Pages

Follow Me ^.^

Tuesday, February 15, 2011

Gemuruh

Image Hosting by PictureTrail.com
Gambar dari Pakcik Google

Aku bukan nak cite pasal lagu Gemuruh yang Faizal Tahir nyanyi tu. Bukan. Gemuruh ni sebenarnya salah satu sifat aku. Aku memang sorang yang berdarah gemuruh, apa omputih kata....nervous. Sejak sekolah sampai sekarang ni susah nak ubah. Nak-nak lagi kalau berdepan dengan orang ramai yang tumpukan perhatian kat aku. Mak oii..jantung rasa macam nak pecah. Dulu masa sekolah, ada jugak la aku masuk pertandingan pantun dengan sajak. Pantun tu takde la teruk sangat sebab ada kawan-kawan sekali. Tapi sajak, memang aku jadi blur sebab gugup. Aku pun rasa macam ntah pape yang terkeluar dari mulut aku masa tu. Memang la bait-bait sajak tu betul, tapi boleh pulak aku ter-aaa aaa kat atas pentas tu. Malu gila kot aku masa tu. Dah la semua orang tengok aku. Tapi dalam aku dok aaa aaa tu pun dapat nombor 2. Tak sangka betul. Hehe.. Bila dah masuk U, aku masih tak boleh lagi hilangkan gugup aku. Time presentation pun suara gigil je, apatah lagi kalau kena jawab soalan huhu.. Mana nak pikir lagi, mana nak jawab lagi.. Aku rasa aku memang allergic la kalau ada big crowd yang tumpukan perhatian kat aku, dengar apa yang aku nak cakap. Tapi sekarang mungkin dah kurang kot, kalau pergi interview kerja tak teruk sangat dah darah gemuruh aku, ada tu tetap ada la.. Mungkin jugak sebab interview ada 2-3 panel je, bukannya orang ramai macam aku dok atas pentas tu. Macam mana la aku nak selesaikan masalah darah gemuruh aku ni..... Help help help..

Image Hosting by PictureTrail.com

4 JυTα ℓємση ρєяυTυѕαη ¢нєηTα:

http://aniesandyou.blogspot.com said...

ubat gemuruh plg mujarab: sblm buat sesuatu selawat 7x...insya allah akn ilang gemuruh tu

нαηιмQαтяυηηα∂α said...

anies
thanx.. appreciate that.. =)

BzzKarat™ said...

cerita pasal gemuruh terigt time wat MLM dulu2. bos slalu pasang lagu gemuruh sebelom edar flyer. cam bodo pon ader. haha! tp bg semangat wo! anyway susah gak kan ader gemuruh. kene besekan diri kot. lama2 ok la. and agreed komen pertama. selawat2 yerk.

нαηιмQαтяυηηα∂α said...

BzzKarat™
haha.. lagu tu memang menaikkan semangat. nak biasakan diri kena cakap depan cermin ke? hehe.. tq ya! =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

I Can Feel Your Heartbeat