Pages

Follow Me ^.^

Monday, February 28, 2011

Kesengalan

Sebelum aku post entry baru, memang jadi kebiasaan aku untuk edit gambar dulu. Letak copyright, resize, crop etc... Biasa bila aku crop gambar, bahagian yang aku buang tu sama banyak, dan untuk menyamakannya aku akan tolak saiz baru dengan saiz sebenar. Kira pakai hukum matematik la. Yang sengalnya, kira-kira yang senang camtu pun aku boleh salah, SALAH YANG TAK MASUK AKAL. Nonsense, bak kata omputih hihihii.. Macam mana aku, sorang yang suke math boleh buat kesalahan camni?? Sangat tak cerdik!


Image Hosting by PictureTrail.com
Oke, ni memang sengal.

Image Hosting by PictureTrail.com

Friday, February 25, 2011

CONTEST KUCING PALING COMEL

Image Hosting by PictureTrail.com

Contest lagi. Contest ni aku tak pikir lama untuk join, sebab aku memang pencinta kucing walaupun aku tak bela kucing. Lagipun syarat-syarat penyertaannya mudah je. Kalau banyak cekadak syarat-syarat aku pun malas nak join hehehe... Contest ni anjuran apisv2. Korang kalau nak join pun boleh, takde hal punya. Jom tengok apa syarat-syaratnya....

SYARAT DAN PERATURAN

1. Letakkan gambar di atas di dalam blog anda bertajuk CONTEST KUCING PALING COMEL, kemudian link kan ke apisv3.blogspot.com

DONE!

2. Seterusnya letakkan/tangkap gambar kucing anda atau kucing jiran anda atau kucing di kedai pakmat mahupun kedai rostam tukang jait.

Gambar yang aku pertaruhkan adalah......

Image Hosting by PictureTrail.com
Ni kucing kawan aku.. Nama dia Bubu sebab bulu dia kaler kelabu..

dan gambar ni jugak..........

Image Hosting by PictureTrail.com
Eh? Kenapa macam sama je gaye.... Ada chemistry kot.. Hehe... Kucing ni aku tak tau sape punya, tapi dulu dia selalu datang rumah nak makan.. Sekarang tak tau dia kat mana, dah besar agaknya.... Dia selalu datang dengan adik-beradik dia lagi 2 ekor..

DONE!

3. Tinggalkan link contest anda di dalam komen di bawah

DONE!

4. Macam biasa, setiap peserta kena follow blog apisv3.blogspot.com ;)

DONE!

5. Akhir sekali, tag kan 3 orang member blog anda yang anda rasa diorang berminat untuk join.

Aku nak tag:
1. Anies
2. merahitujambu
3. Qaseh dalia adelia

DONE!

Gambar-gambar tambahan....

Image Hosting by PictureTrail.com
Tetibe aku rasa gaya kucing putih yang belakang tu comel... Entah apa la yang dia tengok tu..

Image Hosting by PictureTrail.com
Kurus jeee.... Tak cukup makan kot, tu yang datang rumah aku nak makan je keje.. Cian...

Image Hosting by PictureTrail.com
Duduk ala-ala sopan gitu..

Image Hosting by PictureTrail.com
Macam terkejut je ni...

Image Hosting by PictureTrail.com

Pemenang akan menerima RM50 berdasarkan gambar kucing mereka yang paling comel.
Good Luck;)

tarikh tutup: 30 April 2011

Image Hosting by PictureTrail.com

Thursday, February 24, 2011

Kenakalan Zaman Muda-Muda

Tadi aku usha gambar-gambar lama. Gambar zaman muda-muda dulu *chewah.* Tetibe terjumpa pulak satu gambar yang membuatkan aku tersenyum. Gambar yang pernah membuatkan classmate aku *kita gelarkan dia M je* bengang dengan roommates aku merangkap classmates aku jugak *M tak tau aku pun terlibat hehehe*. Gambar tu sebenarnya gambar pasport yang pensyarah aku mintak untuk buat gambar kelas yang skema style punya. Masa tu semua orang malas nak pegi kedai gambar. Masing-masing ada handphone kamera *student kan kaya* so semua orang ambik gambar sendiri je. Background tak menjadi masalah, kebetulan ada papan kenyataan yang background kaler biru, so semua pakat-pakat amik gambar kat situ la. Yang si M ni agak rapat dengan salah sorang roommate aku ni. Dia pun mintak tolong cucikan gambar dia sebab roommate aku ni ada glossy paper. Bukak-bukak je gambar dia kat laptop memang dah buat kitorang mengilai gelak. Jadi kitorang pun merancang untuk mengenakan si M ni menggunakan gambar dia tu *serius jahat nakal woo masa ni.* Tujuan kitorang cuma nak bergurau je, takde niat pun nak men drop kan waterface si M ni *tapi agak melampau gak aku rasa cara kitorang tu.* Nak tau kitorang buat apa??? Sila scroll..............



























