Pages

Follow Me ^.^

Sunday, January 30, 2011

Kejadian Memalukan!!

Pernah tak korang mengalami situasi ni:korang beli barang, dah ada kat kaunter cashier, tetiba baru korang sedar yang duit korang tak cukup!! Apa yang korang rasa dan agak-agaknya apa yang korang buat?? Kalau aku====>malu woo.. Aku pernah la jugak lalui saat-saat mendebarkan tu, tapi hampir-hampir je la (nasib baik!) Walaupun hampir-hampir je, tapi malu tak hengat aku.. Kali pertama dulu aku nak beli barang kat avon. Mak aku pun ada sekali masa tu tapi duduk kat luar je sebab kat dalam orang ramai. Punya la beria tunjuk itu ini kat cashier tu, time nak keluarkan duit baru perasan duit tak cukup! Patutnya tak terjadi camtu sebab aku kalau beli barang avon, aku akan pilih kat rumah, lepas tu kat butik dia just cari, tunjuk-tunjuk je nak yang mana. Tak kuasa la nak tengok-tengok katalog kat sana sebab orang memang ramai. Tapi entah macam mana hari tu aku boleh tak perasan duit aku tak cukup, walaupun tak banyak la. Time tu aku cuma mampu tersenyum gabra sambil cakap "kejap ye" kat cashier tu. Korek punya korek wallet, ada la duit syiling dalam seringgit lebih yang mencukupkan kan duit tu.. Alhamdulillah.. Huhu, malu aku kat akak tu.. Kali kedua berlaku baru-baru ni, masa beli barang kat Jusco. Seingat aku masa amik barang, dalam wallet aku ada dalam 30 ringgit tapi sebenarnya aku terlupa yang aku dah guna 10 ringgit sebelum tu. Yang ni, seriously aku tak berapa cover ke'gabra'an aku. Masa tengok duit tak cukup, automatik je mulut aku cakap "alamak!!" tapi takde la kuat-kuat.. Aku dah terpikir dah nak cakap dengan akak cashier tu yang aku nak pergi cucuk duit jap sebab ATM tak jauh dari situ, dalam 20 langkah. Tapi sekali lagi aku bernasib baik, sebab aku ni suka lipat-lipat duit jadi bentuk baju dengan love. Selalunya duit seringgit la, tapi beberapa bulan lepas aku guna duit 10 ringgit. So, dengan kalutnya aku bukak lipatan duit tu untuk mengcover kecuaian diri huhu..Selamat lagi...... Cuai betul aku ni..

Moral of the story:sila cek betul-betul berapa banyak duit yang ada sebelum bayar. Kalau betul-betul tak cukup buat malu jee.....

Image Hosting by PictureTrail.com
Baju

Image Hosting by PictureTrail.com
Love

Image Hosting by PictureTrail.com
Baju+love *perlu ke tulis??*

*Untuk tutorial lipat duit bentuk love, klik -->sini<--

Image Hosting by PictureTrail.com

Wednesday, January 26, 2011

Cara-Cara Sorokkan Password

Sape takde password?? Tipuuu.... Oke, mukadimah tak best langsung. Takde idea nak start camne hehe.. Bila sebut perkataan password ni, tak boleh elak dari sesuatu yang rahsia. Ye la, kalau tak rahsia pekejadahnya ada password dalam hidup kita kan.. Password yang selalu sangat orang guna:birthday. Sangat bahaya.....sebab senang sangat orang nak teka. Dulu aku pun guna birthday gak tapi setahun dua ni aku tukar kepada.....tetttt.... Mane boleh bagitau.. *eceh, macam korang nak tau je kan. Perasan betul aku ni hehe..* By the way, dah jauh ni tajuk dengan isi. Sebenarnya aku nak share e-mel yang aku dapat tentang cara-cara nak sorokkan password ni.. Sharing is caring kan? Tapi jangan terlalu mengharap la dengan tajuk ni.. Sekadar hiburan saja.. Jom layan gambar..
Jeng jeng jeng....... *konon saspen*

Image Hosting by PictureTrail.com
Sape pun takkan tau password korang sebab kat monitor keluar ****** je kan.. Tapi korang kena terer typing la sebab tak nampak huruf kat keyboard..

