Pages

Follow Me ^.^

Sunday, December 12, 2010

Boling Oh Boling..

Dah lama betul aku tak main boling, lebih kurang 2 tahun? Lama tu.. Teringin sangat nak main, tapi cam dah takleh je sebab aku takleh angkat barang berat-berat. Huhu.. Anyway, teringat masa mula-mula belajar main boling dulu. Huh, cam hampeh je bila ingat-ingat balik! Hehe.. Sebagai orang yang baru belajar main boling masa tu, harus la bola tu masuk longkang. Memang menipu ar kalau tak pernah ke longkang kan, takde orang nak caye punya. Dan sebagai sorang yang righty, biasa masuk longkang belah kiri la.. First time main dulu dengan kawan baik kat uitm, iaitu ainor, arwah shida dan wan (bf arwah). Benda biasa kalau dapat jatuhkan banyak pin atau strike, berlagak la pe lagi.. Kurang-kurang pun kua la perkataan 'well.....' (dengan muka takleh blah, sangat poyo). Tapi takat sekali dua je la dalam 1 round tu dapat strike, yang lain hampeh je. Lawak je rasa, macam mengong pun ade haha.. By the way, baru-baru ni ade la tengok orang main boling (tak dapat main, tengok pun jadi laaaa.... Haish!) Sebenarnya nak isi masa untuk tengok movie jap laginya. Macam-macam gelagat orang main boling ni. Yang paling ketara, bunyi. Ada yang bunyi slow, ada yang bunyi gedebuk! macam buah nangka jatuh daaa.. Dalam tengok-tengok orang main tu, ada la aku nampak sorang minah ni yang muka, alahai, kosong je.. Dapat strike muka kosong, bola masuk longkang muka kosong, sampai aku pun pelik. 'Minah ni takde perasaan ke ape?' aku tanya kat inche teettt kat sebelah. Kawan dia oke je, time bola da dekat dengan pin nampak la muka excited nak tau bape banyak pin nak jatuh, ataupun muka yang macam kata 'alaaaa' bila bola masuk longkang. Tapi minah tu tetap muka zero. Sangat tak paham aku dibuatnya. Anggap je la dia tengah ada problem, dan nak release tension dengan main boling. Ada sorang mamat tu pulak muka berlagak proud bila strike (sebab dia perasan kot kitorang tengok dia main). Yang paling best tengok budak-budak. Excited betul. Ada yang tolak bola slow-slow, ada yang terlompat-lompat, hepi je.. Dok menengok orang je, tau-tau da nak dekat time tengok movie, kitorang pun blah g gsc huhu..

Image Hosting by PictureTrail.com

0 JυTα ℓємση ρєяυTυѕαη ¢нєηTα:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

I Can Feel Your Heartbeat