Pages

Follow Me ^.^

Saturday, August 28, 2010

A Date With My Best Friend

Last week pegi jalan-jalan@dating dengan my best friend, Yong Nurul Hafizah a.k.a Yong kat Wangsa Walk Mall. Kitorang memang dah lama tak jumpa, masing-masing sibuk [sibuk la sangat kan hehehe]. Memula tu jalan-jalan je la sambil teman dia cari kasut. Then tetiba dia ajak nengok wayang, aku pun on aje.. Sampai-sampai je tak tau la pulak nak tengok cite apa, pening gak nak pilih. Ye la, hari ahad tiket mahal beb! So tak nak menyesal kalau-kalau terpilih cite yang tak best. Aku ajak tengok The Sorcerer's Apprentice, padahal aku dah tengok pun. Sebab dah tengok la aku ajak dia tengok, sebab cite tu memang best! Dan aku dah tak boleh halang diri sendiri daripada addicted dengan lagu tema cite tu: Secrets yang dinyanyikan oleh One Republic, sampai buat ringtone lagi hehehe. Tapi cite tu punya schedule hari tu pukul 8 malam la pulak. So dalam pada tak tau nak tengok cite apa, best friend aku ni ajak tengok cite City Under Siege, cite cina. Bila aku tanya nape pilih cite ni? Ade ke dia jawab sebab hero dia macam hensem, sabar je la. By the way, aku ikut je, tak kisah. Nasib baik cite tu best, lakonan Aaron Kwok dengan Shu Qi, genre action comedy kot. Abis je cite tu, pegi beli juadah berbuka dan terus balik. Pape pun, enjoy dating dengan si Yong ni hehehe. Next time boleh dating lagi.

Image Hosting by PictureTrail.com

Monday, August 16, 2010

Berbuka Puasa+ Famili Gathering

Sabtu lepas berkumpul 1 keluarga, buka puasa same-same. Tapi sebenarnya bukan semua pun ada la.. Akak-akak aku 4 orang dengan keluarga masing-masing je. Tu pun dah riuh, macam taska pun ade sebab ramai budak-budak. Maklum la, keluarga besar la katakan. Budak-budak je dah ade 13 orang, campur dengan ktorang yang dewasa ni 10 orang.. Whoa!! Hari tu tak kira pun, hari ni kira memang ramai la pulak.. Kalau betul-betul kumpul 1 keluarga, tak tau la nak duduk mane. By the way, agak best jugak la berbuka ramai-ramai walaupun akak aku cakap nak pengsan hehehe.. Kelam-kabut dibuatnye, orang tu cakap, orang ni cakap, dah macam kat pasar pun ade. Tapi tak kisah la, mengeratkan lagi silaturrahim..<------ayat poyo je. Lepas berbuka, pinggan pun melambak-lambak la nak kena basuh.. Sampai 3 orang [sorang basuh-letak sabun, sorang bilas, sorang lagi susun], macam restoran daaa, hehe.... Tu baru buka puasa, belum raya lagi.. Tapi ye la, raya pun bukan sume adik-beradik aku balik. Kena la bergilir-gilir dengan rumah mertua kan. Tu la bestnya anak ramai-mak aku yang cakap ni.. Bila berkumpul, meriah betul.. Walaupun ktorang raya kat K.L je, kira meriah la ada budak-budak yang ramai..

