Pages

Follow Me ^.^

Thursday, December 30, 2010

Aku Dan Hospital

Malam ni aku kena bermalam kat hospital. Kenapa? Sakit apa? Biarlah rahsia huhuhu.. By the way, ni bukan pengalaman pertama aku masuk+tidur kat hospital. Sebelum ni dah dua kali. Sekali sebab appendiks, sekali lagi sebab patah tangan. Biasa la orang degil, selalu la sakit hehehe.. Harap2 aku akan sembuh cepat dan boleh balik uma sabtu ni, sebab doktor kata sabtu mungkin dah boleh balik.. Amin.....

Image Hosting by PictureTrail.com

Sunday, December 26, 2010

Booking Tiket Wayang? Baik Tak Payah!!

Semalam pegi tengok cite Gulliver's Travel. Semangat nak tengok cite tu punya pasal, siap booking tiket lagi hari Jumaat. Plan nak booking online je, tak boleh pulak, entah apa masalah problem entah.. Next option, booking gune fon. Oke, dari mula sampai habis cakap dengan operator android je, jenuh la ikut arahan yang agak memeningkan tu. By the way, dah cek kat web yang "seats are allocated on a best available basis". So semalam collect tiket sejam sebelum show, DAPAT seat D, 4 baris dari DEPAN, yang mana aku sangat anti dok depan-depan ni.. Yang tak paham tu, masa collect tiket, cashier tu yang tentukan seat, "seat kat sini ye", yang bagi aku sangat tak patut. Oke la, bukan salah cashier la kan, mungkin sistem dia camtu. Tapi pada pendapat aku sendiri, sepatutnya customer yang booking diberi pilihan nak duduk kat mane. Sedangkan customer yang queue pun boleh pilih kan. Dorang tak perasan ke customer selalu pilih seat belakang-belakang? Pasni malas kot aku nak booking lagi. Kalau ade pun mungkin untuk spare, in case queue panjang sangat. Kalau tak ramai orang queue, baik beratur, puas hati.

Image Hosting by PictureTrail.com

Tuesday, December 21, 2010

Beg vs Kasut

Aku memang gila dua benda kat atas tu, tapi lebih kepada beg la.. Baju cam kureng la nak shopping ni.. Sekarang pun tengah dok usha beg kat mana-mana web, tapi kalau nak beli macam tak berapa confident gak. Takut dah sampai kat tangan tak berkenan pulak, mana la sama tengok dalam gambar dengan live kan. Aku pun tak tau nape aku prefer dua benda ni daripada baju, dan aku akui la kan aku agak cerewet dan akan utamakan brand bila nak beli beg dengan kasut ni. So kalau sesape ikut aku shopping dua benda ni, memang akan penat sikit la hehe.. Nape ek cerewet? Mungkin sebab nak pakai lama kot? I mean aku suka cari yang branded sebab aku tak suka gak beli selalu sangat. Biasanya kalau aku dah suka sesuatu benda tu, yang tuuuu je la aku akan pakai.. Semalam nampak beg sembonia kat jusco, memang cun! Memang aku sangat berkenan, which is situasi yang sangat susah aku nikmati (well, cerewet la katakan hehe..) Tapi bila tengok harga, buat aku pikir 18 kali jugak la kalau nak beli huhuhu....... Last time aku beli beg branded tahun lepas, tu pun dah lego sebab dah tak elok.. So sekarang pakai beg murah je (yang sangat aku benci sebab tak tahan lama). Huwaaa mau beg baru........

Image Hosting by PictureTrail.com

Friday, December 17, 2010

Ape kes?

Sangat tak paham dengan orang yang mempersoalkan ape yang kite buat kat facebook. Nak online hari-hari ke, nak remove sape-sape ke, suke hati la kan. Yang nak sibuk tu pesal? Bukan ade share pun!!

Image Hosting by PictureTrail.com

Monday, December 13, 2010

Harry Potter & The Deathly Hallows Part 1 vs The Chronicles of Narnia: The Voyage Of The Dawn Treader