Image Hosting by PictureTrail.com
Muka, nombor plate kete dan nombor telefon terpaksa di censored kan untuk menjaga nama baik M. Ayat belah kiri yang kat keliling dia ada not lagu tu sila nyanyi cam lagu arwah Sudirman-Milik Siapakah Gadis Ini hehehe.

Aku tak tau la benda ni sampai jauh mana tapi dengar-dengarnya bebudak satu kos la tau. Hehehehe.. Kot-kot la kalau si M ada baca entry aku ni, aku nak mintak mahap la ye. Jangan marah....

Image Hosting by PictureTrail.com

Tuesday, February 22, 2011

Dup Dap Dup Dap..

Esok aku ada interview, kat MDV-Malaysia Debt Venture. Company ni bawah Kementerian Kewangan. Tapi bukan government la, akak aku kata MUNGKIN semi-government. Seumur hidup aku, first time aku dengar nama company ni. Jawatan yang aku nak pegi interview ni Credit Management Assistant. Aku pun tak paham sangat keje dia camne *sebab bukan aku yang mintak, orang tu yang call aku lepas tengok resume aku kat Jobstreet.* Dari apa yang aku baca, ada kena-mengena dengan loan. Ni pun dok study lagi *sempat lagi update blog tengah-tengah study. Busan dah ni, tu pasal la....* Huaaa risaunya aku.. Aku ni dah la cepat nervous. Mintak-mintak la dapat. Oke la, aku nak sambung study. Tapi agak-agak aku busan kejap lagi aku buat blogwalking pulak hihihi.. Korang doakan aku eh..

Image Hosting by PictureTrail.com

Monday, February 21, 2011

Bukannya Susah... Tak Mati Pun Kan??

