Pages

Follow Me ^.^

Thursday, January 13, 2011

Adoi.. Tak Tahan..

Wah tajuk macam segmen tak tahan kat Hot FM je kan. Apemende yang aku tak tahan?? Dua perkataan, tett~~ *masa abis! Eh cam game kat tv lak haha* Jawapan:asap rokok. Sebelum tu mintak mahap la kalau-kalau ada perokok yang baca entry ni. Mungkin bagi sesetengah orang benda ni nampak remeh, macam yang selalu orang cakap tu "ala ape de hal!" Tapi bagi aku benda ni agak besar jugak. Lebih-lebih lagi benda ni melibatkan hidup mati bagi kesan jangka panjang. Aku bukan la benci tahap cipan tenuk kat golongan perokok ni, cuma tak berapa suka je. Sebab bila aku terbau asap rokok ni, automatik rasa macam tak cukup oksigen *help help, cpr*. Nak-nak lagi kalau perokok tu jalan depan aku, fuhh sangat 'heaven' oke. Menipu la kan kalau aku kata famili aku takde yang merokok, adaaaaa.. Abang-abang aku dan semestinya ayah aku, tapi dorang ni jarang merokok kat rumah. So takde la jadi isu sangat, tapi abang aku sangat suka merokok dalam toilet *yang boleh buat aku nak pengsan bila masuk toilet*. Apa pun, orang lelaki memang sinonim dengan rokok. Perempuan? Oh no, aku tak boleh terima kalau nampak perempuan merokok. Nak-nak lagi kalau yang cun, bergaya, pakai skirt+blaus, baju kurung. Sangat tak klik oke. Best sangat ke rokok tu? *sambil buat muka tertanya-tanya*. Pernah gak tanya kat abang aku, tapi dia pun tak boleh nak jawab. Apakah???

Image Hosting by PictureTrail.com
"Huh, best kemende, naik semput aku!" kata ular tersebut dalam hati sebab mulut dah penuh dengan rokok sebatang tu..

Image Hosting by PictureTrail.com

4 JυTα ℓємση ρєяυTυѕαη ¢нєηTα:

http://aniesandyou.blogspot.com said...

thats y i hate smoker w'pn dia ensem nk rak!

нαηιмQαтяυηηα∂α said...

betul2.. kalau hensem+bergaya+macho, tapi bila nampak orang tu merokok terus tolak markah..

Along Tapa said...

rokok tu tak best...kalo tak, nape ramai perokok nak berenti...

lepas ni suruh la pembuat rokok tu buat filter selain kat puntung tapi kat tempat bakor tu sekali..takdela asap tu merata-rata sangat...owh..sambil tu cipta cerobong-cerobong asap terus ke udara dari mulut perokok supaya asap tu tak merebak ke orang lain..amcam??

Gorengbaek - Tebiat manusia kan??

Hangit Habis dah - cukup-cukup la tu....

нαηιмQαтяυηηα∂α said...

tq sebab jawabkan..

idea yang bernas tu! apa lagi, sila usulkan dalam parlimen =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

I Can Feel Your Heartbeat