh? Safira memarahi dirinya sendiri. Sambil berleter seorang diri, dia mencari telefon bimbitnya, ingin menghubungi 'mamat' yang dikatakannya tadi.

"Assalamualaikum, awak kat mana ni? Kata dah sampai tapi saya tak nampak awak pun!" tanpa sempat salamnya dijawab, terus dia menerjah.

"Waalaikumsalam. Saya ada ni. Sekejap.."

Tiba-tiba Safira terasa seperti ada orang di belakangnya. Perlahan-lahan dia memusingkan badannya. Lelaki tadi! Safira sedikit panik. Dia ni ikut aku ke?

"Hai awak." Lelaki itu main hai hai bye bye pula dengan Safira. Suara dia macam...... Mata Safira mencerun, geram.
"Youuu.....!!!" Memang dia rupanya! "Kenapa tadi buat tak tahu dengan saya?"

Lelaki itu sekadar tersengih sambil mengangkat bahu. "Jom." Hanya itu yang terkeluar daripada mulutnya. Dia mula melangkah, meninggalkan Safira yang masih terkejut di situ. Namun seketika kemudian Safira berlari-lari anak untuk menyaingi lelaki itu yang menunggunya apabila melihat dia tidak bergerak-gerak tidak ubah seperti patung.

***********************

"'Janji temu buta'?" berkerut muka Farisya.

Safira tidak menjawab, sekadar menganggukkan kepalanya sambil tersenyum lucu melihat reaksi Farisya, teman baiknya itu.

"Apakejadahnya tu?" kali ini Farisya buat muka pelik.

"Blind date la.. Tu pun tak tau." Safira ketawa.

"Banyak la kau punya janji temu buta. Suka-suki kau nak translate direct macam tu." ujar Farisya, geram.

"Biarlah."

Ketawa.

"So macam mana? Ok?" tanya Farisya sambil buat muka nak tahu.

"Ok." Safira buat acuh tak acuh.

"Tu je? Cerita la kat aku."

"Sibuk je nak tau."

"Oo takpe, takpe. Macam ni la kawan kan.." Farisya sudah muncung.

"Alalala merajuk pulak.. Muncung dah boleh sangkut hanger." usik Safira.

"Weh cepat la cerita.." Farisya buat muka kesian.

"Ye la.. Ye la.. Macam ni. Se...." belum sempat nak mukadimah telefon bimbit Safira berbunyi.

"Assalamualaikum. Hai awak.." Safira berlalu, meninggalkan Farisya yang muncung semula.

bersambung.... (kalau ada idea lagi ada la sambungannya)

p/s: aku rasa cam boring je cite ni hehe.. SS sila komen.... (tetibe)

Image Hosting by PictureTrail.com

Image Hosting by PictureTrail.com

4 JυTα ℓємση ρєяυTυѕαη ¢нєηTα:

merahitujambu said...

ni kamo yang buat ke??

нαηιмQαтяυηηα∂α said...

ha'ah.. tak best ek? haha..

De Mois said...

Wakaka..nampaknya anda menyahut cabran SS yea. Ok..boleh diasah lagi. Dah nampak 2 penceritaan nya. Cuma terlalu ringkas la hanim before bersambung 2. Cuba try masukkan elemen suspen dalam cerita..biar orang tak boleh teka apa akan terjadi. So, orang tertunggu2 nak tau sambungannya. Tapi SS dah suka dah sebab cerita ni macam masuk terus dekat babak pertengahan. Menarik..buat sambungan tau. SS tunggu..cehwah..

Revolusikan hidup dengan SuaraSendiri

нαηιмQαтяυηηα∂α said...

hehehe.. tq.. tapi tu la.. memang sebelum bersambung tu nak buat saspen tapi idea berenti kat situ pulak.. hehe..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

I Can Feel Your Heartbeat