Huh? Apa mati-mati ni?? Sape yang mati ni?? Hehe.. Takde sape pun la.. Hari ni terkenang-kenang pulak cite dolu-dolu.. Bukan la dolu sangat pun. Aku ni kan sebenarnya sejak kecik lagi sangat la susah nak makan ubat, sangat la penakutnya.<----Mungkin aku patut betulkan ayat ni. Urm.. Haaa.. Sepatutnya sejak umur sorang budak boleh makan ubat pil/kapsul. Sebab aku rasa tak boleh nak telan ubat yang bagi aku besar kalau nak kena telan bulat-bulat gitu. Ye la, kalau makan nasi ke, apa-apa ke mesti la kunyah-kunyah dulu sampai lumat baru telan kan *walau kenyataannya kunyah lebih kurang je, takde la lumat betul.* Tiba-tiba kena makan ubat sebiji camtu, tak boleh kunyah. Dah tentu-tentu la tak nak. Kalau korang mesti tak nak jugak kan. Tak kisah?? Oke, aku je yang tak nak hehehe.. Ada sekali tu masa umur aku berapa entah, aku kena 'cherry-berry' *cirit-birit la tu.* So mak aku pegi beli ubat kat kedai Cina, apa orang panggil tu.....singseh *betul ke aku eja ni? Bantai lah..* Ubat dia, mak aihhh........14 biji sekali makan, tapi saiz dia kecik je, macam biji anggur tu. Mak aku pulak dah sedia maklum aku tak boleh nak main telan je.. Ubat tu pun dicampurkan dengan air. Bau toksah cakap la....pastu akak aku pegang ramai-ramai, mak aku tuang je ubat tu dalam mulut. Bila dapat lepas je, terus aku muntahkan balik. Yang mana dah tertelan tu biar je la kan, takkan nak jolok-jolok pulak bagi keluar. Haha.. Bila ingat-ingat balik kelakar je rasa. Penakut betul aku nak makan ubat. So sampai la dah besar, setiap kali aku tak sihat, aku tetap akan makan ubat. Tapi dengan cara aku sendiri: campur air, tunggu ubat tu cair sepenuhnya baru minum *agak 18 kali jugak aku pikir untuk publish statement ni kat blog ni. Malu sebenarnya huhuhu..* Pahit camne pun aku tak kisah, asal tak payah telan ubat bulat-bulat. Apa jenis ubat pun aku sanggup *korang bayangkan la camne aku minum ubat antibiotik yang dah cair tu.* Famili aku dok geleng-geleng kepala je bila tengok aku makan ubat camni. Macam tu la aku buat setiap kali kena makan ubat, sampai la aku terpikir.... Sampai bila nak camni? Sampai bila takut nak telan ubat? Sampai bila nak cairkan ubat baru boleh telan bila tak sihat? Sampai bila?? Sampai bila?????!!!! *wops! Teremo pulak di situ huhuhu.* So baru-baru ni jugak, aku mula menggigihkan diri untuk menelan ubat bulat-bulat. Tak berjaya? Cuba lagi. Tak berjaya jugak? Cuba lagi. Dan lagi. Dan lagi. Dan lagi........ *korang sambung sendiri la ek.* Dan akhirnya! Kini pasti..ku merasai cinta nan suci..... Eh lari topik pulak, jap aku nak kejor.. Kejor yeop kejor! Oke! Berenti merepek! Sambung balik.. Akhirnya aku berjaya jugak. Woohoo.... *Aku memang happy gile oke.* Sebenarnya aku mula terpikir untuk ubah tabiat aku ni sebab dah 3 kali aku masuk hospital. Kat hospital kan kena makan ubat ikut time. So nak tunggu ubat cair, time tu dah lari. Nak-nak lagi kalau ubat yang susah nak cair. Mau setengah jam, satu jam. Tak ke gile nak tunggu?? Jadi sebab tu aku pikir, mesti.. Mesti ubah benda ni, mesti!!! Usaha tangga kejayaan!! *tetibe.*

Image Hosting by PictureTrail.com
Picture from www.crestock.com

Image Hosting by PictureTrail.com

Sunday, February 20, 2011

SAYA SEORANG BLOGGER YANG AKTIF !

Segmen abg Ben lagi. Tapi tengok tajuk kat atas tu........aktif ker??? Aktif la kot huhu.. Macam biasa la kena letak header abg Ben kat entry khas ni........

Image Hosting by PictureTrail.com

Tu je??? Tu je...... Senang kan?

Image Hosting by PictureTrail.com

"Jom Join Lucky Draw Ana.Izzty"

Aku tengah takde idea nak buat entry baru ni. So untuk entry baru aku nak join lucky draw Ana.Izzty. Korang nak join meh la.. Syarat-syarat penyertaan:

1. korang kena buat entry dengan tajuk "Jom Join Lucky Draw Ana.Izzty" ..dan berserta banner Ana..

Image Hosting by PictureTrail.com

DONE!

2. make sure korang adalah follower a n a . i z z t y @ Ana dulu ye sayang..terbuka juga kepada mereka yang nak join lucky draw nie dan sila lah jadi follower Ana ^,^

DONE!

3. dan dalam entry tersebut, korang kena nyatakan kenapa nak join lucky draw nie dan komen sikit pasal
blog Ana yang usang nie ye.

-nak join lucky draw ni untuk suke-suke je.. lagipun siapa tak suka nak dapat hadiah kan kan kan.. =)
-blog Ana chantek! *serius tak tipu* tak boleh dinafikan warna pink itu sweet , so secara tak langsung blog Ana nampak sweet je*bukan bodek ye* lagipun nak loading cepat sebab blog Ana ni simple......

DONE!

4. dah siap semua, sila tinggalkan link entry korang kat komen entry nie dan tag 3 orang rakan blogger anda.

So untuk lucky draw ni aku nak tag:
1. merahitujambu
2. farhana
3. Ayuni

DONE!

5. tarikh tutup = akan diberitahu simple kan??...

Err.. Yang ni aku tak boleh cakap DONE sebab Ana yang tentukan. Hehehehe.. ^.^

Image Hosting by PictureTrail.com

Saturday, February 19, 2011

"SmileY BaggY GiveawaY"

"SmileY BaggY GiveawaY" ni contest yang dianjurkan oleh CheQ PP JoY.