Image Hosting by PictureTrail.com
Yang ni pulak orang nak intai monitor korang pun susah..

Dua gambar last ni yang paling best sekali...............
Image Hosting by PictureTrail.com

Image Hosting by PictureTrail.com
Betul punya sorok nii....

Image Hosting by PictureTrail.com
Huwahahahahaha................

Image Hosting by PictureTrail.com

Sunday, January 23, 2011

Amboiii.. Mulut Takde Insurans Nampak..

Aku bila bab-bab laser@mulut takde insurans ni memang la rasa geram. Mana tak geram kalau ada mulut-mulut longkang yang bila bercakap ikut suka hati dia je. Tak reti nak jaga perasaan orang langsung. Aku tau la aku pun bukanlah baik sangat dan mesti la pernah buat silap gak, sebab aku ni kadang-kadang cakap dulu baru pikir. Aku sebagai orang yang pernah dilaser memang la amat sakit hati dengan orang-orang tertentu di sekeliling aku yang suka melaser ni. Antara yang aku tak boleh terima bila orang bagi nasihat dengan ayat-ayat laser. Aku akui la kan, aku ni memang sorang yang degil, susah sikit la nak dengar nasihat. Tapi takyah la nak menyakitkan hati dengan nasihat yang camtu. Bukan ke kalau nak nasihat orang sepatutnya dengan berhikmah? Ini nak perli-perli, memang tak a aku nak terima. Pastu nak melaser kat public lak tu, contoh wall fb. Agak-agak la, kalau kengkawan aku baca, jatuh la maruah aku. Tak boleh nak pikir ke? Kalau ikut hati aku nak smash balik je, tapi aku pikir kat public je, kang malu lak kan. Aku malas betul nak cari pasal ni, tak kuasa nak layan. Best sangat eh melaser orang ni? Sangat seronok ke dapat sakitkan hati orang??

Image Hosting by PictureTrail.com
Kucing pun ada yang mulut laser ke? Huhu..

Image Hosting by PictureTrail.com

Friday, January 21, 2011

Kek???

Benda ni aku tak tau dorang buat kat negara mana, aku dapat dari e-mel. Gambar-gambar kek......bercerai. Bukan kek yang bercerai, tapi orang. Pendek kata, kek untuk orang bercerai. *Panjang tak kata apa-apa hihiii* Pelik kan? Selalu tu dengar pasal kek untuk bertunang ke, kek kawin ke.. Tapi ni special punye.. Jom layan gambar........

Image Hosting by PictureTrail.com
Nak tengok muka pun dah tak hingin!

Image Hosting by PictureTrail.com
Yah! Kasi sepak sama dia...!!

Image Hosting by PictureTrail.com
Tadi sepak, ni tolak pulak...

Image Hosting by PictureTrail.com
Uiii ucapan.. Happy Divorce tu..

Image Hosting by PictureTrail.com
Marah betul pompuan ni..
Main seret je..

Image Hosting by PictureTrail.com
Keganasan rumah tangga..

And last but not least..
Image Hosting by PictureTrail.com
Kijamnyeee.....!!! Siap penggal kepala lagi..!

Thanx to Yong, my best friend yang hantar e-mel ni..

Image Hosting by PictureTrail.com

Monday, January 17, 2011

Gelagat Manusia-Manusia Dalam Tren

Sejak aku bekerja, pengangkutan rasmi aku adalah tren selain daripada kaki. Nak tau aku naik tren apa? Ni haaa...
Image Hosting by PictureTrail.com

