Pages

Follow Me ^.^

Wednesday, August 4, 2010

Hidupku

Bagi aku, hidup ni sangat berharga. Macam tagline yang selalu aku pegang~"Life's great! Cheer up!" Dalam B.M cam tak bape best lak bunyinya hehe.. Hidup ni penuh dengan cabaran. Tanye la sape pun, tipu la kalau ade orang cakap hidup dia tak de cabaran, dugaan, bak kate Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, cobaan~~. Hidup aku sendiri memang banyak cabaran. Sejak zaman remaja lagi. Macam yang aku tengok dalam rancangan halaqah sentuhan qalbu semalam, ade seorang remaja yang cakap, "zaman remaja adalah waktu yang kritikal." Masa remaja la yang akan bentuk kita untuk jadi individu yang berjaya atau tak. Banyak pengaruh sama ada baik atau buruk yang perlu kita pilih untuk mencorakkan diri kita pada masa depan. Kadang-kadang aku rasa hidup ni macam tak adil. Tapi tak sepatutnya aku pikir camtu kan. Sume yang berlaku dah ditentukan olehNya. Sebab tu bila aku diuji, aku akan cuba menggembirakan diri sendiri. Dalam erti kata lain, aku malas nak pikir. Mungkin nampak cam aku nak lari dari masalah, tapi tu je la pun yang aku mampu buat. Aku lebih suka diam dan pendam masalah dari cite kat orang. Dan aku tau tak elok pun buat camtu. Tapi nak buat camne, this is me, my character. Uh, tiba-tiba speaking London pulak aku ni.. Mungkin menulis blog ni boleh jadi salah satu cara untuk melepaskan tekanan. Bak kata penulis pujaan hatiku [chewah!]~hlovate, dia menulis untuk escapism. Aku tak tau nak explain maksud escapism tu, sebab aku pun main agak je maksudnya haha.. Ape-ape la. Walau ape pun cabaran yang bakal aku tempuhi lepas ni, aku harap aku boleh hadapi dengan baik, insyaAllah.. =)
[P/S: Adoi, camne nak edit tarikh dengan masa ni??? Semalam dah edit tapi tak jalan pulak. Kena betulkan kat PC la kot huhu~]

Image Hosting by PictureTrail.com

0 JυTα ℓємση ρєяυTυѕαη ¢нєηTα:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

I Can Feel Your Heartbeat