Image Hosting by PictureTrail.com

Sebelum ni aku tak pernah join contest, kira ni first time la. Mana la tau ada luck nak menang kan. Aku ditag oleh miss merahitujambu *tq ye.* So syarat-syarat penyertaan macam kat bawah ni....

1. jadi follower cheqppjoy.com
2. add smiley baggy II sebagai friends korang dekat facebook. untuk join GA ni, peserta wajib ada blog and facebook.
3. buat 1 entry tentang giveaway ni dengan tajuk "SmileY BaggY
GiveawaY"
4. tag kepada 4 orang kawan2 korang..kalau nk tag lagi ramai pon xpe..kurang xboleh ye.paling penting make sure diaorg tau pasal giveaway ni..
5. letak banner GA dekat sidebar blog korang dan linkkan ke entry ni.
6. bila da selesai, sila tinggalkan link entry korang di komen entry ni beserta dengan id facebook anda untuk fy check.
7. penyertaan bermula 17 Feb 11 sampai 17 Mac 11.

ada sebab kenapa fy letakkan syarat untuk add smiley baggy II dekat facebook korang..nak tau kenapa?sebabnya, hadiah utama untuk giveaway ni merupakan sebuah bag tangan y korang sendiri boleh pilih dari smiley baggy II. tapi satu je tau..hehe..akan ada hadiah saguhati tapi y tu fy akan update kemudian..sanggup x tunggu ni?

Aku nak tag:
1.
2. FarhanaDr
3. daQ Qaseh dalia adelia
4. Anies

Image Hosting by PictureTrail.com

Thursday, February 17, 2011

Eh! Kenapa Aku Rasa Lain Macam Je Ni?????

Nak share sikit apa yang baru berlaku tadi. Hari ni aku pegi keje pakai kasut tutup bertumit rendah. Sebenarnya aku jarang pakai kasut tu sebab kaki aku akan didera secara fizikal walau pakai dalam masa yang sekejap pun. Tapi pagi tadi teringin pulak nak pakai. Tak kisahlah sakit sikit, kat ofis tukar la pakai selipar. Walaupun sakit, aku sayang kasut tu sebab cantik *bagi aku cantik la.* Lagipun abah aku yang belikan, mesti la sayang kan. Nak dijadikan cerita, balik keje tadi aku naik lif kat rumah. Selalu aku naik tangga sebab rumah aku tingkat 2 je. Tapi tadi masa tengah amik surat, ada sorang lelaki ni baik hati pulak tahankan lif untuk aku. Aku pun naik je la kan. Pastu ada sorang makcik naik jugak lif tu. Aku berdiri depan sekali sebab dah tentu-tentu aku keluar dulu. Sampai tingkat 2, cepat je aku melangkah. Baru beberapa tapak aku jalan, aku rasa macam pelik. Dalam hati dok kata, eh, kenapa rasa lain macam je ni.... Macam ada benda melekat kat tapak kasut belah kiri aku. Aku ingatkan chewing gum ke, benda-benda yang melekat ke.. Aku pun tengok la tapak kasut aku, takde pape pun, tapi macam pelik je rupanya. Aku tengok lagi sekali.... Eh! Mana tumit kasut aku???? Sambil terus jalan ke rumah, dengan gigihnya aku pikir, mesti tertinggal dalam lif. Alamak! Macam mana ni.. Aku pun bukak kasut, masuk rumah, letak beg, sarung selipar dan terus pergi kat lif. Tengok-tengok lif kat tingkat 14, lepas tu naik pulak ke tingkat 15. Berenti lama pulak tu. Mesti ada orang nak turun. Dalam hati aku, jangan la ada yang buang tumit kasut aku tu. Tunggu punya tunggu....ting.. Lif pun sampai.. Aku jenguk dulu, ada sorang makcik dengan sorang amoi dalam tu. Nun dekat belakang, tumit kasut aku. Mesti dah kena sepak-sepak sebab tadi kan aku berdiri kat depan, huaaa.. Aku masuk, berdiri betul-betul sebelah tumit kasut tu. Rilek dulu, buat macam takde pape. Agak-agak pintu lif dah nak terbukak kat G *makcik dengan amoi tu mesti sibuk nak keluar lif kan,* aku cepat-cepat amik dan buat selamba. Harap-harap takde orang nampak huhu.. Err..lif kat rumah aku ni ada kamera ke tak ek? Ah gasaklah.. Tapi mesti lelaki yang tahankan lif dengan makcik yang naik sekali tadi nampak aku keluar lif dengan tumit kasut yang tertinggal. Malunyee.. Gam gajah........di mana kau......