Image Hosting by PictureTrail.com

Monday, August 9, 2010

Pelat

Teringat kat anak buah yang pelat dalam percakapan. Kadang tu sampai boleh tergelak dibuatnya. Sekarang ni anak buah aku yang nama anis, dah kurang pelatnya. Kalau dulu, memang jadi bahan gelak aje. Tapi ada jugak perkataan yang masih pelat, macam berdarah jadi tetarah [huruf r disebut macam loghat perak], lipstik jadi liptip. Pelat-pelat pun, datang bab melawa bukan main. Bila dia pakai 'liptip', mesti sama ada aku, mak aku atau mak ayah dia akan cakap, "anis jatuh tangga ke tadi? Tengok bibir tu da tetarah.." Dan dia akan jawab, "bukan la, liptip".. Dan sume orang akan gelak.. Banyak lagi perkataan yang dia pelat, macam geli jadi deli, dan biasenye dia banyak guna huruf t, jangan~tangan, kencing~tencing, ikut~tikut.. Kadang tu tak paham pun apa yang dia cakap hehe.. Tapi cite pasal pelat ni, akak-akak aku pun tak boleh buang lagi satu perkataan pelat yang memang dah guna dari kecik~te untuk kita. Ye la, masa kecik-kecik kan masing-masing bahasakan diri kita, bila pelat jadi la te aje. Sampai sekarang akak-akak aku guna lagi untuk bahasakan diri dorang, nak-nak akak aku yang nombor 5. Sampai diajuk-ajuk ktorang adik beradik~alif be te se.... Mak pun selalu je ajuk perkataan pelat aku masa kecik.. Akeyan~iklan, meyuak-yuak~meluat-luat, air bace~air biase [air masak tu, arwah nenek aku ingat aku nak air yang dah dibace dengan ayat Al-Quran hehe], bitre~berita, mohid~mohd [kependekan mohamad/muhammad]. Akak aku yang nombor 2 pulak selalu kena ajuk nak mati~sepatutnya nak mandi.. Boleh ketawa sorang-sorang bila ingat-ingat balik.. Tapi aku memang suka ajuk anak-anak buah aku yang pelat, diri sendiri yang terlebih pelat pun ada hehe..

Image Hosting by PictureTrail.com

Friday, August 6, 2010

Puteriku Sayang~

Aku suka sangat lagu ni.. Melodi best, lirik sweet je.. Kalau dihayati betul-betul lirik lagu ni, rase macam terharu pun ade.......

★Puteriku Sayang~Hijjaz★

Lembutmu tak bererti
Kau mudah dijual beli
Kau mampu menyaingi
Lelaki dalam berbakti

Lembut bukan hiasan
Bukan jua kebanggaan
Tapi kau sayap kiri
Pada suami yang sejati

[Di] Sebalik bersih wajahmu
Di sebalik tabir dirimu
Ada rahsia agung
Tersembunyi dalam diri

Itulah sekeping hati
Yang takut pada Ilahi
Berpegang pada janji
Mengabdikan diri

Malumu mahkota yang tidak perlukan singgahsana
Tetapi ia berkuasa menjaga diri dan nama
Tiada siapa yang akan
Boleh merampasnya
Melainkan kau sendiri
Yang pergi menyerah diri

Ketegasanmu umpama benteng negara dan agama
Dari dirobohkan dan jua dari dibinasakannya
Wahai puteriku sayang
Kau bunga terpelihara
Mahligai syurga itulah tempatnya

Image Hosting by PictureTrail.com

Kerja Senang, Tapi...........

Pada suatu pagi yang indah.. [ayat tak leh blah]

Teneng teneng, kwang kwang kwang [bunyi mesej masuk-muzik doraemon]

Oh, bos aku rupenye. Dia nak suruh aku call penjara *tuuut* [tempat terpaksa dirahsiakan hehe], nak mintak nombor banduan sorang lelaki ni. Nak wat appointment dengan banduan tu la, kalau takde nombor banduan susah nanti.. [fyi, aku keje kat legal firm, so ade la kena-mengena dengan jabatan penjara, mahkamah etc....] Aku pun call.. Tut tut......

Telefonis [T]: Helo, penjara *tuuut*
Aku [A]: Ya, saya nak dapatkan nombor banduan sorang lelaki ni. Dengan sape saya boleh bercakap?
T: Sebentar ye cik, saya sambungkan pada bahagian rekod.
A: Terima kasih..

