Pages

Follow Me ^.^

Sunday, September 5, 2010

Dah Nak Raya???

Tahun ni rasanya berlalu dengan sangat pantas. Pejam celik, pejam celik, dah pun masuk bulan September. Which means, tak lama lagi dah nak raya. Raya? Hmmm.. Rasa macam baru je mula puasa, tiba-tiba dah nak raya. Cite pasal raya, perkara yang akan buat aku pening, DUIT. Ye la, dengan gaji tak seberapa memang la tak cukup. Tapi bila fikir-fikir balik, tak reti nak berjimat pun ye jugak. Susah betul nak kawal perbelanjaan. Tapi aku ni bukan la kaki shopping sangat. Nak kata tengok tu nak, tengok ni nak, pun tak jugak. Tapi duit keluar macam air, tau-tau je dah habis. Nak raya ni lagi la, banyak benda nak bajet. Persiapan raya la, duit raya. Takde la banyak sangat pun, cuma aku kena pandai urus kewangan sendiri. Tambah-tambah lagi barang-barang peribadi banyak yang dah nak habis. Masalah masalah.. Mulai hari ni, aku akan cuba berjimat! Mesti! Chaiyok chaiyok!! (Rasa macam dah banyak kali azam camni, tapi macam tak jadi-jadi je huhuhu)

Image Hosting by PictureTrail.com

1 JυTα ℓємση ρєяυTυѕαη ¢нєηTα:

merahitujambu said...

th xpe...tapi mulai lepas raya dh kena simpan duit kawin..ahahah..(tetiba je)...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

I Can Feel Your Heartbeat