Image Hosting by PictureTrail.com
Kasut kesayangan aku yang malang tu.. Yang kaler hitam tu tumit yang tercabut huhu..

Image Hosting by PictureTrail.com

Si Pemakai Contact Lens

Siapakah??? Err..ehem.. *aku ler tu..* Mungkin ramai yang tak tau aku ni sorang yang rabun, sebab sekarang ni aku pakai lens memanjang, dah tak pakai spek. So kebarangkalian untuk orang nampak aku pakai spek sangat la low *dah macam cikgu add math je..* Kenapa? Kejap lagi aku cite. Cite pasal rabun ni, aku dah rabun sejak darjah 4, iaitu masa umur 10 tahun *awal gile tak?* Punca? Mungkin sebab aku suka try spek kakak aku, KOT! Atau mungkin sebab aku membaca dalam gelap, AGAKNYA LA.. Aku pun tak ingat sangat kenapa sebenarnya. Dulu-dulu pakai spek skema je. Ye la, masa budak-budak mana la pandai bergaya sangat. Mana yang orang cakap oke, oke jugak la bagi aku. Lepas 12 tahun pakai spek, yang mana dalam waktu tu dah bermacam bentuk bingkai spek yang aku cuba, aku mula terfikir nak membebaskan diri daripada belenggu spek ni *chewah, ayat tak agak.*

Image Hosting by PictureTrail.com
Ni bukan mangkuk untuk letak buah-buahan ye.. Ni gambar lens dari jarak dekat. Theheheee~~

Selain daripada tu, nak buat spek baru mahal siot. Ye la, power je dah tinggi, so tak nak spek yang cermin tebal, aku mintak untuk guna cermin nipis yang harganya mak aiii.....ada la dalam RM400-500 (cermin+bingkai) kalau nak ganti spek baru. Masa tu aku study lagi, tak nak la susahkan parents dengan kos untuk buat spek baru aku tu *padahal sebelum tu pun aku dah susahkan dorang huhu.* So aku pun decide untuk pakai lens, sebab naluri untuk bergaya pun makin kuat dan aku rasa dah rimas pakai spek. Lens pertama aku, jenama Bausch & Lomb (B&L) *bukan BML tau, tu produk kecantikan.*

Image Hosting by PictureTrail.com
Bausch & Lomb Soflens

Masa kena ajar pakai lens dengan akak kedai tu, terkelip-kelip mata aku walaupun banyak kali dia pesan jangan kelip. Dah tak biasa, nak buat macam mana kan. Tapi lepas beberapa kali cuba, berjaya jugak *SYABAS INSPEKTOR SAHAB!* Bila dah mula pakai lens, balik kampus kena korban masa pagi-pagi sebelum pergi kelas. Kelas pukul 8.30, pukul 6 lebih aku dah bangun sebab tak pandai lagi nak pakai lens. Sangat menyeksakan oke, sampai pedih-pedih mata aku dibuatnya. Bila dah pedih, apa lagi cari la eye drops huhu. Lama-lama aku pun dah terer pakai *(lagi sekali) SYABAS INSPEKTOR SAHAB!* Lepas tu cuba jenama Acuvue pulak *bukan nak cuba sangat, terpaksa sebab jenama B&L dah habis.* Sangat la tak selesa, tak sesuai dengan mata aku kot. Lepas tu tukar balik ke B&L. Tapi satu hari tu masa aku nak beli yang baru, akak kedai tu bagitau aku ada lens baru yang boleh dipakai selama 6 hari dan selamat dipakai masa tidur, jenama O2 Optix.