Eh! Silap lak.. Yang ni la..
Image Hosting by PictureTrail.com

Haa.. Baru betul.. Heee~~

Sedar tak sedar, diam tak diam ("shut up not shut up" bak kata FBI dalam AJL) dah hampir 2 tahun aku kerja. Dan dalam masa tu dah bermacam-macam gelagat yang aku tengok terutamanya gelagat manusia-manusia yang naik tren ni.
~Antara yang menarik perhatian aku gelagat manusia yang dengar lagu/MP3. Ada yang muka ala-ala feeling, ada yang nyanyi tak keluar suara, yang paling best ada yang nyanyi tak keluar suara+buat mimik muka menghayati giler+goyang-goyang kepala. Dan aku confirm sangat manusia tu tengah dengar lagu rock sebab muka dia berkerut-kerut gitu. Agak-agak la kan, dalam tren kot! Tapi tahniah la kat manusia tu sebab dah buat aku tersenyum sorang-sorang dengan gelagat dia (jangan la manusia lain ingat aku gila pulak senyum sorang-sorang).
~Next, gelagat manusia yang duduk sebelah manusia lain yang tengah baca paper/majalah/nota belajar. Dia nak baca jugak-jugak apa yang manusia lain kat sebelah tengah baca. Yang ni aku pun buat jugak kadang-kadang, tapi takde la beria sangat (cover diri sendiri nampakkkkk hehehehe..)
~Seterusnya, babak curi-curi pandang. Mungkin sebab awek cun/brother hensem, mungkin sebab pakaian/fesyen (seksi-meksi, pelik-pelik, selekeh) dan etc etc. Biasanya yang ni si A pandang si B, bila si B toleh si A cepat-cepat tengok tempat lain, camtu gak sebaliknya.
~Apa lagi ekk? Haaaa.....!! Yang ni aku sangat tak suka. Cakap dalam talipon dengan full volume. Oke, yang ni memang kat mana-mana ada. Tapi bila dah dalam tren jadi terlebih kuat la kan sebab ruang terhad. Uii macam dia sorang yang ada dalam tren tu, terlupa keadaan sekeliling kot??
~Yang ni pun ada kat mana-mana, tapi selalunya pengangkutan awam la. Apakah ia? Jeng jeng jeng.. Perfume yang "segar lagi menyegarkan" dari pendatang, tak kisah la dengan izin ke tanpa izin. Gelagat yang boleh dilihat ialah manusia-manusia sekeliling yang mukanya memang tak selesa ataupun menahan nafas yang semakin sesak termasuk aku. Kesian kan~~
~Ohh no! Time orang bersesak-sesak ni la ko nak sandar kat tiang kan. Habih orang lain nak paut/pegang kat mana?? Tak payah la nak wat aksi sandar-sandar manja kat tiang tu. Ataupun tak perlu la peluk tiang tu untuk bagitau orang lain yang ko sayang giler kat tiang tu. Aku sangat anti orang camni.
~Yang paling biasa aku tengok, belek talipon/online/balas mesej. Tapi yang menarik perhatian aku, talipon touch screen. Mesti ada yang scroll laju-laju guna ibu jari. Apa yang aku nak bagitau kat sini, sebenarnya aku JELES sebab takde talipon touch screen wahahaha..

Image Hosting by PictureTrail.com
Nak talipon nii......

Tu je la rasanya gelagat-gelagat yang aku selalu tengok time pergi balik kerja. Sebenarnya ada lagi, tapi jarang-jarang berlaku.. Sekian.

Image Hosting by PictureTrail.com

Thursday, January 13, 2011

Adoi.. Tak Tahan..

Wah tajuk macam segmen tak tahan kat Hot FM je kan. Apemende yang aku tak tahan?? Dua perkataan, tett~~ *masa abis! Eh cam game kat tv lak haha* Jawapan:asap rokok. Sebelum tu mintak mahap la kalau-kalau ada perokok yang baca entry ni. Mungkin bagi sesetengah orang benda ni nampak remeh, macam yang selalu orang cakap tu "ala ape de hal!" Tapi bagi aku benda ni agak besar jugak. Lebih-lebih lagi benda ni melibatkan hidup mati bagi kesan jangka panjang. Aku bukan la benci tahap cipan tenuk kat golongan perokok ni, cuma tak berapa suka je. Sebab bila aku terbau asap rokok ni, automatik rasa macam tak cukup oksigen *help help, cpr*. Nak-nak lagi kalau perokok tu jalan depan aku, fuhh sangat 'heaven' oke. Menipu la kan kalau aku kata famili aku takde yang merokok, adaaaaa.. Abang-abang aku dan semestinya ayah aku, tapi dorang ni jarang merokok kat rumah. So takde la jadi isu sangat, tapi abang aku sangat suka merokok dalam toilet *yang boleh buat aku nak pengsan bila masuk toilet*. Apa pun, orang lelaki memang sinonim dengan rokok. Perempuan? Oh no, aku tak boleh terima kalau nampak perempuan merokok. Nak-nak lagi kalau yang cun, bergaya, pakai skirt+blaus, baju kurung. Sangat tak klik oke. Best sangat ke rokok tu? *sambil buat muka tertanya-tanya*. Pernah gak tanya kat abang aku, tapi dia pun tak boleh nak jawab. Apakah???

