Pages

Follow Me ^.^

Monday, February 21, 2011

Bukannya Susah... Tak Mati Pun Kan??

Huh? Apa mati-mati ni?? Sape yang mati ni?? Hehe.. Takde sape pun la.. Hari ni terkenang-kenang pulak cite dolu-dolu.. Bukan la dolu sangat pun. Aku ni kan sebenarnya sejak kecik lagi sangat la susah nak makan ubat, sangat la penakutnya.<----Mungkin aku patut betulkan ayat ni. Urm.. Haaa.. Sepatutnya sejak umur sorang budak boleh makan ubat pil/kapsul. Sebab aku rasa tak boleh nak telan ubat yang bagi aku besar kalau nak kena telan bulat-bulat gitu. Ye la, kalau makan nasi ke, apa-apa ke mesti la kunyah-kunyah dulu sampai lumat baru telan kan *walau kenyataannya kunyah lebih kurang je, takde la lumat betul.* Tiba-tiba kena makan ubat sebiji camtu, tak boleh kunyah. Dah tentu-tentu la tak nak. Kalau korang mesti tak nak jugak kan. Tak kisah?? Oke, aku je yang tak nak hehehe.. Ada sekali tu masa umur aku berapa entah, aku kena 'cherry-berry' *cirit-birit la tu.* So mak aku pegi beli ubat kat kedai Cina, apa orang panggil tu.....singseh *betul ke aku eja ni? Bantai lah..* Ubat dia, mak aihhh........14 biji sekali makan, tapi saiz dia kecik je, macam biji anggur tu. Mak aku pulak dah sedia maklum aku tak boleh nak main telan je.. Ubat tu pun dicampurkan dengan air. Bau toksah cakap la....pastu akak aku pegang ramai-ramai, mak aku tuang je ubat tu dalam mulut. Bila dapat lepas je, terus aku muntahkan balik. Yang mana dah tertelan tu biar je la kan, takkan nak jolok-jolok pulak bagi keluar. Haha.. Bila ingat-ingat balik kelakar je rasa. Penakut betul aku nak makan ubat. So sampai la dah besar, setiap kali aku tak sihat, aku tetap akan makan ubat. Tapi dengan cara aku sendiri: campur air, tunggu ubat tu cair sepenuhnya baru minum *agak 18 kali jugak aku pikir untuk publish statement ni kat blog ni. Malu sebenarnya huhuhu..* Pahit camne pun aku tak kisah, asal tak payah telan ubat bulat-bulat. Apa jenis ubat pun aku sanggup *korang bayangkan la camne aku minum ubat antibiotik yang dah cair tu.* Famili aku dok geleng-geleng kepala je bila tengok aku makan ubat camni. Macam tu la aku buat setiap kali kena makan ubat, sampai la aku terpikir.... Sampai bila nak camni? Sampai bila takut nak telan ubat? Sampai bila nak cairkan ubat baru boleh telan bila tak sihat? Sampai bila?? Sampai bila?????!!!! *wops! Teremo pulak di situ huhuhu.* So baru-baru ni jugak, aku mula menggigihkan diri untuk menelan ubat bulat-bulat. Tak berjaya? Cuba lagi. Tak berjaya jugak? Cuba lagi. Dan lagi. Dan lagi. Dan lagi........ *korang sambung sendiri la ek.* Dan akhirnya! Kini pasti..ku merasai cinta nan suci..... Eh lari topik pulak, jap aku nak kejor.. Kejor yeop kejor! Oke! Berenti merepek! Sambung balik.. Akhirnya aku berjaya jugak. Woohoo.... *Aku memang happy gile oke.* Sebenarnya aku mula terpikir untuk ubah tabiat aku ni sebab dah 3 kali aku masuk hospital. Kat hospital kan kena makan ubat ikut time. So nak tunggu ubat cair, time tu dah lari. Nak-nak lagi kalau ubat yang susah nak cair. Mau setengah jam, satu jam. Tak ke gile nak tunggu?? Jadi sebab tu aku pikir, mesti.. Mesti ubah benda ni, mesti!!! Usaha tangga kejayaan!! *tetibe.*

Image Hosting by PictureTrail.com
Picture from www.crestock.com

Image Hosting by PictureTrail.com

4 JυTα ℓємση ρєяυTυѕαη ¢нєηTα:

merahitujambu said...

lor..susah mkn ubat rupanya..heee...sy td kena cirit birit..rini mc.uhuk

нαηιмQαtяυηηα∂α said...

hehe.. ciannye.. makan ubat tau.. tapi best dapat mc eheee~~

Dda Ly said...

hehe saye pon susah nk makan ubat...itu dulu la, mase first time preggy, ibu mertua ku jaga baikkk punya..hamek ko..
sampai skang sonang jo den telan ubat..hikhik

meh singgah umah..
http://laydie-dda.blogspot.com

keep in touch yeee..♥♥

нαηιмQαtяυηηα∂α said...

hehehe... tu la, kawan saye yang tau pun cakap: nanti pregnant kena makan ubat banyak.......

ada masa saye singgah ye =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

I Can Feel Your Heartbeat