Image Hosting by PictureTrail.com
O2 Optix

Harganya agak mahal sikit la. Kalau yang biasa tu RM60 sekotak, yang ni RM72 sekotak. 2 kotak dah RM144! *power mata kiri dan kanan aku tak sama.* Kira murah la daripada spek. Aku pun cuba. Mula-mula memang tak selesa, mata rasa kering je. Kerja nak bubuh eye drops je aku masa tu. Macam menyesal pun ada, tapi dah beli pakai je la. Lama-lama jadi selesa pulak, tapi masalah mata kering memang tak boleh elak. So aku pun continue pakai yang ni sampai sekarang. Sebab tu la aku dah tak pakai spek sekarang. Lagipun power aku pun dah naik, tak elok la kalau pakai spek yang ada tu. Nak buat baru mahal *kalau dah tak nak pakai tu macam-macam alasan la kan, ahaks!* Sekarang ni senang sikit. Aku pakai lens ni selama 6 hari, lepas tu sebelum tidur keluarkan dan rendam. Bangun esok paginya aku pakai la balik. Sangat bebas rasanya hidup tanpa spek. Tapi sejak pakai lens, dulu ke, sekarang ke, aku tak boleh hidup tanpa eye drops. Huhu.....

Image Hosting by PictureTrail.com
Eye drops aku

Pakai lens ni selain untuk bergaya, 'dia' jugak ajar aku jaga kebersihan. Sebab sebelum pakai dan keluarkan, kena basuh tangan dulu, kalau tak basuh takut ada infection. Lepas tu kuku kena selalu pendek. Kalau kuku panjang lens boleh koyak *macam yang aku kena baru-baru ni. Mata rasa tak selesa sangat, rupanya lens koyak. Nasib baik dah nak expired, kalau tak rugiiiii.......* By the way, aku sangat risau dengan power yang makin naik. Aku pernah dengar orang kata, kalau ngadap komputer memang power akan naik. Sejauh mana kebenarannya aku tak tau la. Tapi kalau betul, takkan aku nak kena join warga asing buat kerja kontrak pulak.. *macam la tu satu-satunya kerja yang bukan kerja ofis. Haihhh.....*

Image Hosting by PictureTrail.com

Tuesday, February 15, 2011

Err .. Hye .. Saya Blogger Baru..

Op op.. Jangan pelik tengok tajuk entry ni ye.. Sebenarnya Inche Ben Ashaari@lebih mesra dipanggil abg Ben *hehe* buat segmen untuk bloggers yang followernya bawah 100. *Kenal tak abg Ben ni??* Tetibe rasa nak join.. So inilah requirementnya....

Image Hosting by PictureTrail.com

Terima kasih abg Ben buat segmen ni..

Image Hosting by PictureTrail.com

Gemuruh

Image Hosting by PictureTrail.com
Gambar dari Pakcik Google

Aku bukan nak cite pasal lagu Gemuruh yang Faizal Tahir nyanyi tu. Bukan. Gemuruh ni sebenarnya salah satu sifat aku. Aku memang sorang yang berdarah gemuruh, apa omputih kata....nervous. Sejak sekolah sampai sekarang ni susah nak ubah. Nak-nak lagi kalau berdepan dengan orang ramai yang tumpukan perhatian kat aku. Mak oii..jantung rasa macam nak pecah. Dulu masa sekolah, ada jugak la aku masuk pertandingan pantun dengan sajak. Pantun tu takde la teruk sangat sebab ada kawan-kawan sekali. Tapi sajak, memang aku jadi blur sebab gugup. Aku pun rasa macam ntah pape yang terkeluar dari mulut aku masa tu. Memang la bait-bait sajak tu betul, tapi boleh pulak aku ter-aaa aaa kat atas pentas tu. Malu gila kot aku masa tu. Dah la semua orang tengok aku. Tapi dalam aku dok aaa aaa tu pun dapat nombor 2. Tak sangka betul. Hehe.. Bila dah masuk U, aku masih tak boleh lagi hilangkan gugup aku. Time presentation pun suara gigil je, apatah lagi kalau kena jawab soalan huhu.. Mana nak pikir lagi, mana nak jawab lagi.. Aku rasa aku memang allergic la kalau ada big crowd yang tumpukan perhatian kat aku, dengar apa yang aku nak cakap. Tapi sekarang mungkin dah kurang kot, kalau pergi interview kerja tak teruk sangat dah darah gemuruh aku, ada tu tetap ada la.. Mungkin jugak sebab interview ada 2-3 panel je, bukannya orang ramai macam aku dok atas pentas tu. Macam mana la aku nak selesaikan masalah darah gemuruh aku ni..... Help help help..

