Pages

Follow Me ^.^

Wednesday, September 29, 2010

Kisah Mee Siput, Aku dan Mee Siput Muar

Mee siput??? Apebende tu?? Kebanyakan kengkawan aku mesti tanya camni bila dengar pasal mee siput. Ala, cakap orang.. Aku dulu pun camtu gak hehe.. First time aku dengar pasal mee siput ni masa aku study kat UiTM, part 5. Kenape part 5?? Sebab masa tu budak-budak course aku study subjek keusahawanan@enterpreneurship (betul ke eja ni? Aku main bantai je). Ape pulak kena-mengena mee siput dengan subjek ni?? Haaa.... Sebenarnye bila belajar subjek ni kitorang kena buat satu bussiness selama seminggu, tak kisah la bussiness ape pun. So ade la classmate aku jual mee siput. Mula-mula dengar nama pun dah pelik kan, tapi sesiape yang berasal dari Johor mesti tau dan pernah gila makan mee siput masa sekolah dulu. Aku rasa majoriti yang tak pernah tau pasal mee siput mesti ingat dia macam mee hailam, mee kari dan etc.. Padahal lain sangat, macam keropok je, dan sebenarnya sejenis makanan ringan, dimakan dengan sambal tumis@sambal kicap, tapi aku prefer sambal tumis. Sejak first time aku rasa mee siput ni memang la nak lagi sebab sedap!! Kalau nak lagi sedap, curah sambal kat dalam plastik mee siput tu, hancur-hancurkan dan ngap!! Sesetengah orang suka tunggu dia kembang dulu baru makan, tapi aku suka makan waktu dia masih rangup, krup krap krup krap!! Harga?? RM1 je sebungkus, memang murah.. Tapi bila dah habis minggu keusahawanan, bayang mee siput pun tak nampak lagi. Beberapa bulan lepas aku tiba-tiba teringin nak makan mee siput, tapi tak tau nak cari kat mana. Ada kawan aku ni pulak cadangkan supaya aku cari kat internet. Cari punya cari punya cari, terjumpa pulak website Mee Siput Muar. Lepas dah tengok-tengok website tu, aku pun terus order secara online. Senang betul, tak payah susah-susah nak cari kat kedai ke, order kat kengkawan yang balik Johor ke.. Cuma order, bayar dan zasss..sampai kat depan pintu, dalam masa sehari dua je. Dan rasa dia, tak perlu dipertikaikan lagi. Memang sedap, mabeles dan walllllahhhhhh, berbaloi-baloi.. Yang paling best, sambal dia pedas. Pasni nanti, aku nak order lagi, teringin lagi hehehe..

Image Hosting by PictureTrail.com

Sunday, September 19, 2010

Redah Je!

Semalam (sabtu) aku dan kengkawan baikku pergi beraya. Beraya tahap redah je. Plan nak pergi jumpa ex-schoolmate kat tempat keje dia, pastu nak beraya ke rumah cikgu. Tapi cikgu pun ada plan sendiri, so ternganga la kitorang dok mencari rumah nak beraya. Dah pakai lawa-lawa takkan takat jumpa ex-schoolmate, then balik kan! Memang tak aaa.. So kitorang pun bincang-bincang nak pergi mana. Mula-mula pergi kajang, rumah orang bertunang (kawan kepada kawan aku). Nak-nak pulak tengah lapar, ape lagi.....seraaaaang hahaha. Mungkin tahap melantak kot, bukan makan lagi hehehe. Nasib baik la kawan aku memang dijemput dan dia dah bagitau kawan dia yang bertunang tu.... Lepas tu fikir lagi nak pergi mana. Masing-masing bagi cadangan, 'ha kita pergi rumah ____ nak?' dan 'jom beraya rumah ____ nak?' (buat muka tak malu je, boleh?) Dok telefon orang, memang majoriti takde rumah. Pergi beraya la, berjalan la.. Akhirnya, kitorang ke cheras utama, rumah ex-classmate masa sekolah dulu. Menggagau mencari sampai sesat-sesat. Maklum la, sape pun tak tau jalan. Redah je la kejenye.. Semua tekun menengok signboard hahaha. Pastu, pergi sentul pulak, pun terpusing2 walaupun kawan aku sorang tu ingat-ingat lupa jalan kat sana. Sekejap kata tak tau, sekejap tiba-tiba bersuara, 'terus, terus'. Memang fail geografi betul kitorang ni hehehe. Ape pun, kitorang enjoy walaupun beraya guna konsep redah je ni. Tahun depan mungkin boleh buat lagi.... What a wonderful journey ehehehe..

Image Hosting by PictureTrail.com

Friday, September 17, 2010

Diam Diam.....

Dalam dunia ni ada bermacam-macam jenis orang. Ada yang baik, ada yang jahat, ada yang serius, ada yang suka main-main, ada yang kecoh, ada yang pendiam (aku la tu hehe). Ada orang kata, orang pendiam ni selalu pendam apa yang dia rasa, senang cite makan dalam. Betul, memang betul. Contohnya aku la kan. Kalau aku sedih, biasanya aku akan simpan sorang-sorang je. Kalau aku marah pun sama jugak. Aku tak suka kalau ada kata-kata aku yang menyakitkan hati orang lain (walaupun mungkin ada tapi tak sengaja), malangnya orang takde pun nak jaga hati aku. Kadang-kadang aku sangat berharap, aku boleh marah orang yang sakitkan hati aku. Rasa macam nak cakap je, 'go to hell' atau 'lantak ko lah' atau 'pergi mampus', tapi aku ni tak sampai hati, dan aku pun tak suka nak maki-maki orang. Tapi tu la, diri sendiri jugak la sakit kan. Ye aku tau, kesabaran tu sebahagian daripada iman. Tapi setiap orang ada tahap kesabaran masing-masing. Dan aku, walaupun kadang-kadang dah tak boleh sabar, aku akan pujuk diri sendiri supaya terus bersabar. Kalau la aku boleh cakap, 'DON'T TEST MY PATIENCE'.

Image Hosting by PictureTrail.com

Sunday, September 5, 2010

Dah Nak Raya???

Tahun ni rasanya berlalu dengan sangat pantas. Pejam celik, pejam celik, dah pun masuk bulan September. Which means, tak lama lagi dah nak raya. Raya? Hmmm.. Rasa macam baru je mula puasa, tiba-tiba dah nak raya. Cite pasal raya, perkara yang akan buat aku pening, DUIT. Ye la, dengan gaji tak seberapa memang la tak cukup. Tapi bila fikir-fikir balik, tak reti nak berjimat pun ye jugak. Susah betul nak kawal perbelanjaan. Tapi aku ni bukan la kaki shopping sangat. Nak kata tengok tu nak, tengok ni nak, pun tak jugak. Tapi duit keluar macam air, tau-tau je dah habis. Nak raya ni lagi la, banyak benda nak bajet. Persiapan raya la, duit raya. Takde la banyak sangat pun, cuma aku kena pandai urus kewangan sendiri. Tambah-tambah lagi barang-barang peribadi banyak yang dah nak habis. Masalah masalah.. Mulai hari ni, aku akan cuba berjimat! Mesti! Chaiyok chaiyok!! (Rasa macam dah banyak kali azam camni, tapi macam tak jadi-jadi je huhuhu)

Image Hosting by PictureTrail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

I Can Feel Your Heartbeat