Pages

Follow Me ^.^

Thursday, February 17, 2011

Eh! Kenapa Aku Rasa Lain Macam Je Ni?????

Nak share sikit apa yang baru berlaku tadi. Hari ni aku pegi keje pakai kasut tutup bertumit rendah. Sebenarnya aku jarang pakai kasut tu sebab kaki aku akan didera secara fizikal walau pakai dalam masa yang sekejap pun. Tapi pagi tadi teringin pulak nak pakai. Tak kisahlah sakit sikit, kat ofis tukar la pakai selipar. Walaupun sakit, aku sayang kasut tu sebab cantik *bagi aku cantik la.* Lagipun abah aku yang belikan, mesti la sayang kan. Nak dijadikan cerita, balik keje tadi aku naik lif kat rumah. Selalu aku naik tangga sebab rumah aku tingkat 2 je. Tapi tadi masa tengah amik surat, ada sorang lelaki ni baik hati pulak tahankan lif untuk aku. Aku pun naik je la kan. Pastu ada sorang makcik naik jugak lif tu. Aku berdiri depan sekali sebab dah tentu-tentu aku keluar dulu. Sampai tingkat 2, cepat je aku melangkah. Baru beberapa tapak aku jalan, aku rasa macam pelik. Dalam hati dok kata, eh, kenapa rasa lain macam je ni.... Macam ada benda melekat kat tapak kasut belah kiri aku. Aku ingatkan chewing gum ke, benda-benda yang melekat ke.. Aku pun tengok la tapak kasut aku, takde pape pun, tapi macam pelik je rupanya. Aku tengok lagi sekali.... Eh! Mana tumit kasut aku???? Sambil terus jalan ke rumah, dengan gigihnya aku pikir, mesti tertinggal dalam lif. Alamak! Macam mana ni.. Aku pun bukak kasut, masuk rumah, letak beg, sarung selipar dan terus pergi kat lif. Tengok-tengok lif kat tingkat 14, lepas tu naik pulak ke tingkat 15. Berenti lama pulak tu. Mesti ada orang nak turun. Dalam hati aku, jangan la ada yang buang tumit kasut aku tu. Tunggu punya tunggu....ting.. Lif pun sampai.. Aku jenguk dulu, ada sorang makcik dengan sorang amoi dalam tu. Nun dekat belakang, tumit kasut aku. Mesti dah kena sepak-sepak sebab tadi kan aku berdiri kat depan, huaaa.. Aku masuk, berdiri betul-betul sebelah tumit kasut tu. Rilek dulu, buat macam takde pape. Agak-agak pintu lif dah nak terbukak kat G *makcik dengan amoi tu mesti sibuk nak keluar lif kan,* aku cepat-cepat amik dan buat selamba. Harap-harap takde orang nampak huhu.. Err..lif kat rumah aku ni ada kamera ke tak ek? Ah gasaklah.. Tapi mesti lelaki yang tahankan lif dengan makcik yang naik sekali tadi nampak aku keluar lif dengan tumit kasut yang tertinggal. Malunyee.. Gam gajah........di mana kau......

Image Hosting by PictureTrail.com
Kasut kesayangan aku yang malang tu.. Yang kaler hitam tu tumit yang tercabut huhu..

Image Hosting by PictureTrail.com

9 JυTα ℓємση ρєяυTυѕαη ¢нєηTα:

Azwan Aziz said...

nasib baik tumit je tertinggal... kalau kasut tertinggal sebelah dah jd cite cinderela...haha

farhana said...

Ayoyoooo...macam mana boleh tertinggal ni...
Nak gelak pun ada, nak kesian pun ada..
hehe

нαηιмQαтяυηηα∂α said...

Azwan Aziz
haha.. tu la pasal.. agak2 kalau kasut tertinggal sebelah ada tak anak raja yang tercari-cari pemiliknya?? *berangan lebey sangat ni hehehe*

нαηιмQαтяυηηα∂α said...

farhana
takpe, gelak je tak kesah.. hehe.. ntah ler.. sebelum tu takde pulak rasa tumit tu dah goyang ke ape.. tau2 je dah ilang huhu..

merahitujambu said...

ahahahaa..cianyaalah...macam mana boleh jadi cmtu..adeh...nasib jumpa blk tumit tu lau x dh x leh nk pakai lagi...haish...kasut dh cantik tapi buat hal kan..heee

нαηιмQαтяυηηα∂α said...

merahitujambu
hihii~ tu la, kalau tak jumpa balik sayang je tak boleh pakai lagi.. kasut yang pakai hari2 oke je, yang jarang2 pakai ni pulak buat hal..

Mr. Swift said...

Alahai siannye awak.
Saye belikan yg baru nak? :)

нαηιмQαтяυηηα∂α said...

Mr. Swift
baiknya hati nak belikan baru. hehe.. =)

merahitujambu said...

jom join contest jom

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

I Can Feel Your Heartbeat