Image Hosting by PictureTrail.com

Monday, February 14, 2011

Cara-cara Menjaga & Menyediakan Ruang Untuk Kucing Belaan

Mau share e-mel lagi. Kali ni ditujukan khas untuk sesiapa yang ada bela kucing berekor-ekor. Kalau rasa macam pening macam mana nak menjaga dan menyediakan ruang untuk kucing-kucing belaan yang banyak, boleh cuba cara ni.. Dijamin jimat duit, jimat ruang. Hehehe.. Layannnn......

Image Hosting by PictureTrail.com

Image Hosting by PictureTrail.com

Image Hosting by PictureTrail.com

Image Hosting by PictureTrail.com

*Rasa macam nak geget je 'dorang' ni.. Geram geram geram..*

Image Hosting by PictureTrail.com

Friday, February 11, 2011

Ku Cari Bahagia

Waa takde idea nak buat entry baru.. So layan la cite kat bawah ni..

Mamat ni ke? Hati Safira berdetik sambil memandang tekun lelaki yang berselisih dengannya di tangga itu. Tetapi lelaki itu langsung tidak menghiraukan Safira, apatah lagi memandangnya. Erm, bukan kot. Kalau ye mesti dia tegur aku. Dia kan dah kenal aku, aku je yang tak kenal dia. Eii yang kau ikutkan permintaan dia untuk bagi gambar tu siapa suruh? Safira memarahi dirinya sendiri. Sambil berleter seorang diri, dia mencari telefon bimbitnya, ingin menghubungi 'mamat' yang dikatakannya tadi.

"Assalamualaikum, awak kat mana ni? Kata dah sampai tapi saya tak nampak awak pun!" tanpa sempat salamnya dijawab, terus dia menerjah.

"Waalaikumsalam. Saya ada ni. Sekejap.."

Tiba-tiba Safira terasa seperti ada orang di belakangnya. Perlahan-lahan dia memusingkan badannya. Lelaki tadi! Safira sedikit panik. Dia ni ikut aku ke?

"Hai awak." Lelaki itu main hai hai bye bye pula dengan Safira. Suara dia macam...... Mata Safira mencerun, geram.
"Youuu.....!!!" Memang dia rupanya! "Kenapa tadi buat tak tahu dengan saya?"

Lelaki itu sekadar tersengih sambil mengangkat bahu. "Jom." Hanya itu yang terkeluar daripada mulutnya. Dia mula melangkah, meninggalkan Safira yang masih terkejut di situ. Namun seketika kemudian Safira berlari-lari anak untuk menyaingi lelaki itu yang menunggunya apabila melihat dia tidak bergerak-gerak tidak ubah seperti patung.

***********************

"'Janji temu buta'?" berkerut muka Farisya.

Safira tidak menjawab, sekadar menganggukkan kepalanya sambil tersenyum lucu melihat reaksi Farisya, teman baiknya itu.

"Apakejadahnya tu?" kali ini Farisya buat muka pelik.

"Blind date la.. Tu pun tak tau." Safira ketawa.

"Banyak la kau punya janji temu buta. Suka-suki kau nak translate direct macam tu." ujar Farisya, geram.

"Biarlah."

Ketawa.

"So macam mana? Ok?" tanya Farisya sambil buat muka nak tahu.

"Ok." Safira buat acuh tak acuh.

"Tu je? Cerita la kat aku."

"Sibuk je nak tau."

"Oo takpe, takpe. Macam ni la kawan kan.." Farisya sudah muncung.

"Alalala merajuk pulak.. Muncung dah boleh sangkut hanger." usik Safira.

"Weh cepat la cerita.." Farisya buat muka kesian.

"Ye la.. Ye la.. Macam ni. Se...." belum sempat nak mukadimah telefon bimbit Safira berbunyi.

"Assalamualaikum. Hai awak.." Safira berlalu, meninggalkan Farisya yang muncung semula.

bersambung.... (kalau ada idea lagi ada la sambungannya)

p/s: aku rasa cam boring je cite ni hehe.. SS sila komen.... (tetibe)

Image Hosting by PictureTrail.com

Image Hosting by PictureTrail.com

Sunday, February 6, 2011

Obsesiku

Korang tau tak apemende obsesi?? Tau? Pandai~~ Tapi takpe la, aku bagitau jugak maknanya. Aku dah try google makna yang sebenar, tapi dalam Bahasa Melayu takde, yang ada Bahasa Inggeris je.

