Pages

Follow Me ^.^

Tuesday, January 11, 2011

Aku, Dia dan Kenangan

*Entry ni guna ayat-ayat skema sebab lebih sesuai begitu. =)*

Hari ni fikiran aku ter-masuk kat memory lane. Memory lane antara aku dan bekas sahabat baikku. Bekas kerana dia telah tiada, pergi buat selamanya. Sebenarnya aku menganggap dia masih ada, cuma dia jauh dariku. Mungkin kerana setiap kali cuti semester dia akan pulang ke kampungnya di Negeri Sembilan dan aku pulang ke K.L.

Image Hosting by PictureTrail.com

Namanya Khairushida bt Md Zin, tapi aku memanggilnya Shida. Ada juga teman-teman yang memanggilnya Sha. Dua tahun setengah aku mengenalinya, aku dan dia sangat mesra bagaikan sahabat yang sudah lama terpisah. Aku dan dia banyak persamaan. Mungkin kerana tarikh lahir kami berjarak seminggu. Mungkin. Persamaan yang paling ketara adalah perangai dan mood. Aku dan dia selalu sama-sama gembira, sama-sama sedih, sama-sama bad mood. Apa yang selalu berlaku, bila datang bad mood aku dan dia, kami akan saling menyakiti hati masing-masing dengan kata-kata dan perbuatan. Tapi bila dah oke, kami akan lupakan semua itu. Walaupun mungkin kami menyimpan rasa sakit hati, kami akan diamkan saja. Itu juga satu persamaan. Dan lagi satu, aku dan dia sama-sama kepala gila-gila. Bila bercerita, memang riuh walaupun cuma kami berdua yang bersuara. Tapi ada juga perbezaan antara kami, yang paling jelas aku pendiam dan tak banyak cakap, kecuali ketika aku bersama dia sementara dia peramah dan mudah mesra dengan orang lain. Walaupun tempoh persahabatan kami tak lama, banyak kenangan suka dan duka antara aku dan dia. Daripada gelak-gelak di belakang kelas sebab baca chat yang ditulis pada kertas semasa pensyarah mengajar, hinggalah sama-sama menangis sebab tak dapat menduduki peperiksaan gara-gara salah jadual. Daripada melayan kepala gila masing-masing sampai buat benda yang entah apa-apa, hinggalah berkongsi masalah yang menjadi rahsia aku dan dia. Malah kami juga pernah bergaduh besar gara-gara salah faham, tapi persahabatan kami tetap kuat. Mengimbau kembali beberapa hari sebelum dia pergi, semuanya seperti biasa. Malah kami sempat mencuri masa berjalan-jalan ke bandar di tengah kesibukan jadual kelas dan assignment yang menimbun. Juga pergi berkelah di pantai dengan bekalan ikan bakar yang dia masak sendiri. Dan merakam video kenangan kerana itulah kali pertama kami pergi ke pantai bersama-sama dan mungkin kali terakhir kerana kami sudah di semester akhir. Rupa-rupanya memang itulah kali pertama dan terakhir.. Hampir sebulan semester akhir bermula, dia pergi dengan meninggalkan ingatan yang sangat kuat pada aku. Hari itu sepatutnya kami ada kelas tetapi dibatalkan pada saat-saat akhir oleh pensyarah. Oleh sebab aku dan dia sudah bersiap-siap untuk ke kelas pagi itu, jadi aku mencadangkan kami berdua pergi mengambil barang kepunyaannya yang tertinggal pada hari sebelumnya di salon yang terletak di pekan. Dengan meminjam motor jiran sebelah, kami pun memulakan perjalanan. Dia menunggang dan aku membonceng di belakang. Tiba di satu selekoh, aku perasan dia cuma membelok sedikit sedangkan kami belum melepasi selekoh itu sepenuhnya. Dan bila ku lihat ke bawah, motor yang dinaiki semakin menuju ke kawasan berumput. Tapi aku tidak berkata apa-apa, mungkin kerana panik. Dan selepas itu.......DAM!!! Motorsikal yang kami naiki melanggar tiang elektrik dan termasuk ke dalam lecak dalam sekelip mata. Aku mendengar dia menjerit tolong beberapa kali, sebelum senyap. Sementara aku masih sedar tapi tidak dapat bangun kerana tangan kananku sangat sakit. Tiba-tiba ada orang datang membantu, mengangkat aku dan dia dari lecak dan lumpur. Dan ketika itu, aku lihat dia sudah tidak sedarkan diri. Kami dibawa ke poliklinik berdekatan dan dia diberi rawatan kecemasan. Aku ada di situ, di bilik yang sama tetapi kemudiannya dibawa keluar oleh jururawat. Seketika kemudian, aku dibawa masuk semula dan ketika itu, dia sudah pergi menghadap Ilahi. Aku menangis dan menangis kerana kehilangannya. Aku tidak menyangka sama sekali dia pergi secepat itu. Tidak lama selepas itu, aku dibawa ke hospital kerana kecederaan yang ku alami. Kemalangan itu masih segar dalam ingatanku walaupun sudah dua tahun lebih berlalu. Beberapa minggu lepas, aku ada bermimpi bertemunya dan dalam mimpi itu, aku memeluknya sambil mengatakan yang aku rindu padanya. Sekarang, aku sudah boleh menerima pemergiannya. Tapi aku masih menganggap dia berada di satu tempat yang sangat jauh dariku. Dan aku takkan pernah melupakan dia kerana dia sahabat baikku.... Walaupun begitu, aku mendoakan rohnya berada bersama-sama roh orang-orang yang beriman.. Amin.. Al-Fatihah..

Image Hosting by PictureTrail.com

5 JυTα ℓємση ρєяυTυѕαη ¢нєηTα:

merahitujambu said...

yang hidup pasti akan pergi..sbr yaa..

нαηιмQαтяυηηα∂α said...

sob sob.. time kasih..

De Mois said...

Hmm..doakan sentiasa dicucuri rahmat ke atasnya. Allah lebih menyayanginya

mijae said...

ku nantimu di pintu syurga..cewah

Shomeyshawls said...

banyak2 kan sedekah al-fatihah dan bacakan yassin untuk arwah bila kita teringat kat dia..aku pon kadang2 teringat juga.. terasa macam baru je kehilangan dia.. :'(

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

I Can Feel Your Heartbeat