Pages

Follow Me ^.^

Monday, November 22, 2010

Aduhai.. Budak-Budak Zaman Sekarang..

Dulu-dulu masa kecik kita dan kawan-kawan selalu berangan nak jadi apa bila dah besar.. Dalam erti kata lain, cita-cita.. Boleh dikatakan dalam setiap borang yang diisi kat sekolah dulu mesti ada ruang untuk isi cita-cita kita.. Cita-cita yang paling popular masa tu macam cikgu, polis, doktor, pensyarah dan macam-macam lagi la.. Sebut pasal doktor, biasanya bila ditanya kenapa nak jadi doktor, budak-budak dulu jawab sebab nak rawat@tolong orang sakit.. Tapi zaman sekarang ni baru aku tau ada jawapan lain, yang diberi oleh anak buah LELAKI aku yang berumur 4 tahun (kot! Aku pun tak ingat sangat umur anak-anak buah aku sebab ramai sangat! Hehe..) Sabtu malam yang lepas tengok majalah 3 dan anak buah aku ni ternampak askar dalam tv tu.. Dia pun cakap.........

Anak buah aku: dah besar nanti adik nak jadi askar, boleh naik kapal terbang..
Aku: ye? Nak naik kapal terbang ye..
Anak buah aku: eh tak nak la.. Jadi askar nanti kena tembak-tembak..
Aku: habis tu nak jadi apa?
Anak buah aku: adik nak jadi doktor la. Nanti boleh KELUARKAN BABY ORANG..
Aku: ..............(terdiam jap, pastu aku bantai la gelak..)

Aduhai.. Advancenya budak-budak sekarang ni.. Cakap macam orang dewasa..

Image Hosting by PictureTrail.com

1 JυTα ℓємση ρєяυTυѕαη ¢нєηTα:

merahitujambu said...

maksud yg mendalam..comel jee..good..cita yang baik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

I Can Feel Your Heartbeat