1. the domination of one's thoughts or feelings by a persistent idea, desire, etc.
2. the idea or desire itself

Err..macam mana nak explain ek. Apa yang aku faham maknanya lebih kurang macam ni: suka/minat/cinta yang melampau atau terlalu mendalam kepada sesuatu *ni aku definisikan sendiri.* Ala korang faham sendiri la makna dia kan. Sebenarnya aku nak cerita obsesi aku yang tak berapa dapat dibendung akhir-akhir ni iaitu obsesi pada novel. Sebagai sorang pompuan, aku memang minat beli+baca+jaga novel macam buah hati pengarang jantung sejak bangku sekolah lagi *lelaki pun ada je yang suka baca novel.* Sejak remaja pulak aku tertarik dengan novel cintan cintun ni *amboi, sekolah lagi dah gatai heheheh.* Tapi sekarang aku prefer novel bergenre komedi romantik, komedi 100% dan thriller. Apa pun aku baca jugak genre lain. Beli+baca tu benda biasa la kan, tapi aku punya la obsesi sampai boleh habiskan baca satu novel yang muka surat 4 5 ratus dalam masa sehari je. Itu pun kalau takde kerja nak buat la.. Bab jaga novel macam buah hati pengarang jantung ni, aku memang AGAK particular. Biasanya lepas beli aku akan balut dengan pembalut plastik dengan kemas sebab aku tak suka cover dia berlipat ke, bergulung ke.. Novel-novel sekarang pulak kebanyakannya ada bookmark sendiri, dengan bookmark tu sekali aku balut. Balut-balut ni pun aku particular gak, dah terbiasa sejak balut buku sekolah dulu. Kalau nak selotape tu kena straight, senget aku bukak balik. Tapi takde la sampai straight macam pembaris tu kan, agak melampau di situ haha. Asal nampak straight, oke je. Lepas tu kalau novel tu baru lagi, nak baca hati-hati, tak komot. Lagi, bila orang nak pinjam aku akan pesan, jaga elok-elok. Biasanya ahli keluarga dengan kengkawan rapat je yang aku akan bagi pinjam. Kawan biasa pun boleh nak bagi, tapi tengok orang jugak kot. Aku pun kadang-kadang cuai jugak, ada sekali tu air nescafe tertumpah atas novel aku. Waaa rasa macam nak beli baru *tapi tak beli pun, kenapa la aku tak balut cepat-cepat huhu.* Ye, memang aku obsesi dengan novel. Mungkin ada sesetengah orang menganggap semua tu membazir, tapi sebenarnya dengan membaca novel-novel ni la aku dapat banyak ilmu. Kan pepatah Inggeris ada kata, "don't judge a book by its cover". Aku ambik contoh novel bertajuk "Versus" yang mana novelisnya, Hlovate menjadi pujaan peminat-peminat novel kat Malaysia ni *pujaan aku jugak,* terbitan Jemari Seni Publishing (JS).

Image Hosting by PictureTrail.com
Ni cover Versus by Hlovate

Tengok tajuk macam pelik, cover pulak, sorang skater tengah beraksi dengan skateboardnya. So orang akan anggap novel tu pasal kisah hidup sorang skater. Memang betul, tapi bila dah baca, siapa sangka ada petikan ayat-ayat Al-Quran dan Hadis, kata-kata nasihat dan semangat yang boleh dijadikan panduan dan pengajaran dalam kehidupan kita, terutamanya novel-novel terbitan JS, walaupun tak semua novel tapi sekurang-kurangnya ada *promote jap. Aku cadangkan korang yang suka baca novel, cuba-cuba baca novel JS. Memang best.* So itulah dia, obsesi aku. Walaupun obsesi aku ni tak serancak dulu disebabkan masalah teknikal *konon teknikal*, aku masih teruskannya sampai sekarang dan mungkin sampai bila-bila, sebab aku memang suka buku terutamanya novel.

Image Hosting by PictureTrail.com
Koleksi novel-novel JS *Ogos 2009-Februari 2011*

Image Hosting by PictureTrail.com
Novel-novel lain *sejak sekolah-sekarang*

Image Hosting by PictureTrail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

I Can Feel Your Heartbeat