Pages

Follow Me ^.^

Wednesday, September 29, 2010

Kisah Mee Siput, Aku dan Mee Siput Muar

Mee siput??? Apebende tu?? Kebanyakan kengkawan aku mesti tanya camni bila dengar pasal mee siput. Ala, cakap orang.. Aku dulu pun camtu gak hehe.. First time aku dengar pasal mee siput ni masa aku study kat UiTM, part 5. Kenape part 5?? Sebab masa tu budak-budak course aku study subjek keusahawanan@enterpreneurship (betul ke eja ni? Aku main bantai je). Ape pulak kena-mengena mee siput dengan subjek ni?? Haaa.... Sebenarnye bila belajar subjek ni kitorang kena buat satu bussiness selama seminggu, tak kisah la bussiness ape pun. So ade la classmate aku jual mee siput. Mula-mula dengar nama pun dah pelik kan, tapi sesiape yang berasal dari Johor mesti tau dan pernah gila makan mee siput masa sekolah dulu. Aku rasa majoriti yang tak pernah tau pasal mee siput mesti ingat dia macam mee hailam, mee kari dan etc.. Padahal lain sangat, macam keropok je, dan sebenarnya sejenis makanan ringan, dimakan dengan sambal tumis@sambal kicap, tapi aku prefer sambal tumis. Sejak first time aku rasa mee siput ni memang la nak lagi sebab sedap!! Kalau nak lagi sedap, curah sambal kat dalam plastik mee siput tu, hancur-hancurkan dan ngap!! Sesetengah orang suka tunggu dia kembang dulu baru makan, tapi aku suka makan waktu dia masih rangup, krup krap krup krap!! Harga?? RM1 je sebungkus, memang murah.. Tapi bila dah habis minggu keusahawanan, bayang mee siput pun tak nampak lagi. Beberapa bulan lepas aku tiba-tiba teringin nak makan mee siput, tapi tak tau nak cari kat mana. Ada kawan aku ni pulak cadangkan supaya aku cari kat internet. Cari punya cari punya cari, terjumpa pulak website Mee Siput Muar. Lepas dah tengok-tengok website tu, aku pun terus order secara online. Senang betul, tak payah susah-susah nak cari kat kedai ke, order kat kengkawan yang balik Johor ke.. Cuma order, bayar dan zasss..sampai kat depan pintu, dalam masa sehari dua je. Dan rasa dia, tak perlu dipertikaikan lagi. Memang sedap, mabeles dan walllllahhhhhh, berbaloi-baloi.. Yang paling best, sambal dia pedas. Pasni nanti, aku nak order lagi, teringin lagi hehehe..

Image Hosting by PictureTrail.com

1 JυTα ℓємση ρєяυTυѕαη ¢нєηTα:

merahitujambu said...

SEDAP MIEE SIPUT KAMO..TIME KSH..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

I Can Feel Your Heartbeat