Pages

Follow Me ^.^

Monday, January 17, 2011

Gelagat Manusia-Manusia Dalam Tren

Sejak aku bekerja, pengangkutan rasmi aku adalah tren selain daripada kaki. Nak tau aku naik tren apa? Ni haaa...
Image Hosting by PictureTrail.com

Eh! Silap lak.. Yang ni la..
Image Hosting by PictureTrail.com

Haa.. Baru betul.. Heee~~

Sedar tak sedar, diam tak diam ("shut up not shut up" bak kata FBI dalam AJL) dah hampir 2 tahun aku kerja. Dan dalam masa tu dah bermacam-macam gelagat yang aku tengok terutamanya gelagat manusia-manusia yang naik tren ni.
~Antara yang menarik perhatian aku gelagat manusia yang dengar lagu/MP3. Ada yang muka ala-ala feeling, ada yang nyanyi tak keluar suara, yang paling best ada yang nyanyi tak keluar suara+buat mimik muka menghayati giler+goyang-goyang kepala. Dan aku confirm sangat manusia tu tengah dengar lagu rock sebab muka dia berkerut-kerut gitu. Agak-agak la kan, dalam tren kot! Tapi tahniah la kat manusia tu sebab dah buat aku tersenyum sorang-sorang dengan gelagat dia (jangan la manusia lain ingat aku gila pulak senyum sorang-sorang).
~Next, gelagat manusia yang duduk sebelah manusia lain yang tengah baca paper/majalah/nota belajar. Dia nak baca jugak-jugak apa yang manusia lain kat sebelah tengah baca. Yang ni aku pun buat jugak kadang-kadang, tapi takde la beria sangat (cover diri sendiri nampakkkkk hehehehe..)
~Seterusnya, babak curi-curi pandang. Mungkin sebab awek cun/brother hensem, mungkin sebab pakaian/fesyen (seksi-meksi, pelik-pelik, selekeh) dan etc etc. Biasanya yang ni si A pandang si B, bila si B toleh si A cepat-cepat tengok tempat lain, camtu gak sebaliknya.
~Apa lagi ekk? Haaaa.....!! Yang ni aku sangat tak suka. Cakap dalam talipon dengan full volume. Oke, yang ni memang kat mana-mana ada. Tapi bila dah dalam tren jadi terlebih kuat la kan sebab ruang terhad. Uii macam dia sorang yang ada dalam tren tu, terlupa keadaan sekeliling kot??
~Yang ni pun ada kat mana-mana, tapi selalunya pengangkutan awam la. Apakah ia? Jeng jeng jeng.. Perfume yang "segar lagi menyegarkan" dari pendatang, tak kisah la dengan izin ke tanpa izin. Gelagat yang boleh dilihat ialah manusia-manusia sekeliling yang mukanya memang tak selesa ataupun menahan nafas yang semakin sesak termasuk aku. Kesian kan~~
~Ohh no! Time orang bersesak-sesak ni la ko nak sandar kat tiang kan. Habih orang lain nak paut/pegang kat mana?? Tak payah la nak wat aksi sandar-sandar manja kat tiang tu. Ataupun tak perlu la peluk tiang tu untuk bagitau orang lain yang ko sayang giler kat tiang tu. Aku sangat anti orang camni.
~Yang paling biasa aku tengok, belek talipon/online/balas mesej. Tapi yang menarik perhatian aku, talipon touch screen. Mesti ada yang scroll laju-laju guna ibu jari. Apa yang aku nak bagitau kat sini, sebenarnya aku JELES sebab takde talipon touch screen wahahaha..

Image Hosting by PictureTrail.com
Nak talipon nii......

Tu je la rasanya gelagat-gelagat yang aku selalu tengok time pergi balik kerja. Sebenarnya ada lagi, tapi jarang-jarang berlaku.. Sekian.

Image Hosting by PictureTrail.com

6 JυTα ℓємση ρєяυTυѕαη ¢нєηTα:

merahitujambu said...

sy pon jeles tau benarnya...suma trend pakai i-phone..sy masih hegeh phone biasa..huhuhu

нαηιмQαтяυηηα∂α said...

hehe.. nak wat camne, nak beli tak mampu..

De Mois said...

Wah..template baru ke ni??

Terbaru di SuaraSendiri
Utama : Wikileaks - Laporan Ananda untuk PDRM

нαηιмQαтяυηηα∂α said...

ha'ah.. ni sebenarnya template wordpress hehehe..

Imran nyambek said...

naik basikal jelah.hehe

нαηιмQαтяυηηα∂α said...

naik basikal??? err err....tak boleh!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

I Can Feel Your Heartbeat