Pages

Follow Me ^.^

Monday, November 22, 2010

Aduhai.. Budak-Budak Zaman Sekarang..

Dulu-dulu masa kecik kita dan kawan-kawan selalu berangan nak jadi apa bila dah besar.. Dalam erti kata lain, cita-cita.. Boleh dikatakan dalam setiap borang yang diisi kat sekolah dulu mesti ada ruang untuk isi cita-cita kita.. Cita-cita yang paling popular masa tu macam cikgu, polis, doktor, pensyarah dan macam-macam lagi la.. Sebut pasal doktor, biasanya bila ditanya kenapa nak jadi doktor, budak-budak dulu jawab sebab nak rawat@tolong orang sakit.. Tapi zaman sekarang ni baru aku tau ada jawapan lain, yang diberi oleh anak buah LELAKI aku yang berumur 4 tahun (kot! Aku pun tak ingat sangat umur anak-anak buah aku sebab ramai sangat! Hehe..) Sabtu malam yang lepas tengok majalah 3 dan anak buah aku ni ternampak askar dalam tv tu.. Dia pun cakap.........

Anak buah aku: dah besar nanti adik nak jadi askar, boleh naik kapal terbang..
Aku: ye? Nak naik kapal terbang ye..
Anak buah aku: eh tak nak la.. Jadi askar nanti kena tembak-tembak..
Aku: habis tu nak jadi apa?
Anak buah aku: adik nak jadi doktor la. Nanti boleh KELUARKAN BABY ORANG..
Aku: ..............(terdiam jap, pastu aku bantai la gelak..)

Aduhai.. Advancenya budak-budak sekarang ni.. Cakap macam orang dewasa..

Image Hosting by PictureTrail.com

Wednesday, November 17, 2010

.........

Aku sekarang ni tengah tak betul.. Kejap oke, kejap nak marah, kejap rasa macam nak bunuh orang. Bukan disebabkan alasan "Biase la, orang perempuan. Sebulan sekali." Bukan. Sebab rasa ni sebenarnya dah lama aku pendam, aku diam. Dan aku dah pernah bagi hint kat orang yang buat aku rasa camni. TAPI DIA TAK FAHAM-FAHAM. Tak tau la pulak kalau-kalau dia buat-buat tak faham. The thing is, takkan la dia tak boleh fikir kalau dia berada kat tempat aku, apa yang dia rasa? Agak-agak la kan. Kang aku cakap direct, kecik ati la, sedih la.. Abis aku?? Oh, fyi dia yang aku maksudkan ni sama jantina dengan aku. Sebab tu aku cakap "kalau dia berada kat tempat aku." Sebab sebagai orang yang sama jantina dengan aku, dia sepatutnya faham apa yang aku rasa. Aku dah penat, sangat penat untuk buat macam takde ape, macam aku tak kisah. AKU SANGAT KISAH OKE!! Ye, aku akui yang aku pun tak perfect, mesti la pernah buat orang marah, kecik hati. Tapi aku seboleh-boleh cuba nak elakkan. Tapi orang lain? Macam seronok sangat nak sakitkan hati aku. Dan masalahnya diri aku sendiri pun 1 hal. Aku selalu cakap, "takpe", atau "takpe la.." sedangkan hati aku cakap lain. Dan bila aku cakap "no komen" SELALUNYA ada sesuatu di sebalik ayat tu (bukan setiap masa oke, selalunya). Dan aku, walaupun selalu rasa sakit hati, aku masih akan cakap "takpe", "takpe la.." dan "no komen" untuk lindungi apa yang aku rasa sebenarnya.. Dan orang lain, memang takkan faham tu..

Image Hosting by PictureTrail.com

Wednesday, November 10, 2010

Tak Sayang Anak Ke???

Lamanye tak update.. Ni sume gara-gara maxis dah tau & block trick untuk masuk internet free.. Nampaknye sekarang kena la menumpang wifi orang huhu.. By the way, pagi ni mase pergi keje aku lalu shell (memang hari-hari pun lalu sane). Aku nampak ade la sorang lelaki ni tengah isi angin kat tayar kete dia. Isteri & anak dia dok dalam kete. Anak dia mungkin baru berusia beberapa bulan kot (agaknye la), tapi dah boleh berdiri.. Yang aku pelik ni, anak dia berdiri betul-betul kt tepi pintu, sambil kepala & separuh badan dia dah keluar dari tingkap yang terbukak habis.. & mak dia boleh tengok je??? Aku pulak yang risau kot-kot budak tu terjatuh ke ape.. Nape mak dia rilek je?? Tak paham aku.... Tak sayang anak ke cik kak?? Bukan la nak ngajar ke ape, sebab aku sendiri pun takde anak. Tapi kalau aku la, aku akan pegang budak yang dalam kadaan camtu. Bukan la mintak benda tak elok jadi, tapi berhati-hati la.. Malang tu tak berbau............

Image Hosting by PictureTrail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

I Can Feel Your Heartbeat