Antara dua cite kat atas aku prefer Harry Potter. Tapi Narnia pun best jugak. Nasib baik la release date tak sama, kalau tak aku pun tak tau nak tengok yang mana dulu. Kedua-dua cite ni ada tarikan masing-masing. Untuk cite Harry Potter dan Narnia tarikan utama adalah jalan cite, dengan benda magic-magic tu la kan. Tapi secara peribadi, selain jalan cite yang best, aku tertarik untuk tengok Harry Potter sebab pelakon dia jugak hehe.. Narnia pulak, aku sangat suka tengok Aslan, singa yang bagi aku sangat comel walaupun dia besar. Kehenseman Daniel Radcliffe sebagai Harry Potter memang jadi perhatian sume orang, dan aku pun tak terkecuali. Kurang-kurang pun dalam ati terdetik, 'hensemnye mamat ni'. Haha sangat poyo. Aslan pulak, aku suka tengok masa bulu-bulu dia tu kena tiup angin, sumpah comel! Dan salah satu scene feveret aku, masa Lucy peluk dia. Alahai sweet je.. Bestnye kalau kat Malaysia ni ada singa jinak camtu. Kalau ada aku nak bela sekor haha.. Tiba-tiba je cite pasal movie ni kan. Ekceli sabtu lepas tengok Narnia 3D. First time kot tengok movie 3D. So memula tu ada la muka jakun sikit, kelakar je rasa bila ingat balik. Agak berbaloi la tengok cite ni walaupun tiket 3D mahal. Maybe next time aku akan tengok cite lain dengan 3D gak. Anyway, kalau masuk cite-cite bersiri ni, memula mesti aku tak amik port. Bila dah popular dan ada sambung-sambung baru la aku teringin nak tengok. Masa tu la baru terhegeh-hegeh nak tengok dari siri yang pertama. Ketinggalan zaman betul aku ni haha.. Tak kisah la.. Pape pun, sambungan dua-dua cite memang aku akan tunggu walaupun penantian tu satu penyeksaan....... Chewah!!

Image Hosting by PictureTrail.com

Sunday, December 12, 2010

Boling Oh Boling..

Dah lama betul aku tak main boling, lebih kurang 2 tahun? Lama tu.. Teringin sangat nak main, tapi cam dah takleh je sebab aku takleh angkat barang berat-berat. Huhu.. Anyway, teringat masa mula-mula belajar main boling dulu. Huh, cam hampeh je bila ingat-ingat balik! Hehe.. Sebagai orang yang baru belajar main boling masa tu, harus la bola tu masuk longkang. Memang menipu ar kalau tak pernah ke longkang kan, takde orang nak caye punya. Dan sebagai sorang yang righty, biasa masuk longkang belah kiri la.. First time main dulu dengan kawan baik kat uitm, iaitu ainor, arwah shida dan wan (bf arwah). Benda biasa kalau dapat jatuhkan banyak pin atau strike, berlagak la pe lagi.. Kurang-kurang pun kua la perkataan 'well.....' (dengan muka takleh blah, sangat poyo). Tapi takat sekali dua je la dalam 1 round tu dapat strike, yang lain hampeh je. Lawak je rasa, macam mengong pun ade haha.. By the way, baru-baru ni ade la tengok orang main boling (tak dapat main, tengok pun jadi laaaa.... Haish!) Sebenarnya nak isi masa untuk tengok movie jap laginya. Macam-macam gelagat orang main boling ni. Yang paling ketara, bunyi. Ada yang bunyi slow, ada yang bunyi gedebuk! macam buah nangka jatuh daaa.. Dalam tengok-tengok orang main tu, ada la aku nampak sorang minah ni yang muka, alahai, kosong je.. Dapat strike muka kosong, bola masuk longkang muka kosong, sampai aku pun pelik. 'Minah ni takde perasaan ke ape?' aku tanya kat inche teettt kat sebelah. Kawan dia oke je, time bola da dekat dengan pin nampak la muka excited nak tau bape banyak pin nak jatuh, ataupun muka yang macam kata 'alaaaa' bila bola masuk longkang. Tapi minah tu tetap muka zero. Sangat tak paham aku dibuatnya. Anggap je la dia tengah ada problem, dan nak release tension dengan main boling. Ada sorang mamat tu pulak muka berlagak proud bila strike (sebab dia perasan kot kitorang tengok dia main). Yang paling best tengok budak-budak. Excited betul. Ada yang tolak bola slow-slow, ada yang terlompat-lompat, hepi je.. Dok menengok orang je, tau-tau da nak dekat time tengok movie, kitorang pun blah g gsc huhu..

Image Hosting by PictureTrail.com

Friday, December 10, 2010

Sakit..

Huhu.. Aku tiba-tiba sakit telinga. Punca→jangkitan (kuman kot). Dah pegi klinik, ubat pun dah abis. Tapi masih sakit.
Dan penyelesaian sementara→makan panadol untuk kurangkan sakit. Kalau tak makan panadol, sakitnya tak tau la nak cakap. Esok mungkin pegi klinik lagi (duit lagi. Dah la duit aku sangat low ni). Cite pasal sakit ni, takde sape pun yang sukakan kesakitan. Tapi sebagai seorang Islam, kena la redha kan. Tapi kadang-kadang tu merungut juga. Jadi aku selalu ingatkan diri sendiri-sakit tu kan penghapus dosa-dosa kecik.. Kena la sabar (ayat pujuk diri sendiri huhu..)

Image Hosting by PictureTrail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

I Can Feel Your Heartbeat