-Bahagian rekod-
T: Helo, bahagian rekod.
A: Saya nak dapatkan nombor banduan sorang lelaki ni.....
T: Maaf cik, ofis kami takde elektrik sekarang ni, x boleh nak cek.. Cik cuba call balik petang nanti?
A: Oke, terima kasih..

-Petang, bahagian rekod-
T: Helo, bahagian rekod.
A: Saya nak dapatkan nombor banduan sorang lelaki ni.....
T: Err elektrik masih belum ada lagi la cik. Boleh cik call esok?
A: Oke, terima kasih..

-Esoknya, bahagian rekod-
T: Helo..
A: Saya nak dapatkan nombor banduan sorang lelaki ni..... [ayat aku memang same je]
T: Oh, sistem kami tengah down, cik. Ape kata cik call balik lagi setengah jam?
A: Oke, terima kasih..

-Setengah jam kemudian, bahagian rekod-
T: Helo?
A: Saya nak dapatkan nombor banduan sorang lelaki ni.....
T: Maaf cik, sistem kami belum o.k lagi. Cik call petang nanti, dalam pukul 4?
A: Oke, terima kasih..

-Pukul 4 [aku tak call pun, malas+ati dah panas]-

-Esoknya, bahagian rekod-
T: Helo, boleh saya bantu?
A: Saya nak dapatkan nombor banduan sorang lelaki ni.....
T: Oke, cik ade nombor i.c dia tak?
A: Tak, tapi saya ade nama dia. Cek pakai nama tak boleh ke?
T: Cik kena dapatkan nombor i.c dia, kalau nama nanti ramai pulak yang sama nama.
A: Takpe la, terima kasih..

Demmmm.........
*Aku penat*

Image Hosting by PictureTrail.com

Thursday, August 5, 2010

Comelnya.....

Beberapa hari ni ade pulak anak-anak kucing melepak kat luar ofis. Mula-mula sekor je, lepas tu 2 ekor, tiba-tiba jadi 5 ekor campur mak dia sekali, 6 ekor daa.... Aku kesian pulak, tengok macam lapar je, dok mengiau-ngiau. Jadi aku pun keluar, pegi 7-eleven jap cari friskies. Agaknya cashier tu pun pelik kot, pagi-pagi aku beli friskies. Aku beli dua, 1 untuk kucing dewasa, 1 lagi untuk anak kucing. Ye la, khasiat yang 'dorang' perlukan berbeza kan. Bila letak je, mak kucing tu yang terkam dulu, tapi bila anak-anak dia da penuh berlonggok, dia pun duduk kat tepi je. Kesian aku tengok, tapi yang aku letak tu memang untuk kitten. Jadi aku letak lagi 1, untuk mak kucing tu. Punya la aku jaga jangan sampai anak dia datang makan dia punya. Ye la, kang tak pasal-pasal mati pulak anak kucing tu kalau makan makanan kucing dewasa [agaknye la]. Suka betul aku tengok 'dorang' makan, yang anak berebut-rebut, comel je. Bila da habis, aku tambah lagi dan 'dorang' pun belasah la, lapar sangat agaknye, kesian.. Lepas tu aku tengok 'dorang' main-main sesama sendiri. Lincah betul, geram je aku tengok. Rase cam nak peluk pun ade, tapi mengenangkan 'dorang' tu kotor, tak boleh la. Aku ni bila da start cite pasal kucing, memang la susah nak berenti. Nak buat camne, aku rase kucing tu adalah makhluk yang paling comel dalam dunia ni hehehe.. Dan aku memang pantang nampak kucing, lagi-lagi anak kucing, mesti aku nak pegang atau paling tak pun nak tengok, jeling pun jadi. Aku memang sangat geram dengan kucing. Ikutkan teringin jugak nak bela, tapi duduk rumah bertingkat-tingkat la katakan, tak boleh nak bela pulak. Sebenarnya frust jugak sebab tak dapat bela. Tapi kucing kat kawasan rumah aku tu macam tau je aku suka kucing. Selalu sangat datang, mintak makanan sambil buat muka sedih hehehe.. Bila aku boring dan kebetulan ada kucing datang, aku pun main-main dengan dia, usap-usap bulu dia, manja-manjakan dia sampai mak aku bising sebab bulu dia tanggal ehehe.. Kan best kalau dapat bela.. Huhuhu....... =(

