Pages

Follow Me ^.^

Sunday, December 26, 2010

Booking Tiket Wayang? Baik Tak Payah!!

Semalam pegi tengok cite Gulliver's Travel. Semangat nak tengok cite tu punya pasal, siap booking tiket lagi hari Jumaat. Plan nak booking online je, tak boleh pulak, entah apa masalah problem entah.. Next option, booking gune fon. Oke, dari mula sampai habis cakap dengan operator android je, jenuh la ikut arahan yang agak memeningkan tu. By the way, dah cek kat web yang "seats are allocated on a best available basis". So semalam collect tiket sejam sebelum show, DAPAT seat D, 4 baris dari DEPAN, yang mana aku sangat anti dok depan-depan ni.. Yang tak paham tu, masa collect tiket, cashier tu yang tentukan seat, "seat kat sini ye", yang bagi aku sangat tak patut. Oke la, bukan salah cashier la kan, mungkin sistem dia camtu. Tapi pada pendapat aku sendiri, sepatutnya customer yang booking diberi pilihan nak duduk kat mane. Sedangkan customer yang queue pun boleh pilih kan. Dorang tak perasan ke customer selalu pilih seat belakang-belakang? Pasni malas kot aku nak booking lagi. Kalau ade pun mungkin untuk spare, in case queue panjang sangat. Kalau tak ramai orang queue, baik beratur, puas hati.

Image Hosting by PictureTrail.com

1 JυTα ℓємση ρєяυTυѕαη ¢нєηTα:

merahitujambu said...

sabar2...selalu sy Q je..x penah book...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

I Can Feel Your Heartbeat