Pages

Follow Me ^.^

Sunday, January 30, 2011

Kejadian Memalukan!!

Pernah tak korang mengalami situasi ni:korang beli barang, dah ada kat kaunter cashier, tetiba baru korang sedar yang duit korang tak cukup!! Apa yang korang rasa dan agak-agaknya apa yang korang buat?? Kalau aku====>malu woo.. Aku pernah la jugak lalui saat-saat mendebarkan tu, tapi hampir-hampir je la (nasib baik!) Walaupun hampir-hampir je, tapi malu tak hengat aku.. Kali pertama dulu aku nak beli barang kat avon. Mak aku pun ada sekali masa tu tapi duduk kat luar je sebab kat dalam orang ramai. Punya la beria tunjuk itu ini kat cashier tu, time nak keluarkan duit baru perasan duit tak cukup! Patutnya tak terjadi camtu sebab aku kalau beli barang avon, aku akan pilih kat rumah, lepas tu kat butik dia just cari, tunjuk-tunjuk je nak yang mana. Tak kuasa la nak tengok-tengok katalog kat sana sebab orang memang ramai. Tapi entah macam mana hari tu aku boleh tak perasan duit aku tak cukup, walaupun tak banyak la. Time tu aku cuma mampu tersenyum gabra sambil cakap "kejap ye" kat cashier tu. Korek punya korek wallet, ada la duit syiling dalam seringgit lebih yang mencukupkan kan duit tu.. Alhamdulillah.. Huhu, malu aku kat akak tu.. Kali kedua berlaku baru-baru ni, masa beli barang kat Jusco. Seingat aku masa amik barang, dalam wallet aku ada dalam 30 ringgit tapi sebenarnya aku terlupa yang aku dah guna 10 ringgit sebelum tu. Yang ni, seriously aku tak berapa cover ke'gabra'an aku. Masa tengok duit tak cukup, automatik je mulut aku cakap "alamak!!" tapi takde la kuat-kuat.. Aku dah terpikir dah nak cakap dengan akak cashier tu yang aku nak pergi cucuk duit jap sebab ATM tak jauh dari situ, dalam 20 langkah. Tapi sekali lagi aku bernasib baik, sebab aku ni suka lipat-lipat duit jadi bentuk baju dengan love. Selalunya duit seringgit la, tapi beberapa bulan lepas aku guna duit 10 ringgit. So, dengan kalutnya aku bukak lipatan duit tu untuk mengcover kecuaian diri huhu..Selamat lagi...... Cuai betul aku ni..

Moral of the story:sila cek betul-betul berapa banyak duit yang ada sebelum bayar. Kalau betul-betul tak cukup buat malu jee.....

Image Hosting by PictureTrail.com
Baju

Image Hosting by PictureTrail.com
Love

Image Hosting by PictureTrail.com
Baju+love *perlu ke tulis??*

*Untuk tutorial lipat duit bentuk love, klik -->sini<--

Image Hosting by PictureTrail.com

8 JυTα ℓємση ρєяυTυѕαη ¢нєηTα:

De Mois said...

Salah2..moral of the story selalu la buat duit jadi bentuk love or baju sebab boleh sangat berguna kelak. Haha

Revolusikan hidup dengan SuaraSendiri

нαηιмQαтяυηηα∂α said...

haha.. betul gak tu. memang tujuan lipat-lipat duit tu selain suka-suka untuk guna time emergency jugak.

Azwan Aziz said...

nasib baik ade duit lipat bentuk love tu ek...huhu... mesti ade someone yg bagi kan...hehe

нαηιмQαтяυηηα∂α said...

takde la.. kalau someone bagi memang takkan guna punya hehehe..

merahitujambu said...

tu pekara biasa...pinjamlaa kawan2terdekat..lau tak dpt gak.suh dia tunggu g bank kejap

нαηιмQαтяυηηα∂α said...

tapi tetap malu gak. hehehe

JaLi AsHBuRN said...

pernah sangat, malah banyak kali, . . . . . . memang buat2 selamba je, pernah siap letak balik barang tak jadi beli, hehe segan kat cashier, . . duit tak cukup, . . jemput datang

fatehahkarim :) said...

Nak toturial buat baju guna duit seringgit ^^ , jom melawat saya :) http://amyfatehahabdkarim.blogspot.com.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

I Can Feel Your Heartbeat