Image Hosting by PictureTrail.com
"Huh, best kemende, naik semput aku!" kata ular tersebut dalam hati sebab mulut dah penuh dengan rokok sebatang tu..

Image Hosting by PictureTrail.com

Tuesday, January 11, 2011

Aku, Dia dan Kenangan

*Entry ni guna ayat-ayat skema sebab lebih sesuai begitu. =)*

Hari ni fikiran aku ter-masuk kat memory lane. Memory lane antara aku dan bekas sahabat baikku. Bekas kerana dia telah tiada, pergi buat selamanya. Sebenarnya aku menganggap dia masih ada, cuma dia jauh dariku. Mungkin kerana setiap kali cuti semester dia akan pulang ke kampungnya di Negeri Sembilan dan aku pulang ke K.L.

Image Hosting by PictureTrail.com

Namanya Khairushida bt Md Zin, tapi aku memanggilnya Shida. Ada juga teman-teman yang memanggilnya Sha. Dua tahun setengah aku mengenalinya, aku dan dia sangat mesra bagaikan sahabat yang sudah lama terpisah. Aku dan dia banyak persamaan. Mungkin kerana tarikh lahir kami berjarak seminggu. Mungkin. Persamaan yang paling ketara adalah perangai dan mood. Aku dan dia selalu sama-sama gembira, sama-sama sedih, sama-sama bad mood. Apa yang selalu berlaku, bila datang bad mood aku dan dia, kami akan saling menyakiti hati masing-masing dengan kata-kata dan perbuatan. Tapi bila dah oke, kami akan lupakan semua itu. Walaupun mungkin kami menyimpan rasa sakit hati, kami akan diamkan saja. Itu juga satu persamaan. Dan lagi satu, aku dan dia sama-sama kepala gila-gila. Bila bercerita, memang riuh walaupun cuma kami berdua yang bersuara. Tapi ada juga perbezaan antara kami, yang paling jelas aku pendiam dan tak banyak cakap, kecuali ketika aku bersama dia sementara dia peramah dan mudah mesra dengan orang lain. Walaupun tempoh persahabatan kami tak lama, banyak kenangan suka dan duka antara aku dan dia. Daripada gelak-gelak di belakang kelas sebab baca chat yang ditulis pada kertas semasa pensyarah mengajar, hinggalah sama-sama menangis sebab tak dapat menduduki peperiksaan gara-gara salah jadual. Daripada melayan kepala gila masing-masing sampai buat benda yang entah apa-apa, hinggalah berkongsi masalah yang menjadi rahsia aku dan dia. Malah kami juga pernah bergaduh besar gara-gara salah faham, tapi persahabatan kami tetap kuat. Mengimbau kembali beberapa hari sebelum dia pergi, semuanya seperti biasa. Malah kami sempat mencuri masa berjalan-jalan ke bandar di tengah kesibukan jadual kelas dan assignment yang menimbun. Juga pergi berkelah di pantai dengan bekalan ikan bakar yang dia masak sendiri. Dan merakam video kenangan kerana itulah kali pertama kami pergi ke pantai bersama-sama dan mungkin kali terakhir kerana kami sudah di semester akhir. Rupa-rupanya memang itulah kali pertama dan terakhir.. Hampir sebulan semester akhir bermula, dia pergi dengan meninggalkan ingatan yang sangat kuat pada aku. Hari itu sepatutnya kami ada kelas tetapi dibatalkan pada saat-saat akhir oleh pensyarah. Oleh sebab aku dan dia sudah bersiap-siap untuk ke kelas pagi itu, jadi aku mencadangkan kami berdua pergi mengambil barang kepunyaannya yang tertinggal pada hari sebelumnya di salon yang terletak di pekan. Dengan meminjam motor jiran sebelah, kami pun memulakan perjalanan. Dia menunggang dan aku membonceng di belakang. Tiba di satu selekoh, aku perasan dia cuma membelok sedikit sedangkan kami belum melepasi selekoh itu sepenuhnya. Dan bila ku lihat ke bawah, motor yang dinaiki semakin menuju ke kawasan berumput. Tapi aku tidak berkata apa-apa, mungkin kerana panik. Dan selepas itu.......DAM!!! Motorsikal yang kami naiki melanggar tiang elektrik dan termasuk ke dalam lecak dalam sekelip mata. Aku mendengar dia menjerit tolong beberapa kali, sebelum senyap. Sementara aku masih sedar tapi tidak dapat bangun kerana tangan kananku sangat sakit. Tiba-tiba ada orang datang membantu, mengangkat aku dan dia dari lecak dan lumpur. Dan ketika itu, aku lihat dia sudah tidak sedarkan diri. Kami dibawa ke poliklinik berdekatan dan dia diberi rawatan kecemasan. Aku ada di situ, di bilik yang sama tetapi kemudiannya dibawa keluar oleh jururawat. Seketika kemudian, aku dibawa masuk semula dan ketika itu, dia sudah pergi menghadap Ilahi. Aku menangis dan menangis kerana kehilangannya. Aku tidak menyangka sama sekali dia pergi secepat itu. Tidak lama selepas itu, aku dibawa ke hospital kerana kecederaan yang ku alami. Kemalangan itu masih segar dalam ingatanku walaupun sudah dua tahun lebih berlalu. Beberapa minggu lepas, aku ada bermimpi bertemunya dan dalam mimpi itu, aku memeluknya sambil mengatakan yang aku rindu padanya. Sekarang, aku sudah boleh menerima pemergiannya. Tapi aku masih menganggap dia berada di satu tempat yang sangat jauh dariku. Dan aku takkan pernah melupakan dia kerana dia sahabat baikku.... Walaupun begitu, aku mendoakan rohnya berada bersama-sama roh orang-orang yang beriman.. Amin.. Al-Fatihah..

