Pages

Follow Me ^.^

Friday, August 6, 2010

Kerja Senang, Tapi...........

Pada suatu pagi yang indah.. [ayat tak leh blah]

Teneng teneng, kwang kwang kwang [bunyi mesej masuk-muzik doraemon]

Oh, bos aku rupenye. Dia nak suruh aku call penjara *tuuut* [tempat terpaksa dirahsiakan hehe], nak mintak nombor banduan sorang lelaki ni. Nak wat appointment dengan banduan tu la, kalau takde nombor banduan susah nanti.. [fyi, aku keje kat legal firm, so ade la kena-mengena dengan jabatan penjara, mahkamah etc....] Aku pun call.. Tut tut......

Telefonis [T]: Helo, penjara *tuuut*
Aku [A]: Ya, saya nak dapatkan nombor banduan sorang lelaki ni. Dengan sape saya boleh bercakap?
T: Sebentar ye cik, saya sambungkan pada bahagian rekod.
A: Terima kasih..

-Bahagian rekod-
T: Helo, bahagian rekod.
A: Saya nak dapatkan nombor banduan sorang lelaki ni.....
T: Maaf cik, ofis kami takde elektrik sekarang ni, x boleh nak cek.. Cik cuba call balik petang nanti?
A: Oke, terima kasih..

-Petang, bahagian rekod-
T: Helo, bahagian rekod.
A: Saya nak dapatkan nombor banduan sorang lelaki ni.....
T: Err elektrik masih belum ada lagi la cik. Boleh cik call esok?
A: Oke, terima kasih..

-Esoknya, bahagian rekod-
T: Helo..
A: Saya nak dapatkan nombor banduan sorang lelaki ni..... [ayat aku memang same je]
T: Oh, sistem kami tengah down, cik. Ape kata cik call balik lagi setengah jam?
A: Oke, terima kasih..

-Setengah jam kemudian, bahagian rekod-
T: Helo?
A: Saya nak dapatkan nombor banduan sorang lelaki ni.....
T: Maaf cik, sistem kami belum o.k lagi. Cik call petang nanti, dalam pukul 4?
A: Oke, terima kasih..

-Pukul 4 [aku tak call pun, malas+ati dah panas]-

-Esoknya, bahagian rekod-
T: Helo, boleh saya bantu?
A: Saya nak dapatkan nombor banduan sorang lelaki ni.....
T: Oke, cik ade nombor i.c dia tak?
A: Tak, tapi saya ade nama dia. Cek pakai nama tak boleh ke?
T: Cik kena dapatkan nombor i.c dia, kalau nama nanti ramai pulak yang sama nama.
A: Takpe la, terima kasih..

Demmmm.........
*Aku penat*

Image Hosting by PictureTrail.com

2 JυTα ℓємση ρєяυTυѕαη ¢нєηTα:

merahitujambu said...

biasa laa kerja kan

putihsucihani said...

ye lor, kne sabar huhu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

I Can Feel Your Heartbeat