Image Hosting by PictureTrail.com

Wednesday, August 4, 2010

Hidupku

Bagi aku, hidup ni sangat berharga. Macam tagline yang selalu aku pegang~"Life's great! Cheer up!" Dalam B.M cam tak bape best lak bunyinya hehe.. Hidup ni penuh dengan cabaran. Tanye la sape pun, tipu la kalau ade orang cakap hidup dia tak de cabaran, dugaan, bak kate Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, cobaan~~. Hidup aku sendiri memang banyak cabaran. Sejak zaman remaja lagi. Macam yang aku tengok dalam rancangan halaqah sentuhan qalbu semalam, ade seorang remaja yang cakap, "zaman remaja adalah waktu yang kritikal." Masa remaja la yang akan bentuk kita untuk jadi individu yang berjaya atau tak. Banyak pengaruh sama ada baik atau buruk yang perlu kita pilih untuk mencorakkan diri kita pada masa depan. Kadang-kadang aku rasa hidup ni macam tak adil. Tapi tak sepatutnya aku pikir camtu kan. Sume yang berlaku dah ditentukan olehNya. Sebab tu bila aku diuji, aku akan cuba menggembirakan diri sendiri. Dalam erti kata lain, aku malas nak pikir. Mungkin nampak cam aku nak lari dari masalah, tapi tu je la pun yang aku mampu buat. Aku lebih suka diam dan pendam masalah dari cite kat orang. Dan aku tau tak elok pun buat camtu. Tapi nak buat camne, this is me, my character. Uh, tiba-tiba speaking London pulak aku ni.. Mungkin menulis blog ni boleh jadi salah satu cara untuk melepaskan tekanan. Bak kata penulis pujaan hatiku [chewah!]~hlovate, dia menulis untuk escapism. Aku tak tau nak explain maksud escapism tu, sebab aku pun main agak je maksudnya haha.. Ape-ape la. Walau ape pun cabaran yang bakal aku tempuhi lepas ni, aku harap aku boleh hadapi dengan baik, insyaAllah.. =)
[P/S: Adoi, camne nak edit tarikh dengan masa ni??? Semalam dah edit tapi tak jalan pulak. Kena betulkan kat PC la kot huhu~]

Image Hosting by PictureTrail.com

Tuesday, August 3, 2010

My First Post~Blog???

"Blog?? Apebende blog tu?" Camtu la reaksi aku masa memula dengar pasal blog. Ye la, masa tu tak berapa nak celik IT lagi.. Aku ingatkan blog tu untuk orang-orang skema je.. [Sebab aku tengok blog kawan aku skema je huhu] Bila dah lama-lama baru tau blog tu camne.. Tapi masa tu tak terpikir pun nak ada blog sendiri.. Bila tengok ramai orang ada blog, teringin la pulak! Terpengaruh la senang cite hehe.. Tapi sebenarnya aku memang minat menulis, cuma tak berapa nak reti nak ekspresikan perasaan aku dalam bentuk tulisan. Huh, ape skema lak ayat aku ni huhu.. Aku teringin jugak nak jadi sorang penulis, tapi apekan daya, idea takmo datang pulak. Nak perah-perah otak cam tak larat lak rasenye.. Anyway, harap-harapnye pasni aku leh menulis lagi.. Sila la datang lagi idea yang mencurah-curah hoho~~

Image Hosting by PictureTrail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

I Can Feel Your Heartbeat