Image Hosting by PictureTrail.com

Thursday, January 6, 2011

Pengalaman Mendewasakan

Start minggu ni, kakak aku yang ke-3 hantar anak ke-4 dia yang baru berusia 2 bulan untuk dijaga oleh mak aku selama sebulan (skemanya ayat). So aku pun tolong la jaga sekali.. Aku ni bukanlah reti sangat jaga budak, nak nak lagi baby macam ni walaupun anak buah aku dah 24 orang.. Maklum la, anak bongsu (ada kena mengena ke?) 0ke, sambung balik. Setakat cuci kencing berak utk budak-budak yang dah boleh berjalan aku oke lagi, tapi kalau baby ni aku memang tak reti. Kalau nangis, sumbat susu/puting kosong, atau agah je.. Oke, agah pun aku tak pandai sangat, tapi boleh la.. Kira ada la dia gelak-gelak hehe.. Takpe, pengalaman untuk masa akan datang tu.. Tapi bila pikir-pikir balik, camne la nak kawin, nak ada anak camni.. Haihhh.. Ke situ pulak..

Image Hosting by PictureTrail.com

Wednesday, January 5, 2011

Mode Cuti

Aku masih lagi dalam mode cuti. Mood pun ye jugak la.. Oopss silap, bukan cuti, MC. Hari ni hari terakhir aku MC, tapi macam tak boleh pegi keje lagi je ni.. Sedar tak sedar, dah seminggu aku cuti+MC. Keje kat opis pun tertangguh. Boss~~ esok & lusa saya nak cuti boleh? Saya betul-betul tak dapat datang, bukan alasan ni.. Bos nak potong gaji saya pun takpe (bukan bos aku baca pun huhuhu..) Adeh, camne aku nak cakap ni...........

Image Hosting by PictureTrail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

I Can Feel Your Heartbeat